Pengalaman Menggunakan Menstrual Disc

Tahun 2022, aku bertukar dari menggunakan tuala wanita ke menstrual cup disebabkan beberapa faktor, antaranya kurang selesa dengan tuala wanita (cepat naik ruam, terlupa bawak tuala wanita ekstra bila keluar rumah, dan paling tak best bila berlaku kebocoran) dan nak mencari alternatif yang lebih mesra alam sekitar.

Bila aku bertukar ke menstrual cup (MC), semua masalah yang aku alami tu dapat diatasi dan aku lebih selesa dan gembira menggunakan MC dari tuala wanita. 

Tapi MC ni ada jugak kelemahannya, antaranya:

  1. Waktu period yang agak heavy, MC cepat penuh dan kena la mencari tandas terdekat kalau aku kat luar rumah. Malam-malam pulak aku terpaksa bangun dari tidur untuk mengosongkan MC jadi mengganggu kualit tidur aku. 
  2. Teknik masukkan MC kena betul kalau tak, rasa tak selesa dan boleh berlaku kebocoran jugak.
  3. Disebabkan bentuk MC yang lonjong, MC ni ada risiko terkeluar masa duduk atas toilet, jadi kalau pergi tandas kena keluarkan MC dulu sebelum melepaskan hajat takut jatuh pulak dalam lubang toilet 😅 (pernah terjadi tapi nasib baik buang hajat kecik je masa tu dekat tandas rumah).

Baru-baru ni aku terbaca ada satu lagi revolusi terbaru penjagaan kebersihan wanita yang ramai orang kata lebih baik dari MC iaitu menstrual disc (MD). Lepas baca banyak review yang menarik tentang MD, aku pun buat keputusan untuk mencuba MD pulak.

 

Menstrual disc
Menstrual Disc Helloqween (aku beli dari Shopee, harga RM128.60)

Harga MD ni agak keras sikit, tapi bila bandingkan harga tuala wanita beli bulan-bulan selama 10 tahun, memang berbaloi. Set yang aku beli ni datang sekali dengan sterilising cup, pencuci MD (cuci setiap kali keluarkan untuk dikosongkan) dan cecair pelincir KY Jelly (untuk yang baru pertama kali bertukar ke MD / MC).


Menstrual disc
Macam biasa, pilih warna favourite aku i.e. purple muda / lilac 🤭

Menstrual disc
Mudah nak sterilise MD bila ada cawan ni. Masukkan MD dalam cawan ni dan rendam dengan air panas selama 5-10 minit. Cuma I wish cawan ni boleh sterilise dalam microwave sebab rasa lebih yakin kuman-kuman semua mati bila sterilise dalam microwave.

Menstrual disc
MD boleh menampung lebih banyak discharge jadi boleh pakai lebih lama hingga 12 jam berbanding MC yang kena kosongkan setiap 3-4 jam masa heavy period

Kelebihan MD berbanding MC

  1. Kapasiti lebih besar: Boleh menampung lebih banyak cecair dari MC, jadi boleh pakai lebih lama sebelum perlu dikosongkan. Walaupun masa heavy flow, tidur aku tak terganggu sebab dah tak terjaga malam nak kosongkan MC macam sebelum bertukar ke MD.
  2. Tiada Suction (Sedutan): Tak seperti MC, MD tak mencipta vakum, jadi ia lebih mesra pengguna IUD sebab tak akan menarik IUD keluar. Ini juga bermakna kurang tekanan pada dinding faraj, menjadikannya lebih selesa untuk sesetengah orang, terutamanya yang mempunyai pangkal rahim (cervix) tinggi atau sensitif.
  3. Lebih selesa: Selepas dipakai, pengguna takkan rasa apa-apa dan bebas melakukan aktiviti harian seperti berenang, bersukan dan sebagainya. Tak sesuai untuk yang jenis pelupa - risau pulak terlupa nak keluarkan MD ni 😅

Macam MC jugak, nak pakai MD ni pun ada learning curve jugak sebab belum biasa lagi guna 😬. Cabaran kali pertama nak pakai MD ni ialah bibir MD yang agak keras dengan bukaan lebih luas membuatkan agak terkial-kial jugak nak masukkan MD ke dalam, walaupun MD dan MC dua-duanya dibuat dari medical grade silicone berkualiti tinggi. Cabaran kedua ialah masa nak tarik MD ni keluar, kena cari dulu ‘cincin’ yang kadang-kadang tersorok. Tapi Insha Allah, lama-lama bila dah biasa benda ni akan jadi second nature sama jugak macam masa awal guna-guna MC dulu.

Berdasarkan pengalaman aku menggunakan MC dan MD, aku rasa lebih selesa dan selamat guna MD berbanding MC. Jadi aku nak syorkan kepada kawan-kawan lain yang ada masalah period selalu bocor dan ada ruam bila guna tuala wanita supaya bertukar kepada MD. Confirm tak menyesal!

Aku kongsikan video cara-cara pakai MD:



Kalau berminat dengan MD dari Helloqween ni, korang boleh tekan link ni atau cari kat Shopee guna kod ni: BEG-URN-EVM. Helloqween siap ada support group untuk bantu newbie yang baru nak bertukar ke MD sampai berjaya guna MD dengan betul, so korang jangan risau tak reti nak pakai MD ni lepas beli 😄.

Post a Comment

28 Comments

  1. Bagus sangat kalau pakai yang ni, mesra alam..jimat poket.. tapi, Linda belum berani nak cuba, nak² sekarang pun period tak berapa nak keluar, sebab pakai implanon.. anak² follow mama dia tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang belum kahwin saya tak recommend pakai ni takut terkoyak selaput dara. Anak2 pakai period panties tapi bila period heavy dieorg kena jugak pakai pad takut bocor.

      Delete
  2. Cuya tak berani nk cuba, lebih selesa pakai pad ajer hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang belum kahwin better jangan pakai apa2 yg kena masukkan ke dalam badan 😅 ni utk yg dah kawen boleh la cuba sbb selesa sangat2 takde rasa melekit, basah atau naik ruam bila pakai MC / MD berbanding pakai pad.

      Delete
  3. Dah lama tau pasal MC tu tapi tu la bingung tak faham cara nak masuk tu walaupun tengok dah video tu. Ni muncul MD pulak. Lagi la bingung ni. Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mula2 saya pun mcm tu jugak. 2 tahun kenal MC tapi tak berani cuba sbb takut tak reti guna dan tak yakin boleh masukkan ke dalam. Tapi bila dah pakai terus jatuh cinta hehe. Lepas 2-3 pakai dah faham cara nak pakai dgn betul.

      Delete
  4. Gimana kak rasanya, agak ngeri" juga saya membayangkan nya, mungkin karena belum pernah coba ya 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat selesa pakai ni mbak Mreneyoo 😄 lepas pakai tak rasa apa2. Tak ada lagi rasa melekit, basah atau bimbang kebocoran berbanding pakai tuala wanita.

      Delete
  5. Ada juga kawan share pakai MC nie tapi Kak Sue tak berani nak cuba..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun ambik masa 2 tahun jugak baru berani beli MC dan cuba pakai. Bila dah reti pakai, eh seronok pulak sbb nak tergolek ke, terlentang ke, dah tak risau terbocor atau pad teralih kedudukan. Bila tukar MD lagi seronok sbb tak payah bangun tengah2 malam nak kosongkan cup sbb tahan sampai esok pagi.

      Delete
  6. Saya kene beli ke macam mana ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nak belikan untuk adik perempuan boleh jugak 🤭 Tapi better suami dia je belikan hihi.

      Delete
  7. saya la orang yang teringin nak guna tapi tak yakin,risau,macam-macam la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dulu pun macam tu jugak. 2 tahun fikir nak pakai ke tak, takut tak muat la, tak selesa la, tak reti pakai lepas tu membazir la. Tapi sbb dah fed up pakai pad saya beranikan diri tukar ke MC. Terus tak menyesal dah lepas tu 😄

      Delete
  8. MZ memang tak berani laaa...dulu2 teringin nak try tampon, pun tak berani so sampai ke sudah tak try

    ReplyDelete
    Replies
    1. I dulu pun tak berani tapi bila dah berani pakai, seronok pulak 😄

      Delete
  9. SA dah 5 bulan x period..heheheh...sebelum ni pun ada yang syorkan guna MC ni...tapi SA yang x yakin..ada kawan kat office guna masa heavy period tak tau silap apa...maybe lambat bersihkan atau terlupa ermmm..faham- faham aje la..SA yang berlari ke NuSentral cari seluar dalam dan seluar baru untuk dia..kesian betul masa tu...katanya baru nak mencuba...tapi salah teknik ke apa x tau la...sejak tu dia x berani pakai dah dan back guna tuala wanita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adoi kesiannya dia. Tu la awal2 tu mungkin ada ralat sikit tapi lama2 akan ingat sendiri. Awal2 dulu bila period heavy sangat, saya keluar rumah pakai MC & tuala wanita jugak sbb tak reti nak bajet bila MC dah penuh. Lama-lama ok, dah boleh rasa bila MC tu dah penuh.

      Delete
  10. Ohh, thanks for sharing Carneyz.

    ReplyDelete
  11. Replies
    1. Haha, ok je sebenarnya. Saya dulu pun takut jugak tapi bila dah cuba sendiri ok je, tak de la ngeri sangat 😅

      Delete
  12. Pernah hampir terbeli tapi ammi tak ingatlah MC ke MD ntah sbb hari2 nampak lalu lalang je video pasal itu FYP kat Tiktok. Tapi takde keyakinan nak pakai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila dah pandai pakai & rasa selesa, tak rasa nak pakai tuala wanita lagi hihi. Mula2 mmg takut & tak yakin tapi skrg dah ok.

      Delete
  13. dah lama teringin nak bertukar demi masalah ruam bagai tu tapi belum boleh lagi.insyaAllah nak cuba nanti. bagus dapat lindungi alam sekitar juga. tapi ye juga bila heavy flow sure kalut nak nak kalau travel atau time tido

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya memang dah takde lagi masalah ruam tu sejak bertukar ke MC dan sekarang ni pakai MD pulak 😅

      Delete
  14. Ya ampuuuun baru tahu pula skr ada MD. Saya tahunya yg MC. Teman2 banyak pakai. Tapi saya belum berani 😅😅😅. Jadi sampai skr pun blm coba lagi MC ataupun MD.

    Tapi tadi lihat videonya, memang kliatan mudah yaaa. Ntahlah kalau kenyataan di lapangan hahahaha 🤣. So far memang masih pakai pad biasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Serius selesa guna MC / MD ni fanny! Kadang2 rasa macam tengah tak period sebab tak rasa pun period tu keluar (sebab ditampung dalam MC / MD).

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .