Menjadi 'Prank' Birthday Girl! 😂

Psst... Hari ni birthday sahabat baik kiteorang, tak lain dan tak bukan - Sislin! Happy birthday, Sislin! 🎉 Semoga yang baik-baik selalu buat Sislin sekeluarga 🤲🏻. Sekarang birthday girl tengah mengerjakan umrah di Tanah Suci Makkah. Rezeki dia dapat sambut birthday depan Kaabah 😍.



Happy birthday, Sislin! 🥳


Kiteorang kenal dekat 20 tahun kot. Bermula dari event Msjbox Camping di Sedili. Lepas tu selalu je buat aktiviti ramai-ramai dengan Geng KAMIE. Seronok betul zaman tu. Sislin pernah tolong babysit Khayla masa umur dia 7 bulan sebab kiteorang nak pergi Singapura (day trip) dan terpaksa tinggalkan Khayla disebabkan ada masalah buat passport untuk Khayla masa tu. Kalau Geng KAMIE ke JB kiteorang ramai-ramai tidur kat rumah Sislin, dah serupa macam balik kampung 🤭. Sekarang tinggal kenangan je semua tu. Tinggal beberapa orang je lagi dalam geng kiteorang yang masih rapat, yang lain dah bawak haluan masing-masing. 

OK kembali ke tajuk blog ni hihi. Flashback bulan Jun lepas, kan aku dan Sislin pakat 'prank' kan Kak Retna masa birthday dia 😜. Member tu dah la tak ingat pulak hari tu birthday dia hehe. Akhirnya menjadi rancangan prank aku dan Sislin tu hehehe.

Lepas tu aku dan Kak Retna saja la mengusik Sislin:


Katanya dia akan bersiap-sedia dan dapat hidu semua plan kiteorang 🤪

Nak surprise kan Sislin masa birthday dia memang tak dapat la sebab dia kan di Tanah Suci. Jadinya kiteorang decide nak prank dia sebelum dia pergi umrah! 🤣

Kak Retna tanya Sislin pukul berapa dia sampai ke KLIA sebab nak jumpa di airport sebelum dia bertolak ke Tanah Suci. Aku senyap je, kengkonon busy la nak reply dalam group 😆. Padahal Kak Retna dah pakat dengan geng yang lain nak jumpa Sislin malam tu. Lepas tu Kak Retna bagitau Sislin dia datang sorang je. Sislin pun percaya bulat-bulat yang Kak Retna datang seorang.

Petang tu Kak Retna ambik aku dan Suami Terchenta di rumah. Then kiteorang gerak ke KLIA sama-sama. Shai pun join sekali tapi dia naik motor ke KLIA. Sampai di KLIA, Kak Retna tanya Sislin kat mana. Masa kiteorang tengah mencari Sislin, hampir-hampir terkantoi sebab Abang Sabar nampak Kak Retna! Dia panggil nama Kak Retna tapi Kak Retna tak dengar sebab dia tengah sibuk on the phone dengan Sislin. Nasib baik Abang Sabar pun ingat Kak Retna datang seorang, dia tak perasan aku dan Suami Terchenta di belakang Kak Retna! 😮‍💨

Kiteorang naik dekat tingkat Pelepasan dan berjumpa dengan Shai. Lepas tu kiteorang stay je kat kawasan Pelepasan tu sementara Kak Retna cari Sislin dan Abang Sabar. Beberapa minit lepas tu dia hantar mesej cakap dieorang dekat Food Garden di tingkat 2. Kiteorang pun turun ke Food Garden. Elok je Sislin dan Kak Retna duduk membelakangi kiteorang so dia tak perasan kelibat aku dan Shai (Suami Terchenta pergi toilet masa ni). Kak Retna duduk sebelah Sislin dan muka dia menghadap ke arah Sislin jadi dia nampak la aku dan Shai datang ke arah dieorang berdua sambil bawak kek birthday 🤭.

Tak payah cerita panjang-panjang, korang tengok la sendiri aksi terkejut birthday girl kena prank! 🤣 Dalam katanya nak bersiap-sedia dan menghidu semua plan kiteorang, berjaya jugak aku dan Kak Retna prank dia hahaha! Rasanya Sislin ingat aku tak dapat datang hantar dia pergi umrah memandangkan dieorang bertolak Isnin malam i.e. hari persekolahan / hari bekerja). Dia ada tanya Kak Retna, aku tak datang ke? Kak Retna bohong sunat cakap tak 😜.



Seronok sekali-sekala bertemu walaupun sekejap je (kredit foto: Kak Retna). Terima kasih Abang Sabar belanja makan malam tu 😄


Birthday cake ni aku pilih sebab ada warna purple favourite aku dan Sislin 🤭 Kek perisa keladi, sedap dan tak manis sangat

Semoga Allah jaga persahabatan Geng KAMIE ✨

Buat Sislin dan Abang Sabar, selamat menunaikan ibadah umrah dan ziarah ke Tanah Suci Makkah dan Madinah. Semoga mendapat umrah yang mabrur, dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang berada di sana dan pulang dari sana, dan semoga dimakbulkan doa-doa semasa berada di Tanah Suci, Ameen YRA 🤲🏻.

Nota kaki: Apa benda sejarah berulang balik tu ye? Aku pun dah tak ingat! 😂 Ko ingat ke, Shai? 😜

Post a Comment

1 Comments

  1. Happy birthday sis lin. Semoga yang baik2 mengiringi. Birthday kami sama rupanya 19/11.

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .