Post Penghargaan #1: Hadiah Tudung

Salam Selasa kawan-kawan,

Hari ni hari terakhir di bulan Jun. Alhamdulillah bulan ni agak meriah dimulai dengan percutian ke Indonesia dengan geng KAMIE (Sislin dan Kak Retna), birthday staycation, jalan-jalan di Johor dengan Fanny, Kak Retna dan Sislin dan terakhir, makan tengahari dengan geng bloggers Fanny, Kak Mulan dan Sis Ezna di Alamanda, Putrajaya.

Dan istimewanya bulan ni aku terima beberapa helai tudung sempena birthday iaitu dari kakak aku, Puan Hazel, Sislin/Abang Sabar dan jugak dari anak sulung. Semuanya cantik dan kena dengan taste aku, alhamdulillah 😍.

Sebagai tanda penghargaan di atas pemberian tudung dari semua yang aku sebutkan tadi, aku nak letak kat sini gambar-gambar aku memakai tudung yang diterima (kecuali tudung dari anak sulung sebab aku terlupa nak ambik gambar. Takpe, kalau ada kesempatan aku pakai tudung tu aku akan update kemudian).


hijab brunei
Tudung #1: Tudung pemberian kakak tercinta ♥️

tudung bawal cotton
Tudung #2: Tudung hadiah Puan Hazel ♥️

Bawal Ariani
Tudung #3: Tudung hadiah Abang Sabar/Sislin

Alhamdulillah. Terima kasih semua 🫶🏻. Semoga Allah membalas kebaikan korang dengan rezeki yang berlipat-kali ganda 🤲🏻.

Nota kaki: Ada jugak terima tudung dari Kak Mulan tapi yang tu aku belum berkesempatan nak pakai lagi.

Post a Comment

32 Comments

  1. Nampak sesuai dengan wajah kulit ko kann.. Abang Sabar pilih tu hihihi..
    Sama-sama juga.. bila pakai teringat kami di Johor yaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mestilah teringat orang kat Johor bila pakai tudung ni. Kena pakai utk special occasion je sbb ada batu2 tu takut cepat tanggal kalau pakai selalu

      Delete
  2. sweet belaka tudung2nya tu!! moga murah rezeki semua yg memberi..aamiin

    ReplyDelete
  3. Disebabkan personaliti Carneyz yang lembut....sesuai semua tudung yg diberikan tapi bila berjumpa dengan Carneyz kat Cili Kampung, sis tertoleh beberapa kali tengok tudung yang Carneyz pakai. Ini benar2 kejadian ya. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Pandai suami Sislin pilih tudung utk kiteorg 🤭 corak bunga tu mmg sweet sgt kan.

      Delete
  4. Alhamdulilah rezeki utk awak.. pahala utk mereka.. 🤲🤲

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Semoga dilimpahi rezeki dekat si pemberi 🤲🏻

      Delete
  5. Mewah dengan rezeki tudung ye sis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah sis. Semua cantik2 pulak tu. Pandai sis pilih corak dan warna yang kena dengan kulit saya 😊 terima kasih ye.

      Delete
  6. sweet2 semua tudungnya... kalau ammi yg dapat jam juga sebab tak reti sangat pakai bawal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, orang bagi kita pakai hehe. Bawal dgn shawl dua2 memang favourite saya 😄

      Delete
  7. Cantik-cantik belaka tudung hadiah birthday Carneyz ni! Paling penting, semuanya kena dengan taste dan nampak sangat sweet bila Carneyz pakai. Untung betul ramai yang sayangkan Carneyz, siap tahu warna dan corak yang sesuai dengan personaliti Carneyz. Moga murah rezeki semua pemberi!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah SA, semua cantik dan matching dengan baju yg dah sedia ada 🤭 selamat duit dari kena beli baju baru hihi.

      Delete
  8. semua cantikkk. yang penting kaler soft, sesuai dengan skintone akak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah semua kena dengan skintone akak 😄

      Delete
  9. 2x kaler cantik
    memang kena dengan si pemakai...
    sweettt gituuuu ;-)

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah rezeki buat Carneyz. Hehe tudung kita bagi tu lain sikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Kak Mulan. Belum ada kesempatan nak pakai. Kalau dah pakai nanti saya update kat sini 😄

      Delete
  11. Syukur alhamdulillah atas rezeki tersebut.

    ReplyDelete
  12. Bagus2 semuaaaa ❤️❤️❤️. Kemarin tuh saya juga dapat banyak tudung dr teman2, nanti semuanya akan saya bawa pas ke Johor dan KL akhir tahun. Jadi dipakai saat di sana 😍😍😄. Semuanya nyaman sangat dipakai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya paling gembira dihadiahkan hijab dan telekung sama teman2 kerana dua2 ni item favourite saya hihi. Kalau dapat hadiah hijab dan telekung pasti akan saya pakai.

      Delete
  13. Alhamdulillah..perempuan dengan tudung tak boleh di pisahkan.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, hadiah istimewa tanda ingatan kawan2 dekat kita 🥰

      Delete
  14. tahnia banyak hadiah dari sahabat yang di kasihi..lelaki tak apa tak ada hadiah pun ok ja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, semua orang bila terima hadiah pasti akan rasa gembira tak kira lelaki atau perempuan kan 😊

      Delete
  15. Subhanallah...Cantik manisss dengan semua corak tudung ..Hehee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah syukur atas pemberian kawan2 ni 🥰

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .