Sambungan dari SINI.
Esok paginya, aktiviti JJCM diteruskan lagi!
JJCM #7: Sarapan Pagi di Kacang Pool Haji
Tak sah kalau ke JB dan tak mencuba kacang pool legend ni. Mula-mula nak ke gerainya di Hutan Bandar tapi tak bukak lagi. Jadi kiteorang pun melencong ke cawangan Kacang Pool Haji di Jalan Dato Jaafar.
Aku order kacang pool kambing dan lontong basah (tamak, kan?), Abang Sabar order lontong basah, Fanny dan Sislin pulak order kacang pool daging, Sislin order jugak telur separuh masak dan Kak Retna pulak pesan mee goreng mamak dengan roti bakar. Macam biasa, kacang pool kat sini tak mengecewakan. Setiap kali ke JB memang aku wajib singgah di Kacang Pool Haji menikmati kacang pool legend ni.
![]() |
| Setel breakfast di Kacang Pool Haji. Next, ke manakah kami? |
Sementara menunggu makanan hadam, kiteorang singgah di Muzium Tokoh Johor. Muzium ni mempamerkan biodata dan sejarah tokoh-tokoh di Malaysia terutamanya tokoh-tokoh yang berasal dari Johor. Kalau sesiapa yang suka sejarah mesti korang suka datang ke sini sebab pamerannya interaktif dan tak membosankan.
![]() |
| Sekitar Muzium Tokoh Johor |
![]() |
| Gambar-gambar kami dalam Muzium Tokoh Johor yang diambil oleh Sislin |
JJCM #8: Mengopi di Kafe Muzium Tokoh Johor @ Ikhwan Coffee
Sebelum meninggalkan Muzium Tokoh Johor, kiteorang singgah mengopi di kafe muzium yang diusahakan oleh Ikhwan Coffee.
![]() |
| Ruang kafe yang cozy dan comel |
Kiteorang order minuman dan jugak kek - Sislin pilih kek onde-onde, Fanny pilih kek peach dan aku pulak pilih triple chocolate muffin. Kiteorang paling suka muffin coklat tu sebab rasa coklatnya yang pekat. Crispy kat atas dengan coklat lava kat tengah. Sedap!
![]() |
| Minuman dan kek yang kami pesan |
Terus sambut birthday Fanny di sini. Ada jugak terselit gambar kami bertiga yang menyambut birthday bulan Jun ni a.k.a. Gemini babies 😄.
![]() |
| Happy birthday Fanny! |
Selepas mengopi, Abang Sabar kata nak singgah Ariani. Masa ni masing-masing pelik dah kenapa pulak orang lelaki nak singgah butik Ariani ni? 😜 Kiteorang ingatkan dia nak beli tudung untuk anak-anak dan menantu, rupa-rupanya dia nak belikan hadiah birthday! Terkejut kiteorang bila Sislin hulur tudung Ariani kat kiteorang seorang satu 😂. Sempat jugak laki bini ni surprise kan kiteorang ye hihi. Alhamdulillah, terima kasih Abang Sabar dan Sislin 🥰. Ni first time aku pakai tudung Ariani. Memang sedap kainnya dan senang nak bentuk. Aku pakai masa pergi lunch dekat Alamanda dengan Fanny, Kak Mulan dan Sis Ezna kelmarin.
![]() |
| Yeayyy dapat hadiah birthday lagi! 😍 |
Since perut masih kenyang lagi, kiteorang singgah di Laman Mahkota Istana Bukit Serene untuk ambik gambar buat kenangan dengan Fanny di Johor. Barulah ada bukti Fanny dah sampai Johor kan? Hihi. Abang Sabar offer diri untuk tangkap gambar sebab kiteorang nak posing ala-ala gambar depan masjid Songkhla dulu 🤭.
![]() |
| Dah macam iklan melawat Johor pulak kan? 😜 |
Dah puas bergambar, marilah ke destinasi seterusnya.
JJCM #9: Lunch di Melor House
Sislin bawak kami ke sini untuk menikmati asam pedas Johor dan masakan Melayu lain. Tempatnya cantik dan dekorasi pulak klasik. Restoran bahagian dalam seolah-olah kita makan kat rumah orang. Tujuan utama ke sini ialah nak menikmati asam pedas Johor. Selepas membelek menu, akhirnya kiteorang pesan asam pedas ikan siakap, udang sambal petai, telur dadar, telur masin, ayam masak kicap, sayur paku masak lemak, cucur udang dan ubi rebus dengan sambal hijau. Asam pedas tu datang sekali dengan ulam-ulaman dan telur masin.
![]() |
| Suasana sekitar Melor House |
![]() |
| Meriah meja makan! |
Alhamdulillah rata-rata lauk tu sedap. My favourite - sambal udang petai (petainya fresh sangat!), sayur paku masak lemak dan ayam kicap. Asam pedas tu pulak kuahnya agak cair. Cucur udang tu sedap cuma bila dah ada lauk-pauk ni, tak terasa sangat la nak makan cucur.
Kiteorang ingatkan staff restoran akan bawak keluar cucur udang dengan ubi rebus dulu sementara menunggu makanna lain sampai, sekali tengok dieorang bawak keluar sekali harung sebab tu la cucur udang dengan ubi rebus tu kurang laku. Dari segi servis, agak lama jugak menunggu makanan sampai.
Lunch kami birthday girl yang belanja sebab dia memang dah niat nak belanja makan sempena birthday kami 😅. Terima kasih Fanny! 🫶🏻
JJCM #10: Mendurian akhirnya!
Last sekali sebelum kami balik, Abang Sabar nak belanja makan durian Johor tak jauh dari Nasi Lemak Atas Bukit yang kiteorang singgah semalam. Ingatkan sikit je buat raso-raso sekali dia pilih 6 biji durian untuk kiteorang! Terbeliak mata kami bila tengok satu demi satu durian muncul atas meja 🤣. Kalau tak silap dia ambik 2 biji Musang King, 2 biji udang merah dan 2 biji IOI. Tu belum termasuk durian kecik comel-lote orang gerai durian kasi free je sebab saiznya kecik sangat (kecik pun, ada la seulas dua durian yang dah masak dalam tu!)
Masa kiteorang explain kat Fanny di Malaysia ni durian paling mahal ialah durian black thorn, Abang Sabar bangun sambil tanya - nak rasa tak black thorn? Semua laju cakap taknakkk cukuplahhh! 🤣 Seram aku memikirkan berapa la bacaan gula dalam darah lepas ni! 😅 Terima kasih Abang Sabar belanja kiteorang makan durian yang fresh ni. Tetiba teringat memori Geng Kamie makan durian satu masa dulu. Meriah kenduri durian beramai-ramai dekat rumah Sislin di Bukit Indah masa tu 🤭. Entah bila la dapat berkumpul Geng Kamie ramai-ramai lagi macam dulu. Harap-harapnya plan raya Johor tahun depan menjadi la!
![]() |
| Destinasi JJCM kami berakhir di gerai durian 😜 |
Selepas mendurian, kiteorang pulang semula ke rumah Sislin untuk solat jamak sebelum bertolak balik ke KL. Alhamdulillah perjalanan pulang smooth aje. Kami singgah solat jamak Maghrib dan Isya' di RnR di Melaka (lupa pulak kat mana) dan terus ke KL. Sampai di hotel Moxy KL hantar Fanny dulu sebelum Kak Retna hantar aku pulang pulak lebih kurang jam 11 malam.
Dengan tu berakhirlah trip gegurl ke Johor. Alhamdulillah, kenyang kami sepanjang berada di Johor. Sampai 10 destinasi JJCM dipadatkan dalam 2 hari ye 😜. Terima kasih tak terhingga buat tuan rumah Sislin dan Abang Sabar.
Bulan Julai mesti dietttttt!











14 Comments
Best betul.JJCM uolls...Retna ada ajak SA masa plan korang pi JB ni..minggu tu SA kat Muar plak kazen kahwin, kalau x..confirm seronok join kan..yg putrajaya pun x dpt nak join sebab Isnin kerja kan..harap2 next time dapat la JJCM ngan korang semua...seronok dan meriah...
ReplyDeleteTu la igtkan nak singgah Seremban makan daging salai masak lemak cili api dapat la ajak SA sekali tapi SA ada kenduri kat Muar pulak.
DeleteSeronoknya korang ni. Meriah betul jenjalan. Best dapat tudung Ariani.
ReplyDeleteHaha alhamdulillah. Lepas ni duduk rumah dendiam workout & diet balik 😜 puas makan kat Jakarta, Bandung & Johor
DeleteDah dah jom diet oii!! Bulan ni bulan depan nak jumpa doctor haha matilanak 🤣🤣😅
ReplyDeleteAdoiii saya tak set appointment lagi tachooddd 🫣
DeleteAlhamdulillah semua happy dan kenyang hihi...
ReplyDeleteCantik lah gambar dekat muzium terang, cahaya pun on point 👍🏻
Alhamdulillah rezeki jadi tetamu Sislin sis 😄 gambar2 tu mostly dari hp Sislin
Deletebest betul jjcm!! uolls 3 org gemini babies, best sgt celebrate bday sama2!! i terliur kcg pool sbb tak pernah mkn lagi so far...waaa aktiviti mendurian tu terbaekkk laaaa!! i mkn semua jenis durian yg branded2 tu hahahah memilih sgt!
ReplyDeleteSebenarnya tak de plan pun nak celebrate sesame tapi mmg Fanny gi KL sebab nak celebrate birthday kiteorg jadi alang2 tu celebrate sekali je lah 😅
DeleteTak tahu pulak kacang pool dah ada lauk² sekarang. Tak berjodoh nak jumpa dengan korang semua nampaknya. Ret ada ajak ke Kacang Pool tapi Sabtu tu kita busy 😀.
ReplyDeleteNampak lama benor SK tak singgah di Kacang Pool Haji tu ye 😅
DeleteAku start diet 11/08/26. ha ha ha ha. ada lagi masa nak JJCM.
ReplyDeleteUish 2 bulan lagi. Good luck Shai, semoga mencapai target weight loss 11kg sebelum 11.11.26 💪🏻
DeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .