Ikan Bakar Jalan Bellamy

Masa birthday Suami Terchenta, siangnya dia mengajak makan ikan bakar di Jalan Bellamy atau lebih dikenali ikan bakar belakang istana (lama). Mula-mula dia nak ajak makan kari kepala ikan di Bukit Taman Tugu tapi tutup pulak. Jadi melencong la kiteorang ke sini. Anak-anak taknak ikut sebab dieorang dah kenyang menghabiskan spaghetti bolognese yang aku buat untuk jamuan potluck hari sebelumnya. Jadi kiteorang pun pergi berdua je naik motor. Nasib baik la dieorang tak ikut, jalan jem giler! Motor pun susah nak menyelit-nyelit. Aku yang jadi pembonceng sampai geli-geleman pulak tengok skill Suami Terchenta mencilok di sebalik kereta-kereta di jalanan. Fuhhhh! Nasib baik tak bawak motor sendiri 🫣

Akhirnya selepas melalui jem KL yang teramat tu, sampai la kiteorang ke tempat ikan bakar ni. Agaknya ramai yang masih beraya dan pergi open house sana-sini, jadi tak ramai pulak orang kat sini hari tu. Suami Terchenta ajak mencuba ikan bakar Seri Melaka sebab selalunya kalau kiteorang ke sini pada minggu biasa, gerai ni selalu penuh jadi kiteorang akan pilih gerai di bahagian depan yang tak berapa ramai orang.


Jalan Bellamy
Ikan bakar Seri Melaka

Ada beberapa pilihan ikan bakar kat sini - siakap, ikan keli, ikan pari, ikan kembung, sotong dan kerang bakar pun ada. Kiteorang ambik ikan pari dan ikan keli bakar. Next, pergi ambik nasi putih pulak dan lauk-pauk lain. Patutlah ramai orang ke gerai ni sebab lauk-pauknya banyak pilihan. Aku ambik sayur rebung masak lemak dan lauk tempe. Suami Terchenta pilih ulam timun dan sambal belacan dan sayur taugeh campur.

Minuman pulak limited tapi boleh refill percuma - air sirap dan teh o.


Ikan bakar Seri Melaka
Pilihan lauk di gerai Seri Melaka

Ikan bakar Seri Melaka
Makan tengahari kami semuanya berjumlah RM37

Ada sambal kicap dan air asam sekali tapi lupa nak ambik gambar. Budu pun ada jugak. Alhamdulillah, sedap sayur rebung masak lemak dan tempeh berkicap tu. Ikan keli tu pun sedap, lemak-lemak manis isinya. Ikan pari je menyesal sikit ambik sebab isinya agak keras dan kering.

Kat sini susah sikit nak parking sebab tu kiteorang selalunya naik motor je kalau nak makan ikan bakar belakang istana ni. Walaupun jauh sikit dari rumah tapi berbaloi la sebab makanan sedap dan murah.

Post a Comment

0 Comments