Sempena Hari Ibu, Suami Terchenta kata nak belanja makan. Memandangkan dah gaji, aku sebagai isteri yang sentiasa mengambil kesempatan ni pun ajak Suami Terchenta makan di GravyBaby 😜. Sebabnya masa keluar outing dengan kawan-kawan sebelum tu, aku tertarik dengan menu di restoran ni jadi memang dah plan nak ke sini.

Di KL ni ada 3 cawangan GravyBaby - di Jalan Changkat Bukit Bintang, Bangsar dan Bukit Damansara. Selain dari di KL, GravyBaby ada jugak cawangan di Melaka dan Pulau Pinang. Kiteorang pergi ke GravyBaby di Bukit Damansara sebab lebih senang nak parking kat sini.

Portion di sini agak besar jadi kiteorang pesan makanan untuk dikongsi bersama. Untuk starter, Suami Terchenta order buffalo wings. Rasanya sedap dan juicy, sama macam buffalo wings di TGIF.

GravyBaby
Buffalo wings (RM30)

Aku pulak order quesadilla dengan grilled chicken. Boleh tahan jugak rasanya, tapi aku lebih suka versi Taco Bell's.


GravyBaby
Quesadilla (RM36)

Untuk main course, Suami Terchenta pilih ribeye steak untuk dikongsi ramai-ramai. Puas hati makan steak ni sebab besar dan lembut dagingnya. Dicicah pulak dengan sos lada hitam. Yummss!


GravyBaby
Ribeye steak (RM230)

Khayla macam biasa request mac & cheese. Memang tak kedekut cheese betul. Portion besar tapi Khayla berjaya habiskan walaupun separuh jalan dia berhenti rehat dulu 😂.


GravyBaby
Mac & cheese (RM26)

Untuk dessert pulak, Khadeeja pilih white chocolate raspberry layer cake. Aku makan sesudu je lepas tu dah taknak sebab manis sangat! White chocolate memang manis leting bagi aku.


GravyBaby
Pilihan kek pencuci mulut

GravyBaby
White chocolate raspberry layer cake

Akhir sekali, ni pulak minuman yang kiteorang pilih:


GravyBaby
Passionfruit Iced Tea untuk aku, Orea Cookie (without coffee) untuk Khayla, ice blended coffee untuk Suami Terchenta dan Khadeeja pulak pilih summer berries (takde dalam gambar)


Alhamdulillah makanan kat sini menepati citarasa kiteorang. Licin semua makanan yang dipesan. Restoran pun lawa berkonsepkan meja booth macam restoran di US. Harga kat sini boleh tahan kayangan jugak, sesekali boleh la makan kat sini sempena sambut hari istimewa. Kalau selalu, botak kepala dibuatnya!