Belangsukawa Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah binti Mohamad Ali

belangsukawa Tun Dr Siti Hasmah
Kredit imej: Chedet official

Innalillahi Wa Inna Ilaihi Rojiun... 

Mendapat khabar duka tentang pemergian tokoh negara yang tak asing lagi di kalangan seluruh warga Malaysia iaitu Tun Dr Siti Hasmah binti Mohamad Ali, isteri kepada mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir bin Mohamad. Tun Dr Siti Hasmah telah menghembuskan nafas terakhir di IJN pagi ni.

Sebagai salah seorang rakyat Malaysia yang membesar pada zaman pentadbiran Tun Dr Mahathir, berita pemergian Tun Dr Siti Hasmah ni semestinya mengejutkan dan mendukacitakan. 

Behind every great man, there is a great woman. Tun Dr Siti Hasmah ni bukan calang-calang hebat orangnya - antara wanita Melayu pertama di Malaysia yang mendapat biasiswa perubatan di Singapura dan menjadi doktor wanita, pernah mengikuti misi kemanusiaan di Iraq, banyak memberikan jasa dan sumbangan dalam bidang perubatan, kesihatan dan kebajikan wanita dan kanak-kanak terutama di kawasan luar bandar, dan di rumah pula, beliau ialah ibu kepada 7 orang anak. Tapi dia kekal soft spoken, humble dan membawa aura tenang selalu. Sepanjang aku mengikuti berita tentang Tun Dr Siti Hasmah ni melalui muka surat akhbar dan kaca TV, tak pernah lagi aku terbaca / dengar berita negatif tentang arwah Tun Dr Siti Hasmah. Semua orang tengok Tun ni macam ibu-ibu, no one has a bad word about her. 

Jenazah arwah akan dikebumikan di Pusara Negara di Putrajaya mengikut istiadat pengebumian pembesar negara selepas waktu Asar nanti. 

🤲🏻 اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ 

Semoga Allah mengampuni dosa-dosanya, menerima segala amal soleh dan menempatkan arwah Tun Dr Siti Hasmah di kalangan orang-orang yang beriman, اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن.

Post a Comment

18 Comments

  1. Innalilahi wainnailaihi rojiun. Semoga rohnya di cucuri rahmat (Al-Fatihah)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takziah buat Tun Dr Mahathir sekeluarga. Negara kehilangan tokoh wanita yg hebat hari ni

      Delete
  2. أَللّٰهُمَّ اغْفِرْلَهَا وَارْحَمْهَا وَعَافِهَا وَاعْفُ عَنْهَا وَاجْعَلِ الْجَنَّةَ مَثْوَاهَا
    Ya Allah, ampunilah dia, rahmatilah dia, sejahterakanlah dia, maafkanlah dia, dan jadikanlah syurga sebagai tempat tinggalnya. Salam takziah buat seluruh ahli keluarga."

    ReplyDelete
  3. إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
    Salam takziah yang amat mendalam diucapkan kepada Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Mahathir Mohamad serta seluruh ahli keluarga atas pemergian isteri tercinta, Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali yang telah kembali ke rahmatullah pada hari ini, 28 September 2026.

    Sesungguhnya jasa bakti, kelembutan peribadi, dan sifat keibuan Allahyarhamah sebagai bekas isteri Perdana Menteri amat besar nilainya buat seluruh masyarakat dan negara Malaysia.

    اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهَا وَارْحَمْهَا وَعَافِهَا وَاعْفُ عَنْهَا
    "Ya Allah, ampunilah dia, rahmatilah dia, sejahterakanlah dia, dan maafkanlah dia."
    Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah, mengampuni segala dosanya, serta menempatkan beliau dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh. Didoakan agar seluruh ahli keluarga diberikan ketabahan dan kekuatan menghadapi ujian kehilangan ini.

    Al-Fatihah.

    ReplyDelete
  4. Betulkan...she's an icon to us. Sentiasa tenang dibelakang suami. Semoga Allah tempatkan arwah disebaik-baik tempat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Role model para wanita kat Malaysia ni. Memang layak dia dapat anugerah 'Ibu Negara' kan.

      Delete
  5. Turut berdukacita, semoga roh arwah dirahmati dan ditempatkan dikalangan insan- insan terpilih

    ReplyDelete
  6. al-fatihah utk Tun Hasmah ...sedih btul smlm tgk video air mata Tun M time kt kubur

    ReplyDelete
  7. Allahummagh firlaha warhamha
    Moga rohnya dicucuri Rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang beriman

    ReplyDelete
  8. Saya ikut sedih pas baca berita di media dan tv sini tentang kepergian beliau. Apalagi ketika melihat Tun Mahathir yang memang terlihat sedih sekali melepas istrinya. Ikut mendoakan semoga beliau ditempatkan dalam golongan orang beriman, segala amal kebaikan Tun Dr Siti hasmah di dunia bisa menjadi bekal di akhirat nanti. Dan semoga keluarga beliau kuat dan ikhlas melepas kepergiannya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ameen YRA 🤲🏻 bayangkan baru sambut ulangtahun perkahwinan ke 70, tak lama lepas tu isterinya pergi. Tak terbayang sakit rasanya.

      Delete
  9. Seluruh negara terasa kehilangannya arwah..
    Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman .aamin

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .