Salam kawan-kawan,

Ehh... dekat 2 minggu blog ni tak ber update ye. Maaf la kawan-kawan, kadang-kadang mood blogging aku ni kelaut sikit. Bukan setakat blogging, nak online pun malas. 

The mind feels cluttered sometimes

Jadi aku pilih untuk offline dan fokus pada benda lain minggu lepas. Decluttering wardrobe. Celebrate anniversary ke-19 dan birthday anak-anak. Baking. Breakfast / catch-up session dengan BFF & my sister. Bawak anak-anak jalan-jalan. Sign up program fitness dekat gym. Random sangat kan aktiviti aku? 🤭

Sometimes living life itself feels like a lot of efforts that leave no room for thoughts to be written down.


bukit bintang KL
Summary of a week spent unplugged from online world

There's a term they come up for this type of personality - ambivert.

A term that describes me well (sumber: Google)

Bila mood extrovert menerjah, memang aku akan rajin update blog dan berjalan-jalan di blog kawan-kawan. Tapi bila datang mood introvert, time tu la mood blogging tu kelaut. Respect dengan kawan-kawan yang konsisten menulis di blog setiap hari. Macamana korang dapat motivasi tu ye? Aku rasa aku kena masukkan dalam azam tahun baru 2026 untuk update blog setiap hari 😅.

Buat masa ni, aku tengah berusaha untuk menghabiskan siri jalan-jalan di Eropah musim panas sebelum tahun 2025 melabuhkan tirai. Insha Allah, ada 1-2 post je lagi. Part nak edit & pilih gambar tu paling malas 😮‍💨. Caiyok! Caiyok!