Salam Jumaat semua,
Semalam aku bawak mak jalan-jalan ke Bangunan Sultan Abdul Samad sebab mak belum pernah lagi jejak kaki ke sini sejak tempat ni dibuka semula awal tahun ni. Kiteorang naik LRT ke sini dan turun di stesen Masjid Jamek.
Dah lintas jalan menuju ke Masjid Jamek dan masa lalu di shortcut tepi masjid tu, tiba-tiba dapat notification "Carneyz Key Left Behind". Eh biar betik. Terus aku keluarkan kunci tu sekali dengan kad TnG sekali - ada je kunci aku. Cuma bila aku check balik, rupa-rupanya AirTag yang aku letak belakang kunci (sebab aku selalu misplaced access card kondo sebab tu terpaksa letak AirTag supaya senang nak cari) dah tercicir, agaknya masa aku tap kad TnG dekat palang tiket masa keluar tu.
Aku bagitau mak aku kena patah balik ke stesen LRT nak cari AirTag yang tercicir tu. Bukak aplikasi Find My dan terus locate kedudukan AirTag - nampaknya masih lagi di stesen LRT dan tak bergerak. Kalau bergerak, maksudnya ada yang jumpa dan dah rembat la AirTag tu.
Dalam hati berdoa semoga jumpa balik AirTag. Sampai je di stesen LRT tadi, aku tekan balik AirTag 'Carneyz Key' tu dan aplikasi Find My terus cari lokasi tepat di mana AirTag tu berada. Masa aku lalu dekat sebelah cart cleaner (cleaner tak tau pergi mana masa tu), aplikasi tu terus tunjuk yang AirTag ada dekat-dekat situ kurang dari 3m dari cart tu. Mujur ada fungsi 'Play Sound' dan bila aku tekan je, AirTag pun mengeluarkan bunyi yang jelas. Rupa-rupanya AirTag tu ada atas cart cleaner. Mungkin masa cleaner tengah menyapu, dia terjumpa AirTag yang tercicir dan letakkan dalam cart supaya tak diambil orang lain, aku berhusnuzon.
Since cleaner takde kat situ, aku capai AirTag tu dan untuk memastikan yang AirTag tu betul-betul aku punya, aku mainkan 'Play Sound' sekali lagi. Alhamdulillah, sah la AirTag tu kepunyaan aku sebab dia berbunyi hihi.
Legaaaa sangat dapat jumpa balik AirTag 😮💨. Kalau tak, rosak mood aku nak berjimba dengan mak semalam! 😅
![]() |
| Gambar dengan mak ni diambil selepas dah jumpa balik AirTag 🤠Kiteorang matchy2 tudung hijau olive semalam |

20 Comments
Cuak juga tu, tapi alhamdulillah jumpa dgn selamatnya.
ReplyDeleteSeronoknya berjimbaan dgn insan istimewa :D
syukur dpt balik ur airtag. sgt efisyen lah fungsi find my device utk product apple tu yer..mcm teringin nak try pakai iphone hahah kena menabung nampak gayanya
ReplyDeleteYa Allah Karni, memang wajib letak lah yaaa, kalau sering terlupa 😂😂😂. Jadi ingat bag di Sukabumi jadinya. Nasib baik pasang air tag 😅😅. Saya nak cari yg versi android kalau ada. Nak pasang untuk barang2 Raka. Dia suka terlupa begini
ReplyDeleteAdoii kejap.. rasa kakak fanny pun wajib ada bende ni juga hehe slalu kelupaan kan letak barang nya 🤪🤪
DeleteAduh, kalau kita dah gelabah dah. Mujurlah jumpa, ada orang baik tolong letakkan di situ.
ReplyDeleteComelnya matchy² dengan mak.
Tak gelabah cuma dalam hati dah pasrah klu org lain rembat huhu. Alhamdulillah masih rezeki saya lagi 😄
DeleteAlhamdulillah rezeki jumpa semula. Bestnya masih ada mak. Boleh jalan2 matchy2 dengan mak.
ReplyDeleteTu la, jarang dapat spend masa dgn mak. Selagi mak ada kat KL, setiap hari bawak dia keluar jalan2 hehe
DeleteMujur ada AirTag...
ReplyDeleteAllhamdulliah , mak nampak masih sihat... Semoga terus diberkati
Syukur. AirTag ni berguna sebab dah 2x hilang access card kondo (kena byr RM50 setiap kali ganti).
DeleteAlhamdulillah, setakat ni mak masih boleh jalan2 cuma kena ikut pace dia je la. Lagi satu tak boleh keluar lama2 mcm dulu, sbb dia cepat penat dan kena balik rumah nap sejam dua dulu baru ada tenaga balik.
Alhamdulillah dapat balik...sweetnya anak beranak ni...
ReplyDeleteAlhamdulillah, sesekali sweet2 dgn mak pulak, asyik2 dgn husband je hehe
DeleteAlhamdullilah kalau dah rezeki tak akan ke mana.
ReplyDeleteAlhamdulillah masih rezeki aku 😄
DeleteAlhamdulillah jumpa dan dapat balik
ReplyDeleteAlhamdulillah, klu kena ganti mmg cari versi murah kat shopee je la huhu
Deleteeh memanglah...kalau tak jumpa mmg betul2 spoil mood nak berjimba
ReplyDeleteBetul Ammi. Nasib baik jumpa klu tak rosak mood nak berjimba 😅
Deleterasa macam tengah layan mini kdrama la, alhamdulillah jumpa semula.
ReplyDeleteSalah satu wishlist nak beli airtag ni bila cashout adsense nanti hehehehe..
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .