Lepas join CR Day, dah alang-alang kat Bangi tu kiteorang drop by PKNS Bangi sebab ada event ED Fest yang berlangsung dari 28 Ogos - 6 September 2026.
![]() |
| ED Fest - event ni lalu kat IG reel aku. Kebetulan aku memang nak cari luggage 28" yang baru jadi ajak Suami Terchenta ke sini |
Selain luggage ada macam-macam barang branded yang dijual - kasut, peralatan elektrik, dan lain-lain. Tapi kiteorang kejar masa jadi aku snap gambar mana yang sempat je la.
![]() |
| Menarik betul diskaun kasut Hush Puppies ni. Dulu masa bekerja aku suka pakai HP sebab selesa |
Tengok la, ada macam-macam jenama luggage kat sini. Diskaun pun memang menarik, ada yang sampai 60%. Aku memang dah aim nak survey jenama Airways sebab sekarang aku ada satu luggage 20" jenama Airways. Luggage aku tu tahan lasak - dah merata-rata aku bawak travel dalam dan luar negara, selalunya aku check in luggage ni dan alhamdulillah setakat ni masih elok lagi. Paling penting ringan, lebih ringan dari luggage Samsonite aku yang satu lagi. Roda pun masih smooth walaupun dah bertahun-tahun pakai.
![]() |
| Luggage ni semua dari stok Universal Traveller |
![]() |
| Ni pulak jenama Terminal. Terminal ni pun jenama yang tahan lasak cuma harganya tu agak keras la. |
Belek punya belek luggage, akhirnya aku dan Suami Terchenta pilih Airways Neo with anti-theft zipper. Lepas diskaun, harga jadi RM200++. Sibuk pilih luggage sampai tak teringat pulak nak ambik gambar yang dipilih 😅. Meh la aku tepek gambar dari laman web Airways sendiri:
| Airways Neo with anti-theft zipper (kredit imej: Airways) |
Jadi sekarang dah ada luggage baru. Plan cuti-cutinya takde lagi hihi. Tapi at least kalau ada plan cuti-cuti nanti dah ada la luggage yang sesuai nak bawak, tak gitu? 🤭.




23 Comments
Beli dulu gunanya kemudian.Aku pun dapat hadiah beg pack dari kak retna menang GA uyum tu.
ReplyDeleteWah, best nya dapat hadiah backpack. Senang la nak gi jalan2 lepas ni 👍🏻
DeleteBerbaloi banyak diskaun tu.
ReplyDeleteAah Cie, klu gi kedai Universal Traveller mau 400+ harganya.
Deletetgh cr luggage juga ni...best la kalo ada event fest mcm ni
ReplyDeleteCuba akak cari kat IG Ed Fest rasanya dieorg ada akaun IG & boleh dapat info kat mana event terkini. Berbaloi harga branded luggage kat sini, ada yg minor defects mcm scratch & dieorg jual bawah 100 sbb nak clear kan stok.
DeleteCantik!
ReplyDeleteDah ada luggage baru kenalah rasmi cepat² aha 😉
Itulah. Nak tunggu encik suami tu ambik cuti yg payah huhu
DeleteWowww banyak discount tu, kalau hubby ni tau mau berlari ke sana. 😂
ReplyDeleteBerbaloi sangat kak, sbb dapat diskaun 50% 😄
DeleteOh? Ada anti-theft zipper ? Uncle baru tahu
ReplyDeleteIya, salesman tu siap demo lagi depan kiteorg Uncle hihi
DeleteOkay, saya save nama brand ini! Hehe..Saya baru try beli luggage kt rumah Oren...sebab nak ke Batam..Masih ok, baru sekali guna...Nak kena beli lain gak in case tuk naik flight pulak...Huhu ..
ReplyDeleteKawan2 Cina akak ajar pakai luggage murah bila travel, tapi pastikan beli insurans. Kalau luggage rosak boleh claim dgn insurans & pada masa yg sama, dapat luggage baru dari airlines haha. Untung betul dieorg tu 🤭. Tapi akak prefer beli luggage tahan lasak sbb buatnya luggage tu rosak masa baru nak travel tak ke leceh / ada risiko barang hilang. Nanti spoil je mood nak cuti2 tu 😜
Deletewahhhh luggage baruuuu so kena cepat2 beli tiket flight la tu hahhha
ReplyDeleteHahaha, dah banyak kali kasi hint kat hubby tapi dia buat dunno je MZ 🤪
Deletetakpe, beg tu tak basi pun kalau simpan lama hahah
ReplyDeletehehe, time nak travel baru nak terhegeh2 beli beg mmg membazir duit la jawabnya sbb kat kedai tak dpt harga macam tu 🤭
DeleteSaya dah plan nak beli koper di KL nanti. Rata2 koper saya pun memang beli di KL, dan awet semuanya 😄😄. Semoga ada lagi promo akhir tahun untuk koper pas saya datang. Bagus juga brand airways ini Karni 😍😍😍. Harga pun muraaah laaah 👍👍❤️
ReplyDeletePasti ada, kerana hujung tahun banyak kedai nak habiskan stok kan. Ya, saya suka brand Airways ni, ringan dan tahan lasak. Beg yang saya guna ke Jakarta masa trip kita tu salah satunya Airways, sudah bertahun2 pakai roda dan badannya masih elok 👍🏻
DeleteHaaa dah beli ni ada nak pergi travel mana2 la ni kan.....
ReplyDeleteBelum ada plan ke mana2 lagi sis Ezna. Husband susah nak dapat cuti hujung2 tahun ni walaupun cuti tahunan byk lagi tak pakai huhu
DeleteBerbaloi betul dapat harga diskaun macam tu! Lagipun luggage ni memang barang yang tak basi, beli dulu siap-siap. Nanti bila secara spontaneous nak travel or husband dapat cuti, tinggal nak kemas baju je Carneyz..
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .