Ni throwback bulan lepas. Sempena birthday anak-anak dan anniversary kiteorang, kakak aku ajak makan di Mokky's Pizza @ KLGCC Mall. Tu first time aku pergi ke situ dan baru tau mall ni masih baru lagi.
Mokky's Pizza ni dah lama aku dengar tapi tak pernah cuba sebelum ni. Pengasas Mokky's Pizza ni ialah seorang anak Melayu bernama Muhammad Shahmi Shaharudin dan dia mula membuat New York-style pizza ni semasa zaman pandemik dulu. Disebabkan permintaan yang menggalakkan, Mokky's Pizza sekarang telah membuka beberapa cawangan antaranya di Bukit Tunku, KLGCC Mall, Setapak, Subang Parade dan Shah Alam.
Masa kiteorang sampai dalam pukul 11 pagi pun dah penuh pelanggan dalam restoran. Bayangkan kalau datang lunch hour, confirm kena tunggu giliran kat luar. Tapi nasib baik ada meja kosong lagi jadi kiteorang tak payah menunggu.
Vibe dalam restoran Mokky's Pizza ni persis macam pizza parlour di New York dengan deko retro, tempat duduk booth dan warna yang ceria. Pelanggan yang datang makan kat bukan orang Melayu je, bangsa lain dan mat salleh pun ramai jugak.
![]() |
| Sudut menarik dalam Mokky's Pizza |
Yang best nya dekat sini pizza kita boleh request half & half, maksudnya dalam satu pinggan tu boleh pilih 2 jenis pizza berbeza, cuma tambah RM3 je. Ni menu yang kiteorang pilih hari tu:
![]() |
| Beef pepperoni pizza x Fat Popeye |
![]() |
| Fake Margherita x New York Cheese |
My verdict, pizza di sini sedap semuanya cuma Fat Popeye tu agak muak sikit la. Kalau aku bandingkan pizza di Mokky's Pizza ni dengan Pizza Duo, aku lebih suka Mokky's Pizza mungkin sebab dah biasa dengan New York-style pizza compared to Neopolitan-style pizza. Dari segi harga pun lebih mesra poket.
Selain dari pizza, kiteorang pesan menu ni:
![]() |
| Khadeeja request mozzarella stick (RM18) |
![]() |
| Khayla pulak nak mac n cheese (RM16). Portion agak besar |
![]() |
| Suami Terchenta request buff wings (RM21) |
![]() |
| Milkshakes dekat sini sedap! |
Dan untuk dessert, aku request tiramisu:
![]() |
| Tiramisu (RM25) |
Untuk tiramisu pulak, aku masih berpendapat tiramisu dekat Pizza Duo yang paling sedap aku pernah makan sebelum ni. Tiramisu Mokky's ni agak pekat rasanya dan makan sesudu dua pastu mula rasa muak. Nasib baik datang dalam bekas boleh tapau bawak balik.
Alhamdulillah. Terima kasih kakak, belanja makan sedap-sedap. Semoga murah rezeki kakak aku ni 🤲🏻.
![]() |
| Me and my kakak |









4 Comments
yums. semua sedap2 belaka ni!! i lom pernah sampai lagi kat mall ni
ReplyDeleteYe, semua sedap that's why pelanggan Mokky's bukan orang Melayu je yang suka, mat salleh pun suka!
DeleteKLGCC MALL pun tak pernah dgr.. Mokky Pizza pun tak pernah... Tpi makan sedap sedap belaka..
ReplyDeleteSaya tau pun sebab pernah nampak kat IG reel tapi bulan lepas first time sampai ke KLGCC Mall tu hehe
DeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .