Makan Tengahari di UTC Sentul dengan Suami Terchenta

3 minggu lepas, Suami Terchenta bekerja dari rumah sebab malam sebelumnya dia masuk ofis sampai pukul 6 pagi. Jadi pagi tu dia dapat time off untuk berehat dan tengahari pulak dia bekerja dari rumah je.

Kebetulan masa tu Khayla pun balik lambat sebab ada aktiviti di sekolah, jadi aku pun mengajak Suami Terchenta makan di UTC Sentul lepas hantar Khadeeja ke sekolah. Suami Terchenta onz je.

Mula-mula aku ingat nak makan di gerai nasi campur dekat hujung sekali tapi bila ternampak gerai Che Awe yang menjual sup urat keting & nasi sup ni, terus tukar fikiran nak makan sup urat keting pulak 😜. Suami Terchenta dah sedia maklum la perangai isteri dia yang selalu bertukar fikiran last minute ni!


sup urat keting
Tak pernah lagi beli dari gerai Che Awe ni. Owner yang sama dengan Nasi Kerabu Mek yang famous dekat Sentul ni

Aku pesan set nasi sup urat keting. Minuman pulak aku pesan Thai green tea.


serbuk lada Thai
Besarnya botol serbuk lada dari Thailand ni

Set nasi sup urat keting
Set nasi sup urat keting yang aku pesan

UTC Sentul
Suami Terchenta pulak meneruskan niat ambik nasi campur di gerai hujung sekali

My verdict - supnya cukup rempah semua cuma agak masin, jadi aku tak letak la kicap cili tu sebab takut ter over masin pulak. Urat keting yang dieorang letak dalam sup memang meriah la, jadi puas hati makan.  Thai green tea tu manis leting! Terpaksa tunggu ais cair baru dapat minum 😅.

Sebelum balik, kiteorang tapau nasi ayam untuk Khayla bila dia balik dari sekolah. Nasi ayam Yat dekat sini pun aku suka sebab dia buat style nasi ayam Hainan. Pendek kata, kat UTC Sentul ni banyak gerai yang menjual makanan yang sedap-sedap la 😅.

Post a Comment

1 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .