Salam Selasa kawan-kawan,

Hari ni hari terakhir di bulan Jun. Alhamdulillah bulan ni agak meriah dimulai dengan percutian ke Indonesia dengan geng KAMIE (Sislin dan Kak Retna), birthday staycation, jalan-jalan di Johor dengan Fanny, Kak Retna dan Sislin dan terakhir, makan tengahari dengan geng bloggers Fanny, Kak Mulan dan Sis Ezna di Alamanda, Putrajaya.

Dan istimewanya bulan ni aku terima beberapa helai tudung sempena birthday iaitu dari kakak aku, Puan Hazel, Sislin/Abang Sabar dan jugak dari anak sulung. Semuanya cantik dan kena dengan taste aku, alhamdulillah 😍.

Sebagai tanda penghargaan di atas pemberian tudung dari semua yang aku sebutkan tadi, aku nak letak kat sini gambar-gambar aku memakai tudung yang diterima (kecuali tudung dari anak sulung sebab aku terlupa nak ambik gambar. Takpe, kalau ada kesempatan aku pakai tudung tu aku akan update kemudian).


hijab brunei
Tudung #1: Tudung pemberian kakak tercinta ♥️

tudung bawal cotton
Tudung #2: Tudung hadiah Puan Hazel ♥️

Bawal Ariani
Tudung #3: Tudung hadiah Abang Sabar/Sislin

Alhamdulillah. Terima kasih semua 🫶🏻. Semoga Allah membalas kebaikan korang dengan rezeki yang berlipat-kali ganda 🤲🏻.

Nota kaki: Ada jugak terima tudung dari Kak Mulan tapi yang tu aku belum berkesempatan nak pakai lagi.