Salam Jumaat kawan-kawan,
Simpan sini buat kenangan aku dan mak 🥰.
Al-kisahnya, mak kata beg sandangnya dah koyak. Tapi masa dekat Jakarta, tak jumpa pulak beg yang dia berkenan. Sudahnya bila balik ke KL, dia ajak aku cari beg sandang baru di SOGO. SOGO tu memang tempat shopping favourite orang-orang Sarawak haha. OK la aku pun onz. Kang kempunan pulak mak aku nak pakai beg sandang baru 😬.
![]() |
| Mak aku yang sporting bila aku ajak naik motor, dia setuju je hihi. Tapi kiteorang naik motor sampai stesen LRT je, sebab takut nanti mak seriau pulak aku menyelit-nyelit sampai ke SOGO tu 😜 |
Aku ajak mak tengok-tengok beg dekat dalam branded outlet dulu, sebab biasanya beg branded ni kualiti tahan lama. So kiteorang pergi la ke outlet Bonia, Carlo Rino dan sebagainya. Bila masuk ke outlet Charles & Keith pulak, mak berkenan pulak dengan Octavia Front-Flap Backpack ni:
![]() |
| Mak belek-belek beg ni kemain lama: "Bagusnya beg ni, ada poket untuk letak hp, letak cermin mata, belakang ni pulak ada tempat letak dompet, dalam ni boleh letak blabla..." |
Lepas tu bila salesman tu bagitau harga beg tu, muka mak berubah sikit. Terus dia suruh letak balik. "Takpelah, makcik cari yang lain dulu ye," katanya.
Aku perhati mak berkenan betul beg tu, jadi aku pun tanya la betul ke mak suka beg ni? Mak kata suka, sebab design minimalist tapi banyak compartment kat dalam tu.
OK la mak, saya belanja, aku bagitau dia walaupun duit tak berapa nak hado lepas berjimba di Jakarta 🤭. Mak aku tanya, betul ke? Muka dah sinyum-sinyum. Aku angguk. Terus suruh salesman tu bungkus beg tu satu. Dalam hati berdoa semoga Allah murahkan lagi rezeki aku untuk belanja mak lagi.
![]() |
| Aku hantar gambar ni dekat kakak dan adik aku. Dieorang balas - eh, yang kat belakang tu dah macam bodyguard mak datin je 😂 |
Hari mak balik, mak terus pakai beg sandang ni. Nampak comel je dia bawak beg sandang macam beg sekolah Jepun kan? Hihi.
![]() |
| Mak dengan beg barunya |
Mode: Dah rindu mak sejak dia balik seminggu lepas. Insha Allah bulan depan dia datang balik sebab kakak aku bawak dia pergi umrah sekali lagi.




3 Comments
Eh iyaaaa, mirip tas sekolah anak2 di jepang yaa 😍😍. Aaah, mak pasti happy niiih 😉.
ReplyDeleteMemang designnya simple tapi timeless.. Saya suka yg begini👍👍.
Moga semakin banyaaak rezeki Karni, dah bahagiakan Mak 🤗
Selagi mak ada kita bagi jela apa yang mereka nak kan. Cie dah takde mak, tumpang gembira tengok Carneyz menggembirakan mak. InsyaAllah rezeki tu bertambah bila kita mengembirakan mak.
ReplyDeletePelaburan yg takkan rugi sis. In Sha Allah akan digandakan lagi rezeki, berkat gembirakan hati bonda.
ReplyDeleteCantik beg tu, banyak compartment tu yg best tu. Boleh isi macam².
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .