Celebrate Birthday Kakak dan Adik di Fluffed Cafe @ Petaling Street

Throwback bulan Februari lepas.

Kakak dan adik aku mengajak kiteorang join birthday celebration di Fluffed Cafe @ Petaling Street. Oleh sebab kafe tu dekat je dengan stesen MRT Pasar Seni, jadi kiteorang pun naik LRT ke stesen Titiwangsa sebelum bertukar ke laluan MRT untuk sampai ke sana.


LRT
Selfie dalam LRT

Fluffed Cafe ni terletak seberang jalan je dari stesen MRT Pasar Seni, jadi tak susah nak ke sini.


Fluffed Cafe @ Petaling Street
Fluffed Cafe & Dessert Bar

Menu utama di kafe ni ialah waffles dengan pelbagai perisa manis dan savoury. Selain waffles, ada jugak aiskrim dan kek.


Fluffed Cafe @ Petaling Street
Selain dari waffles, kafe ni ada aiskrim dan kek jugak. Uniknya, cenderahati pun ada dijual di sini

Fluffed Cafe @ Petaling Street
Pilihan kek di sini

Ni antara menu yang kiteorang pesan:


Fluffed Cafe @ Petaling Street
Fish 'N' Chips Waffle pilihan Khayla (RM29)

Fluffed Cafe @ Petaling Street
Hot Honey Fluffed Chicken Waffle (RM27)

Fluffed Cafe @ Petaling Street
Kungfu Panda (RM27) - ada aiskrim berperisa oolong, mochi, kacang walnut, charcoal waffle dan sirap gula merah

Fluffed Cafe @ Petaling Street
Back to Basics waffle (RM13)

Fluffed Cafe @ Petaling Street
Birthday waffle (percuma dengan pembelian RM60 ke atas)

Overall aku rasa makanan kat sini not bad la kalau korang peminat waffle. Harga tu pulak dalam kategori kafe hipster. Adakah aku akan repeat? Hmm. Mungkin tak kot sebab aku tak minat sangat waffle 🤭.

Post a Comment

0 Comments