suhun goreng

Buat sesiapa yang tengah berdiet tapi teringin nak makan bihun goreng, apa kata korang cuba suhun goreng? Rasanya pun lebih kurang sama tapi alternatif yang lebih sihat, rendah kalori dan rendah GI (glycemic index). Suhun diperbuat samaada daripada tepung mung bean atau kacang hijau, tepung keledek, tepung ubi atau tepung kentang manakala bihun diperbuat dari tepung beras.

Aku share resipi suhun goreng yang aku selalu buat:

Bahan-bahan:

  • Sepeket kecil suhun (direndam dalam air panas, kemudian toskan)
  • 1 sudu besar kicap cair / sos tiram / minyak bijan / gula - campurkan dan gaul sehingga gula larut.
  • Kicap pekat (kalau nak lebih gelap)
  • Seketul dada ayam - dipotong kecil-kecil dan diperap dengan sedikit campuran kicap tadi)
  • Sebiji telur (dipukul)
  • Sayur-sayuran pilihan (aku suka letak baby corn, lobak merah atau baby kailan. Lobak merah aku kukus sekejap supaya masa menumis tak terlalu lama)
  • 2 ulas bawang putih (dicincang halus)
  • Daun bawang (untuk hiasan)
  • 2 sudu besar minyak masak (untuk menumis)

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak masak dengan suhu sederhana.
  2. Tumis bawang putih sehingga perang & naik bau.
  3. Masukkan kepingan dada ayam dan kacau sehingga sedikit garing.
  4. Masukkan sayur-sayuran dan tumis sehingga sayur masak.
  5. Tolakkan bahan-bahan dalam kuali ke tepi, kemudian tuang telur yang telah dipukul ke dalam kuali. Kacaukan sampai telur hancur lepas tu campurkan dengan bahan-bahan lain.
  6. Masukkan suhun dan kacau.
  7. Masukkan campuran kicap tadi dan gaul sehingga sebati. Kalau nak lebih gelap masukkan kicap pekat sikit.
  8. Tabur daun bawang dan gaul lagi sebentar.
  9. Hidangkan semasa panas-panas.


Lebih sedap bila dimakan dengan cili jeruk. Tapi kena ingat walaupun resipi sihat, masih kena amalkan portion makanan yang sesuai ya.

Selamat mencuba!

16 comments:

  1. Fav SA ni...tapi x pandai nak buat sendiri..biasa makan kat kedai je.....dapnya....kita amik resepi nak cuba tau...

    ReplyDelete
  2. Tidak terfikir buat suhun sebagai makanan utama.
    Bolehlah buat tiada apa hendak masak.

    ReplyDelete
  3. Favorite LZ juga.. Simple dan sedap..

    ReplyDelete
  4. Laaaa... boleh pulak masak macam ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh uncle. cuba uncle mintak aunty buatkan.

      Delete
  5. pernah buat..memang dap.. kalau MA letak mcm2 sayur..dapppp

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, anak2 tak berapa suka sgt klu letak sayur byk2..

      Delete
  6. penah mkn sekali. opismet bawa. dia cakap dia beli suhun tu masa pergi filipina. dia kata kat sana suhun sama mcm (makan) mi kat sini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. jauhnya dia beli suhun ye. rasa lebih kurang je dengan bihun tapi lebih sihat sesuai klu nak diet.

      Delete
    2. mungkin kot. agaknya sbb boleh mkn tu yg dia beli

      Delete
  7. dah petang2 ni tengok suhun pun terliur

    ReplyDelete
  8. Kalau pergi Indonesia atau Thailand, selalu jumpa suhun goreng waktu sarapan pagi. Memang makanan menyihatkan.

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .