Sambut Birthday Suami Terchenta (edisi keluarga)

Sambutan harijadi Suami Terchenta dibuat sehari awal bersama geng Msjbox. Esoknya pulak kiteorang celebrate sekali lagi, kali ni dengan anak-beranak je.

Malam birthday Suami Terchenta, kiteorang ke Sunway Putra sebab nak celebrate birthday Suami Terchenta di Me'nate:


Posing berdua dengan background logo Me'nate


Kebetulan ada promosi beli satu keping daging wagyu dapat 50% diskaun untuk daging kedua dan percuma satu hidangan appetiser

Jadi kiteorang pun ambik 2 keping daging wagyu, kongsi dengan anak-anak:


Pilih striploin kedua-duanya, dimasak medium rare. Kiteorang pilih sos beef jus dan blackpepper. Dua-dua sedap!

Untuk appetiser percuma, kiteorang pilih beef nachos. Yang ni pun sedap 😍

Tambah jugak truffe fries kegemaran aku

Kiteorang tak perlu tunggu lama-lama untuk makanan sampai. Alhamdulillah semua sedap. Satu je kekurangan kat sini, airnya lambertttt sampai! Dah nak tercekik rasa sampai kiteorang kena panggil staff tanya bila nak hantar air ni 😅.


Ni minuman yang aku pesan - avocado vs coconut milkshake. Yang lain-lain tak sempat ambik gambar sebab masing-masing terus minum dieorang bila air sampai 😅

Tahun ni kiteorang takde birthday staycation macam tahun-tahun sebelumnya, sebaliknya ditukar dengan makan malam di restoran mewah 😅. Untuk hadiah birthday Suami Terchenta pulak, ingat tak kisah zip beg laptop Suami Terchenta rosak sampai kena angkut laptop dia beraya dalam tote bag aku? Jadi kiteorang pun bagi la hadiah beg laptop baru jenama Barry Smith dekat Suami Terchenta:


Beg laptop baru dengan waranti 3 tahun 😘

Akhir sekali aku nak kongsikan doa untuk suami 🤍:

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim...

Kau yang Maha Mengetahui suamiku dengan cara yang aku tidak tahu. Kau Maha Melihat kebimbangan yang dia sembunyikan di sebalik diamnya. Kau Maha Melihat beban yang dia pikul tanpa mengeluh. Kau Maha Melihat tanggungjawab yang membebaninya setiap hari.

Ya Hafeez, lindungi dia dengan cara yang tidak dapat dilihat oleh mataku.

Lindungi hatinya daripada keletihan. Lindungi fikirannya daripada kebimbangan yang membuatkan dia terjaga pada waktu malam. Lindungi dia dari setiap bahaya yang tidak terdaya untukku melindunginya.

Ya Allah, Ya Qawiyy, Ya Jabbar...

Apabila dia keluar dari rumah kita untuk menghadapi dunia, berikanlah kekuatan kepadanya. Apabila dunia terasa berat kepadanya, ringankanlah bebannya. Dan apabila dia pulang ke rumah dalam keadaan letih dari segala yang dihadapinya di luar, biarlah rumah kami menjadi tempat ketenangannya. 

Ya Allah, Ya Latif...

Jadikanlah aku isteri yang berlemah-lembut dengan suami ketika hatinya letih. Kurniakanlah kesabaran buat diriku apabila dia menghadapi kesukaran. Bantulah diriku agar sentiasa menjadi penyokongnya ketika dia ditimpa ujian hidup. Jadikanlah kehadiranku menghiburkan hatinya. Jadikanlah kata-kataku membawa ketenangan kepadanya. Biarkan cintaku berasa seperti keamanan untuknya. Janganlah Engkau jadikan diriku sebagai beban tambahan di bahunya.

Ya Allah... janganlah Engkau jadikan dia sebagai ujian untukku.

Ya Allah, Ya Hadi (Petunjuk)...

Bimbinglah suamiku agar lebih dekat kepadaMu setiap hari. Biarkan solat menjadi tempat perlindungannya ketika kehidupan menimpanya. Biarlah Al-Quran menjadi cahaya dalam hatinya. Biarkan zikir-Mu menenangkannya ketika dunia menjadi kacau-bilau. Jadikanlah dia di antara orang-orang yang tetap rendah hati di hadapan-Mu.

Ya Allah, Ya Muqallib al-Qulub (Maha Membolak-balikkan Hati)... 

Teguhkanlah hati kami di atas agama-Mu bersama. Apabila aku merasa lemah, hendaklah dia mengingatkanku kepada-Mu dengan kebaikan. Dan apabila dia bersusah-payah, jadikan aku pembimbingnya agar kembali kepada-Mu dengan cara yang lemah-lembut. Jadikan kami sebab antara satu sama lain untuk lebih dekat dengan-Mu.

Ya Allah, Ya Wadud (Maha Pengasih)...

Tempatkanlah di antara kami cinta yang tulus dan lembut. Cinta yang cepat memaafkan. Cinta yang saling menjaga maruah satu sama lain. Cinta yang bertahan dari kemarahan, keletihan, dan salah faham.

Panjangkanlah jodoh dan usia kami. Lembutkanlah hati-hati kami untuk satu sama lain. Jadikanlah setiap kesusahan yang kami hadapi sebagai asbab untuk berpegang teguh antara satu sama lain. Penuhilah rumah kami dengan solat, zikir dan ketenangan. Biarkanlah malaikat rahmat memasuki rumah kami.

Semoga cinta kami bertambah kuat melalui ujian yang kami hadapi bersama. Jangan biarkan pertengkaran kecil perlahan-lahan membina dinding antara hati kami.

Ya Allah...

Peliharalah perkahwinan kami dari bisikan syaitan yang cuba memisahkan hati-hati kami.

Peliharalah perkahwinan kami daripada hasad dengki, bahaya yang tersembunyi dan dari penyakit 'ain. 

Lindungilah kami dari sifat sombong dan ego dan dari kemarahan yang berlarutan terlalu lama. Janganlah jadikan perbezaan pendapat di antara kami sebagai punca hilang rasa hormat antara satu sama lain.

Hindarilah kami dari menjadi orang asing semasa tinggal di bawah bumbung yang sama.

Ya Allah, Ya Ghaffar...

Maafkanlah aku jika aku pernah menyakitinya dengan kata-kata. Maafkanlah aku ketika aku salah faham kepayahannya. Maafkanlah aku jika aku mengeluh sedangkan dia sudah terlalu banyak membawa beban tanggungjawab keluarga kami.

Maafkanlah aku jika aku pernah gagal menghargai pengorbanan yang dia lakukan untuk keluarga kami. Ajarkanlah aku untuk melihat usaha yang dia lakukan yang tidak pernah dilihat oleh dunia.

Ya Allah, Ya Kareem...

Kurniakanlah ganjaran kepadanya atas setiap tanggungjawab yang dipikulnya, atas setiap usaha dan pengorbanan yang dia lakukan untuk keluarga kami.

Ya Allah...

Apabila masa kami di dunia ini berakhir, janganlah Engkau pisahkan kami di akhirat kelak. Pertemukanlah kami semula di dalam syurga-Mu sebagai suami isteri sepertimana di dunia ini.

Ya Allah...

Lindungilah suamiku. Bimbinglah dan kuatkanlah dia. Maafkanlah dia. 

Dan jadikanlah aku asbab untuk dia masuk ke syurga.

Ameen Ya Rabbal Alameen...

(Kredit himpunan doa --> IG: @_deenitude_

Post a Comment

22 Comments

  1. A-Min. Happy Belated Birthday untuk suaminya. Tak ada bawa bekal air putih ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nan hado sebab selalu minuman yg cepat sampai dulu dari makanan 😅

      Delete
  2. sanah helwah to ur hubby! aamiin for the doa!

    ReplyDelete
  3. Aamiinn atas doanya..

    kalau members kat nate tu kan.. boleh dapat diskaun 20% pada yang nyambut besday tak silap saya..berbaloi kalau makan banyak.. thehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kiteorg jenis makan sikit je hehe. Jarang2 makan kat sini, jadi tak terfikir nak buat membership 🫣

      Delete
  4. Wahhh, berbaloi tu ada diskaun sehingga 50%. Tapi, makanan dah sampai cepat, minuman pulak yang terlewat ya. Mujur tak ada yang tercekik makan daging, hihi. Semoga Allah makbulkan doa isteri yang tulus buat suaminya terchenta.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang berbaloi. Igtkan malam tu nak ambik sekeping daging wagyu dan sekeping lagi yg biasa je. Bila tengok ada diskaun 50% untuk wagyu kedua apa lagi, ambik dua2 wagyu je hihi.

      Ameen YRA 🤲🏻

      Delete
  5. Replies
    1. Doa utk encik suami sbg menghargai pengorbanan dan jasanya sebagai ketua keluarga 😊

      Delete
  6. suka pula sy tgk beef nachos tu... yummy!

    sy amin kan doanya...
    آمين يا رب العالمين

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedappp! Skrg Me'nate tgh ada promo luncheon hours. Nnt dah lepas habis puasa 6 nak cuba la makan tengahari kat Me'nate tu 😄

      Delete
  7. Aminn atas doanya...lama x makan kat Menate...minggu ni SA akan sambu birthday suami kat Kuantan...birthday dia 13hb March hari tu puasa kan..x bersambut lagi...so...ke Kuantan la kita yukkk...balik kampung angkat kami..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, bestnya jalan2 Kuantan. Happy belated birthday buat suami SA!

      Delete
  8. Aamin utk doanya 🤲🏻
    Belated happy birthday utk En Jun. Barakallahu fi umrihi

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah..pasti teman suami sangat happy ..tahniah sangat perhatin keluarga bahagia

    ReplyDelete
  10. Terharuuuuu baca doa nya 🥹🥹... Aaamiiin unyk semua doa yang terucap buat hubby ya Karni 🤗.

    Baguuus betul promonya, worth it sangat utk pesan 2 kalau ada promo 50% begini kan 😄👍. Samaa kita, kalau pesan steak selalu medium rare.

    Saya benci sangat kalau dapat steak yg medium well apalagi kalau sampai well-done. Memang minta tukar langsung 😄

    ReplyDelete
  11. Happy belated birthday utk suami kak carneyz!
    Okay sangat tu order wagyu dpt discount. Ada free appetizers pulak tu. Saya pernah makan sini sekali je, tahun 2016. Kitorang ambil air free flow je. Nasib baik takde tercekik kat mana2 haha

    ReplyDelete
  12. wah ada promo wagyu....lama tk singgah menate....happy birthday utk husband carneyz

    ReplyDelete
  13. Kacak beg laptop...mesti hubby suka ya...kedak premium

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .