Salam kawan-kawan,
Ehh... dekat 2 minggu blog ni tak ber update ye. Maaf la kawan-kawan, kadang-kadang mood blogging aku ni kelaut sikit. Bukan setakat blogging, nak online pun malas.
The mind feels cluttered sometimes.
Jadi aku pilih untuk offline dan fokus pada benda lain minggu lepas. Decluttering wardrobe. Celebrate anniversary ke-19 dan birthday anak-anak. Baking. Breakfast / catch-up session dengan BFF & my sister. Bawak anak-anak jalan-jalan. Sign up program fitness dekat gym. Random sangat kan aktiviti aku? 🤭
Sometimes living life itself feels like a lot of efforts that leave no room for thoughts to be written down.
![]() |
| Summary of a week spent unplugged from online world |
There's a term they come up for this type of personality - ambivert.
![]() |
| A term that describes me well (sumber: Google) |
Bila mood extrovert menerjah, memang aku akan rajin update blog dan berjalan-jalan di blog kawan-kawan. Tapi bila datang mood introvert, time tu la mood blogging tu kelaut. Respect dengan kawan-kawan yang konsisten menulis di blog setiap hari. Macamana korang dapat motivasi tu ye? Aku rasa aku kena masukkan dalam azam tahun baru 2026 untuk update blog setiap hari 😅.
Buat masa ni, aku tengah berusaha untuk menghabiskan siri jalan-jalan di Eropah musim panas sebelum tahun 2025 melabuhkan tirai. Insha Allah, ada 1-2 post je lagi. Part nak edit & pilih gambar tu paling malas 😮💨. Caiyok! Caiyok!


17 Comments
Eh sekarang ada istilah baru Karni. Namanya otrovert. Yang memperkenalkan Psikiater Rami Kaminsky. Jadi itu di tengah2 antara Intro dan Ekstro. Dulu sebelum nya pakai istilah ambivert, tp katanyaa Krn Ambi meaningnya macam tak jelas, jadi dibuat istilah resmi Otrovert. Belum lama nih, makanya blm banyak familier utk istilah ini.
ReplyDeleteSaya pun merasa saya juga Otrovert. Saat ketemu dengan yg betul2 klik, saya akan banyak bicara, tapi kalau ketemu orang yg tak klik dengan saya, saya pasti lebih banyak mendengar 😅.
Cuma ada momen saya tak nak kemana2, lebih suka di rumah atau kamar, mengerjakan hal2 yg saya suka. Nanti kalau mood dah better, baru semangat lah nak kluar. Macam kita nih butuh charging kan 🤣. Sesama Gemini pasti paham 😄😁
Betul kan. Atau mungkin faktor usia 40an jadi kita memang kadang2 perlu charging dari dunia sosial kan 😅
Deleteok jer ambivert ke introvert ker..yg penting, we are living our life to the fullest! i plak since last week, bz giler kena siapkan appraisal utk staff in my dept dan ada few urgent/overdue work jugak ni....keje keje keje! part of life jugakkkk
ReplyDeleteYe betul tu MZ hehe. Cuma sayang bila mood blogging kelaut jadi kenangan tu tak disimpan dalam blog, cukup dalam photo gallery dekat phone je (sebab takde idea + malas nak menulis huhu).
DeleteEntahla macam mana termotivasi tapi maybe sebab dah takde apa nak buat. Jadinya isi masa lapang dengan blogging.
ReplyDeleteKitonyo isi masa lapang buat benda lain sebab kadang2 rasa fatigue pulak mata asyik mengadap skrin je 😵💫
DeleteWah…join program fitness 👍🏽
ReplyDeleteAkak pun sejenis yang tak ada stamina blogging setiap hari. Rasa macam buat kerja rumah pun dah cukup letih, jadi malas nak hadap blog setiap hari. Itu yang muncul cuma sesekali 😄
Haha sama kita kak... Kadang2 bila keluar dengan anak2/kawan2, balik tu rasa penat nak mengadap laptop, nak edit gambar, blabla last2 blog tu pandang sebelah mata je hihi
DeleteSA lebih kepada minat menulis..dan blog ni sekarang dah jadi online diary SA..nak tulis diary pakai tangan memang x la kan...takpe Carneyz...ikut mood..insyaallah satu hari nanti Carneyz akan menulis hari- hari..
ReplyDeleteBagusnya SA, sekurang2nya dapat baca balik memori lama kan. Saya dulu pun semangat hari2 update blog 2-3x sehari. Tapi skrg ni ikut mood hmm...
DeleteNak paksa juga mesti updated blog ya, cari masa yang sesuai pasti ada..happy2 santai di blog..pasti jadi blogger berhikmah..hehehe..
ReplyDeleteKadang2 jemu nak online, Cikgu haha. Saya rasa ini yang dinamakan digital fatigue kot. Kalau rasa penat nak online, saya akan menghilang sekejap tapi kehidupan diteruskan seperti biasa cuma tak update dekat blog je la huhu
DeleteJauhnya di Eropah..bertuah dapat jalan jauh..
ReplyDeleteAlhamdulillah, jauh perjalanan luas pemandangan kata peribahasa kita hihi
DeleteSaya pun setiap Tahun berazam untuk lebih rajin update blog Dan kena update hari hari tapi ituhlah...Kita Hanya merancang..Haha..
ReplyDeleteTapi saya tetap salute kat akak sebab Gigih jugak cerita pengalaman bercuti berbanding saya..Malas betul nak susun jalan cerita hahaha..
Yang tu kena paksa diri nona haha. Tapi smp skrg tak habis2 lagi ceritanya tu 🤣. Cerita jalan2 Istanbul tahun 2023 terkubur mcm tu je, sama jugak dgn pengalaman pergi Umrah haha.
DeleteHello, this is a nicely explained article. Your piece was very informative. Thanks for your hard work.
ReplyDeleteb2b branding singapore
design agency singapore
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .