Hadiahkan Mak Beg Sandang Baru

Salam Jumaat kawan-kawan,

Simpan sini buat kenangan aku dan mak 🥰.

Al-kisahnya, mak kata beg sandangnya dah koyak. Tapi masa dekat Jakarta, tak jumpa pulak beg yang dia berkenan. Sudahnya bila balik ke KL, dia ajak aku cari beg sandang baru di SOGO. SOGO tu memang tempat shopping favourite orang-orang Sarawak haha. OK la aku pun onz. Kang kempunan pulak mak aku nak pakai beg sandang baru 😬.


motosikal
Mak aku yang sporting bila aku ajak naik motor, dia setuju hihi. Tapi kiteorang naik motor sampai stesen LRT je, sebab takut nanti mak seriau pulak aku menyelit-nyelit sampai ke SOGO tu 😜

Aku ajak mak tengok-tengok beg dekat dalam branded outlet dulu, sebab biasanya beg branded ni kualiti tahan lama. So kiteorang pergi la ke outlet Bonia, Carlo Rino dan sebagainya. Bila masuk ke outlet Charles & Keith, mak berkenan pulak dengan Octavia Front-Flap Backpack ni:


charles & keith
Mak belek-belek beg ni kemain lama: "Bagusnya beg ni, ada poket untuk letak hp, letak cermin mata, belakang ni pulak ada tempat letak dompet, dalam ni boleh letak blabla..."

Bila salesman tu bagitau harga beg, muka mak berubah sikit. Terus dia suruh letak balik. "Takpelah, makcik cari yang lain dulu ye," katanya.

Aku perhati mak berkenan betul beg tu, jadi aku pun tanya la betul ke mak suka beg ni? Mak kata suka, sebab design minimalist tapi banyak compartment kat dalam tu.

OK la mak, saya belanja, aku bagitau dia walaupun duit tak berapa nak hado lepas berjimba di Jakarta 🤭. Mak aku tanya, betul ke? Muka dah sinyum-sinyum. Aku angguk. Terus suruh salesman bungkus beg tu satu. Dalam hati berdoa semoga Allah murahkan lagi rezeki aku untuk belanja mak lagi. 


charles & keith
Aku hantar gambar ni dekat kakak dan adik aku. Dieorang balas - eh, yang kat belakang tu dah macam bodyguard mak datin je 😂

Hari mak balik, mak terus pakai beg sandang ni. Nampak comel je dia bawak beg sandang macam beg sekolah Jepun kan? Hihi.


charles & keith bag
Mak dengan beg barunya

Mode: Dah rindu mak sejak dia balik seminggu lepas. Insha Allah bulan depan dia datang balik sebab kakak aku bawak dia pergi umrah sekali lagi. 

Post a Comment

25 Comments

  1. Eh iyaaaa, mirip tas sekolah anak2 di jepang yaa 😍😍. Aaah, mak pasti happy niiih 😉.

    Memang designnya simple tapi timeless.. Saya suka yg begini👍👍.

    Moga semakin banyaaak rezeki Karni, dah bahagiakan Mak 🤗

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya, comel kan? Sebenarnya taste mak saya tu sama dgn taste saya jugak hihi. Jadi berkenan pulak lihat beg sandang punya dia ini 🤭

      Ameen YRA atas doanya Fann 🤲🏻

      Delete
  2. Selagi mak ada kita bagi jela apa yang mereka nak kan. Cie dah takde mak, tumpang gembira tengok Carneyz menggembirakan mak. InsyaAllah rezeki tu bertambah bila kita mengembirakan mak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah Cie, dapat jumpa mak sekejap mcm2 rasa nak spoil kan mak. Nanti nak tulis pasal food adventure dgn mak sepanjang dia di sini hehe

      Delete
  3. Pelaburan yg takkan rugi sis. In Sha Allah akan digandakan lagi rezeki, berkat gembirakan hati bonda.

    Cantik beg tu, banyak compartment tu yg best tu. Boleh isi macam².

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ameen YRA 🤲🏻 itulah, orang kata anak bawak rezeki mak ayah. Saya anggap je la gitu hehe.

      Saya pun tergoda jugak dgn beg tu, sbb design minimalist tapi banyak compartment. Botol air pun boleh sumbat dalam tu.

      Delete
  4. Alhamdulillah rezeki Mak, anaknya hendak belanja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, Allah bagi rezeki utk belanja mak beg yg diidamkan 😊

      Delete
  5. kalau sy berada dlm situasi begitu pun sy akn ejas belikan utk mak. duit buleh dicari. tp bila mak dah tiada cuma mampu berdoa je lah utknya. Dok gitu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Abam Kie. Memang sentiasa terfikir gitu. Bila lagi kan, nak jumpa mak pun tak dapat selalu sbb dia duduk kat Sarawak. Sekali-sekala jumpa kita layankan je la hajat mak selagi mampu 😄

      Delete
  6. Alahai comelnya mak naik motor! Part 'bodyguard mak datin' kat belakang tu memang kelakar. Tapi beg Octavia backpack Charles & Keith tu memang lawa, minimalist dan banyak compartment. Nampak muda terus mak bawak beg tu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia kata tak gayat SA, tapi dia cengkam bahu saya tu macam nak benam ke tanah rasanya hahaha! Entahlah, masa saya snap gambar mak utk hantar kat adik & kakak saya, adik tu tetiba je berdiri macam tu hehe. Tu yg nampak macam bodyguard dgn baju serba hitam 😂

      Delete
  7. Replies
    1. Alhamdulillah, bukan selalu dapat belanja mak sbb dia duduk kat Sarawak 😅

      Delete
  8. Teringat pertama kali bawa arwah mak aku naik motor. Ada tragedi di situ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahu. Kenapa Shai? Mak jatuh motor ke? Mak aku sebenarnya boleh bawak motor cuma skrg dia dah tak larat la sbb berat.

      Delete
  9. seronok sgt dia ye. comel je dia menggayakan nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, jumpa jugak dgn backpack idaman mak hihi

      Delete
  10. memang cute sgt beg tu!!! moga u murah rezeki sbb belanja ur mom dan buat ur mom happy! i pun mcm nak belikan my mom handbag baru laa..ari tu masa attend wedding my nephew tu, handbag my mom mcm dh buruk/nampak lama sikit (i belikan cath kidstone tp few yrs ago lah)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ameen YRA 🤲🏻 tu la tgk dia berkenan betul walaupun luar sikit dari bajet i (sbb mmg plan nak surprise kan dia belikan beg baru), rasa berbaloi spend lebih sikit sebab lepas tu dia tersenyum lebar all the way smp pulang ke rumah hehe.

      Cath Kidston comel. I suka design tote bag CK tapi tak pernah own one myself sbb dah banyak beg kat rumah (mostly kawan2 kasi).

      Delete
  11. Kacak beg ya...ikut trend kata orang hehehe. Syukur bagi kegembiraan buat orang tua

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yalah, kmk pun sama taste dgn mak kmk hehe. Alhamdulillah, Allah beri rezeki utk berik mak beg baru 😊

      Delete
  12. Comelnya mak carneyz pakai beg tu.. moga murah rezeki Carneyz lagi untuk belanja mak..aamin..
    Linda pun kena cari backpack, sebab pergi kerja naik motor.. hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Comel je kan? Hihi. Ameen YRA atas doanya 🤲🏻. Saya dulu pun gi kerja pakai backpack jugak sbb bawak motor gi ofis KLCC hehe. Orang lain pakai handbag, kitonyo bawak backpack 😜

      Delete
  13. tuuu diaaaa
    terus pakai yaaaa hehehe
    beg sandang mcm ni bgs
    tak skt bahu (sebelah)...

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .