Since anak-anak join aktiviti camping, mak pak dieorang pun buat hal sendiri jugak. Kebetulan Abang Sabar dan Sislin ada di KL dan ajak lepak sesama dengan Geng Kamie. Tapi cuma aku dan Kak Retna je free, Shai kerja Sabtu tu, Kak Siti pulak ke JB dan yang lain-lain mungkin busy agaknya. Jadi weekend lepas aktiviti kiteorang yang pertama ialah breakfast dengan Sislin, Abang Sabar dan Kak Retna di TGSK. Kak Retna macam biasa la bawak hero dia, birthday boy Uyum sekali 😄. Cukuplah berenam pagi tu.
Dah lama betul tak ke TGSK. Kali terakhir pergi 2 tahun lepas bawak mak ke sini. Masa tu TGSK masih kat lokasi lama, dan lepas TGSK pindah ke lokasi baru kiteorang belum pernah lagi ke sini. Sampai sesat barat ye (Waze dan Google Maps tetiba bengong pulak bawak kiteorang pusing ke Jalan Semarak, Jalan Tun Razak, masuk Jalan Ampang baru sampai sini 😒). Rupa-rupanya nak ke sini senang je, depan sikit je dari lokasi lama. Kesahhhhh... geram je dengan Waze pagi tu huhu.
Oleh sebab kiteorang sampai lambat, bila sampai je tak teringat langsung nak ambik gambar makanan. Sislin ada ambik gambar jadi korang tunggu je la update dekat blog Sislin ek.
Aku ambik laksa Johor, Suami Terchenta pulak ambik nasi lemak dengan sambal paru kalau tak silap. Tempe goreng nampak sedap dan crispy, jadi aku ambik sepiring. Kak Retna siap pesan lempeng dengan sambal ikan bilis untuk kiteorang tapi Suami Terchenta tak makan jadi terpaksa la aku menghabiskan seorang diri 😅.
Alhamdulillah pagi tu Abang Sabar sponsor breakfast. Amaceyyy Abang Sabar dan Sislin, semoga murah rezeki selalu 🤲🏻 😄.
Sebelum balik, wajib la ambik gambar ramai-ramai buat kenangan (dan sebab nak update kat blog 😝). Tak tau la bila lagi akan jumpa. Kiteorang ni main terjah je selalunya, jarang-jarang plan aktiviti lepak-lepak ni sebab masing-masing busy kan huhu.
![]() |
| Gambar Uyum ambik (kredit foto: Kak Retna) |
| Gambar dengan Uyum sekali guna iPhone Sislin |
Balik dari breakfast, kiteorang bersiap-siap untuk weekend getaway 😜. Mentang-mentang weekend tu mode kids free, ambik kesempatan dating berdua laki bini hihi.

8 Comments
Tak pernah sampai lagi kat TGSK sejak pindah kat tempat baru ini. Mungkin akan tersesat ke sini sikit masa lagi.
ReplyDeleteTGSK ni my fav port utk bf...biasanya sebulan sekali lah kami ke sini... ni i nak kena tunggu my cheat day kalau nak bf kat luar...semlm cheat day dah (memang meal plannnya, 2 weeks then one day cheat day)
ReplyDeleteHaha kita pin x amek gmbr makanan... tunggu sislin update je la 🤣🤣
ReplyDeleteTu la mencari juga gambar makanan 😁
ReplyDeletehah tgk sislin pdate gmbr makanan sbb dkt blog retna and carneyz tkde gmbr makanan...tk smp2 lg...padahal dkt je ngan umah
ReplyDeleteSeronok gathering walaupun tak lama. TGSK ni port best, tak sampai pun lagi. MZ selalu share kan.
ReplyDeleteapa nama penuhnya tu? sejenis takleh tengok shorform, hahaaa~
ReplyDeleteumur berapa ye u? rasa mcm lebih muda dari kita ni.
Unplanned ni kadang lebih jadi dari yg dok plan dari awal. Tak pernah sampai sini
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .