Jumaat lepas aku cuba buat menu Nando's di rumah. Resipi ayam panggang Nando's aku ambik di sini dan resipi nasi Mediterranean aku ambik di Youtube.

 Langkah-langkah untuk ayam Nando's:

Nando's recipe
Cuci bersih ayam dan perap dengan sos Nando's. Biarkan perapan semalaman dalam peti sejuk.

Nando's recipe
Bakar ayam dalam ketuhar selama 20 minit sehingga masak

Langkah-langkah untuk buat nasi mediterranean:

mediterranean rice
Cincang bawang holland, potong dadu capsicum dan lobak merah

mediterranean rice
Tumiskan kesemua bahan yang telah dipotong tadi

mediterranean rice
Masukkan beras yang telah dibasuh dan ditoskan. Kacau sebentar dan masukkan air ikut sukatan masak nasi

mediterranean rice
Aku guna pressure cooker sebab nak nasi masak cepat sebelum Suami Terchenta balik dari solat jumaat

mediterranean rice
OK dah siap. Hidangkan dengan sos Nando's. Aku guna pinggan Corelle kecik ni untuk diet suku-suku separuh

diet suku-suku separuh
Pinggan suku-suku separuh

Verdict: Masih tak setanding ayam di Nando's. Tapi boleh la, jimat sikit buat sendiri. Nak lagi sedap letak sos banyak-banyak 😂

24 comments:

  1. itupun dah nampak sedap la carneyz...kira jadi la tu..kita yang buat dia kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah SA, jadi la sedap jugak walaupun rasa tak sama macam di Nando's hehe.

      Delete
  2. Gigih ikut rasa Nando's.
    Takpe boleh buat lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klu berjaya buat rasa mcm di Nando's boleh jimat makan di rumah je hehe. Kena cari cara nak buat rasa macam di Nando's.

      Delete
  3. ok la tu...nasi tu menariks masak mcm tu... emmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh lupa nak sebut kena letak garam jugak dalam nasi hehe. rasa macam dah ada nasi mediterranean tu.

      Delete
  4. sedapnya...ada sos peri-peri dah terasa mcm kat nando's..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la nasib baik ada sos peri-peri tu terasa la jugak mcm kat nando's hehe.

      Delete
  5. kamek pun da perap ayam pakei sos nando's ya, dolok ada dapat sos masa gi event..berapa hari tok makan ayam bakar perap sos ya lah...oter juak sikit tambah thymes, ada yang tambah sos tiram, olive oil, madu...ikut suka hati hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. kreatifnya. kmk mok rasa sebijik kedak nando's supaya jimat x selalu ngabas nando's hehehe

      Delete
  6. kita buat cara kita je kan... nak sama sebijik sebijon taklehlah. dorang mesti ada secret ingredients yang dia tak cakap kat dalam recipe ahakss..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la, kena gigih lagi korek rahsia dieorg ni kat internet hehe. mesti ada tu...

      Delete
  7. suku-suku separuh? Ni uncle gagal ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. mesti aunty masak sedap2 sbb tu uncle gagal hehe

      Delete
  8. wah nampak sedap ni,,, thanks for the resepi, boleh cuba. oh my gosh pinggan correle pun ada suku suku separuh, boleh beli ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2. saja je pakai pinggan corelle ni bagi semangat sikit nak diet hehe

      Delete
  9. arhhhh mcm tu pon dah nampak sedappppppp! hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sis, makan dgn sos nando's mmg mantappp hehe

      Delete
  10. Sedap ni..siap ada nasi mediterranean. Belum pernah try masak nasi ni.
    Lagi sedap bila makan atas pinggan lawo 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi pinggan saya je special sikit kak ujie, pinggan yang lain pinggan ikea klu terhempas takde la menangis hehe.

      Delete
  11. ada lg x? sy nak dtg ni mkn dgn louis😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorry anies, masak 2 ketul ayam je, Louis pun ratah tulang je hehe :P

      Delete
  12. Sedap tu ayam nandos dari dapur sendiri.
    Moga istiqamah DSSS.

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .