Kali pertama kiteorang melawat Kuching Wetland National Park ialah pada tahun 2023. Lepas tu kiteorang berniat nak bawak anak-anak ke sini tahun depannya tapi somehow asyik tertangguh je sampai la trip balik kampung raya tahun ni baru ada kesempatan bawak dieorang ke sini.
Tahun ni harga tiket dah naik sikit iaitu RM65 satu bot. Masa kiteorang naik bot tahun 2023, harga sewa bot baru RM50. Banyak jugak kenaikan harga tu tapi aku still rasa berbaloi.
![]() |
| Selfie dulu di jeti sebelum menaiki bot |
![]() |
| Bot yang kiteorang naik ni ada bumbung jadi takde la terasa panas sepanjang cruise ni |
![]() |
| Posing depan papan tanda Kuching Wetland National Park |
Masa kiteorang berdua pergi dulu, takde rezeki nampak buaya, monyet proboscis (monyet belanda a.k.a. monyet hidung panjang) dan ikan lumba-lumba. Alhamdulillah, trip kali ni ada rezeki nampak buaya dan monyet belanda. Ikan lumba-lumba je tak nampak lagi sebab laut agak bergelora (ikan lumba-lumba ni cuma akan timbul kalau air laut tenang).
![]() |
| Buaya ni mula-mula tengah tunggu bawah pokok dekat monyet belanda tu bergayut, tapi bila nampak kiteorang je dia terus menyelam dalam air. Segan agaknya. |
Buaya yang kiteorang nampak ni saiznya agak kecik. Ada lagi buaya yang lebih besar dan panjang dari ni, tapi kebanyakannya duduk kat dalam hutan paya bakau tu. Malam-malam baru dieorang keluar mencari makan, menurut pemandu bot. Kalau naik bot malam-malam dan suluh ke arah permukaan air, akan nampak la beratus-ratus pasang mata merah 😅. Aish, seram aku nak naik bot malam-malam. Buatnya dia terlanggar bot pastu terbalik? 🥶 Tapi menurut kata pemandu bot kiteorang ni, sepanjang dia menetap di kawasan ni, tak pernah lagi ada kejadian orang kampung kena serang / sambar buaya. Kiranya buaya kat sini memang tak kacau orang la. Buaya kat kampung Suami Terchenta lebih ganas dari buaya kat sini sebab dah 2-3 orang kampung yang jadi mangsa baham buaya di Sungai Meranek.
![]() |
| Monyet proboscis (monyet hidung panjang) tengah lepak atas pokok |
Balik dari kampung Telaga Air, kiteorang singgah di Old Court House Kuching depan waterfront Kuching untuk makan tengahari:
![]() |
| Aku dan Suami Terchenta kongsi grilled sirloin steak with miso butter (RM128), anak-anak pulak pesan spaghetti al ragu (RM35). Untuk dessert, kiteorang kongsi kek onde-onde ni |
Harapnya ada rezeki nak repeat trip ke Kuching Wetland National Park dan ambik pakej meneroka hutan paya bakau pulak lain kali.






0 Comments
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .