Bawak Anak-anak Ke Kuching Wetland National Park

Kali pertama kiteorang melawat Kuching Wetland National Park ialah pada tahun 2023. Lepas tu kiteorang berniat nak bawak anak-anak ke sini tahun depannya tapi somehow asyik tertangguh je sampai la trip balik kampung raya tahun ni baru ada kesempatan bawak dieorang ke sini.

Tahun ni harga tiket dah naik sikit iaitu RM65 satu bot. Masa kiteorang naik bot tahun 2023, harga sewa bot baru RM50. Banyak jugak kenaikan harga tu tapi aku still rasa berbaloi.


Kuching Wetland National Park
Selfie dulu di jeti sebelum menaiki bot

Kuching Wetland National Park
Bot yang kiteorang naik ni ada bumbung jadi takde la terasa panas sepanjang cruise ni

Kuching Wetland National Park
Posing depan papan tanda Kuching Wetland National Park

Masa kiteorang berdua pergi dulu, takde rezeki nampak buaya, monyet proboscis (monyet belanda a.k.a. monyet hidung panjang) dan ikan lumba-lumba. Alhamdulillah, trip kali ni ada rezeki nampak buaya dan monyet belanda. Ikan lumba-lumba je tak nampak lagi sebab laut agak bergelora (ikan lumba-lumba ni cuma akan timbul kalau air laut tenang).


Kuching Wetland National Park
Buaya ni mula-mula tengah tunggu bawah pokok dekat monyet belanda tu bergayut, tapi bila nampak kiteorang je dia terus menyelam dalam air. Segan agaknya.

Buaya yang kiteorang nampak ni saiznya agak kecik. Ada lagi buaya yang lebih besar dan panjang dari ni, tapi kebanyakannya duduk kat dalam hutan paya bakau tu. Malam-malam baru dieorang keluar mencari makan, menurut pemandu bot. Kalau naik bot malam-malam dan suluh ke arah permukaan air, akan nampak la beratus-ratus pasang mata merah 😅. Aish, seram aku nak naik bot malam-malam. Buatnya dia terlanggar bot pastu terbalik? 🥶 Tapi menurut kata pemandu bot kiteorang ni, sepanjang dia menetap di kawasan ni, tak pernah lagi ada kejadian orang kampung kena serang / sambar buaya. Kiranya buaya kat sini memang tak kacau orang la. Buaya kat kampung Suami Terchenta lebih ganas dari buaya kat sini sebab dah 2-3 orang kampung yang jadi mangsa baham buaya di Sungai Meranek.


proboscis monkey
Monyet proboscis (monyet hidung panjang) tengah lepak atas pokok

Alhamdulillah tercapai jugak hasrat anak-anak nak tengok buaya dan monyet belanda. Tapi aku rasa lain kali aku nak ambik pakej yang masuk dalam hutan paya bakau tu. Harga agak pricey (RM300+) tapi trip nya ambik masa seharian menyelusuri hutan paya bakau tu. Boleh nampak lebih banyak binatang yang hidup dalam hutan paya bakau. Pemandu bot tu pesan kalau nak pergi trip dalam hutan paya bakau tu kena mesej dulu sebab dieorang cuma akan bawak masuk ke dalam paya bakau tu masa air pasang. 

Balik dari kampung Telaga Air, kiteorang singgah di Old Court House Kuching depan waterfront Kuching untuk makan tengahari:


kuching old court house
Aku dan Suami Terchenta kongsi grilled sirloin steak with miso butter (RM128), anak-anak pulak pesan spaghetti al ragu (RM35). Untuk dessert, kiteorang kongsi kek onde-onde ni

Harapnya ada rezeki nak repeat trip ke Kuching Wetland National Park dan ambik pakej meneroka hutan paya bakau pulak lain kali.

Post a Comment

17 Comments

  1. SA nak pi Sarawak nanti, nak bawak en suami dia x pernah pi Sarawak lagi...Boleh masuk wishlist ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh la start planning tu SA. Google dulu pakej utk ke Telaga Air ni sebab jaraknya agak jauh jugak dari Kuching, kira2 30 minit perjalanan. Tapi mmg seronok ke sini 👍🏻

      Delete
  2. Seronok juga ke Wetland ni....banyak haiwan boleh tengok....kalau bawak teropong mungkin boleh nampak burung-burung yang mendiami Wetland ni pulak. Tapi....buaya tu a bit scary jugak la ya....

    ReplyDelete
  3. Ok jugak tu kan dia kira harga satu bot terus. Bestnya balik kampung Carneyz, banyak tempat menariks utk dikunjungi.

    ReplyDelete
  4. Allah, seram la pulak nampak buaya wpun jauh. Kalau dekat zoo berani tengok, ini dalam sungai ada kerisauan di situ 😅 anyway it's a good experience la kan.

    ReplyDelete
  5. Wah!! Terus rasa teringin nak pergi sini.. Kuching Wetland National Park ini nampak menarik..

    ReplyDelete
  6. Jangan sebut bot terbalik masa kat sana... pangtang orang-orang tua tuuuu....

    ReplyDelete
  7. nicelah tempat ni! naik bot memang best lah esp kalau utk anak2..my boys pun suka nii kalau ada peluang naik bot

    ReplyDelete
  8. Aiiih seram yg bab buaya 😅😅. Saya pun mikirnya, mereka tak akan senggol perahu kah, atau sambar perahu. Trus jadi kuatir monyetnya kena makan 😅😅.

    Tapi tempat yg banyak hewan seperti ini, saya sukaaa. Jarang soalnya kan. Harus pergi ke kota khusus yg biasanya jauh dari ibukota utk melihat national park.

    ReplyDelete
  9. Dah lama tak pergi Kuching. Selalu tengok kucing, meow meow je

    ReplyDelete
  10. teringat masa gi Sukau Rainforest Resort kira2 26 thn yg lps. Dpt tengok monyek belanda ni.

    ReplyDelete
  11. Alaa last year tak dapat pergi, tak cukup masa dan hujan. Kena repeat lah trip Kuching ni,

    ReplyDelete
  12. Aduh seriau la pulak tgk buaya tu.. walau kata tak ganas tapi kalau lalu sebelah bot mau hilang darah kat muka hahahaha.. itu saya la :P ... jap ada ikan lumba lumba? aduh menarik sgt tu...

    ReplyDelete
  13. tapi yg tu bukan bujang senang kannnn
    yg ni bujang segan kot
    hehehe

    ReplyDelete
  14. p/s menjawab pertanyaan...
    Besar tak bandar Thessaloniki tu Anies?
    ya, besar.
    thessa merupakan bandar kedua terbesar slps Athens ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oo.. igtkan kecik je boleh jalan kaki pusing2 kat situ 😅

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .