Tak silap aku, kali pertama aku menaiki pesawat Batik Air (sebelum ni dikenali sebagai Malindo Air) ialah tahun 2019 atas urusan kerja di Kerteh. Malindo Air ni ialah subsidiari Lion Air Group iaitu syarikat penerbangan dari negara jiran Indonesia. Tahun lepas atas sebab untuk menyamakan identiti dengan syarikat penerbangan di Indonesia, Malindo Air dijenamakan semula sebagai Batik Air, which is airline bawah syarikat Lion Air Group ni. 

Batik Air ialah syarikat penerbangan dengan konsep perkhidmatan penuh (full service) sama macam MAS. Tapi ikut pemerhatian aku, Batik Air ni lebih kepada hybrid service sebab unlike MAS yang menghidangkan makanan kepada semua penumpang, Batik Air pulak menjual makanan sama macam AirAsia.

Sebab-sebab kiteorang pilih untuk terbang dengan Batik Air:

  1. Tambang yang jauh lebih murah dari MAS (lebih kurang macam tambang AirAsia)
  2. Daftar masuk bagasi percuma 20kg untuk kelas ekonomi

Batik Air Malaysia
Corak batik di ekor pesawat mengikut identiti Batik Air


Dari segi dalaman (interior) kapal terbang, sama macam MAS - ada dua kelas iaitu perniagaan dan ekonomi. Seat configuration kelas perniagaan ialah 2 tempat duduk manakala untuk kelas ekonomi pulak ialah 3 tempat duduk. Kerusi penumpang kelas perniagaan beralaskan kusyen fabrik dan untuk kelas ekonomi pulak ialah kulit sintetik. 

Batik Air Malaysia
Kelas perniagaan

Batik Air Malaysia
Yang bestnya, alas bahagian kepala tu boleh dilaraskan supaya kalau nak tidur, boleh la lentok kepala kat alas kepala tu

Dalam poket depan, ada majalah Batik Air Malaysia dan menu makanan. Tiap kali naik kapal terbang, aku suka menghabiskan masa dengan membaca majalah dalam kapal terbang sebab biasanya ada banyak info menarik tentang travel, hotel dan tempat-tempat menarik.


Batik Air Malaysia
Majalah dalam kapal terbang Batik Air

Salah satu kelemahan Batik Air ialah lepas buat online check-in, kiteorang dah tak boleh nak buat pesanan makanan dalam flight. Berbeza dengan AirAsia, lepas check-in pun masih boleh manage booking dan buat pesanan makanan atau tambah berat luggage 24 jam sebelum waktu penerbangan.

Jadi kenalah bayar harga lebih mahal bila beli makanan on the spot. Pengajarannya, lain kali beli makanan siap-siap masa tempah tiket Batik Air.

Food-wise, aku prefer makanan yang dijual dalam penerbangan AirAsia. Tak banyak pilihan makanan dalam penerbangan Batik Air. Aku beli nasi goreng dan sate ayam tapi rasanya agak hambar.


Batik Air Malaysia
Nasi goreng dengan sate ayam

Apapun, aku rasa Batik Air ni tetap syarikat penerbangan alternatif yang bagus untuk travellers yang nak naik full service airline dengan harga yang setanding dengan budget airline. Tahun depan boleh balik ke Kuching naik Batik Air (bulan puasa jadi tak kisah la tak beli makanan pun, janji dapat check-in luggage percuma 20kg sorang 😅). Untuk penambahbaikan pulak, Batik Air ni kena upgrade apps dan laman web dieorang sebab banyak kali problem masa nak cari balik booking flight 🤦🏻‍♀️. Apps dieorang pulak asyik crash je huhu. Masih tak boleh lawan lagi MAS dan AirAsia dari segi penggunaan apps.

8 comments:

  1. Oooo...Batik Air ni Malindo...hehehe...pernah naik Malindo sekali je masa pi Penang melarikan diri dari stress...hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah kiteorg pun baru tau masa nak booking flight balik kampung haha. Website dieorg masih lagi www.malindoair.com, tapi bila masuk website, akan nampak logo Batik Air.

      Delete
  2. last naik malindo 2018 ..lps dh tukar nama batik air..tk try lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Raya baru2 ni first time saya naik lepas dah tukar nama ke Batik Air.

      Delete
  3. Baguslah Carneyz share ni, kalau ada orang search nak buat perbandingan, ada juga idea, nak pilih penerbangan mana satu. 👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga perkongsian ni membantu sesiapa yg tengah cari tiket flight hihi

      Delete
  4. teringat g taiwan dulu naik malindo. mmg best. landing pun smooth je. pramugari baik2 belaka. makanan pun sedap. tambah pula x ramai org. mmg syok landing sorg2 3 kerusi sekali gus😁😁😁ada rezeki nk naik lg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronoknya, tak ramai orang dalam flight boleh la conquer tiga2 kerusi untuk kita sorang 😁

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .