Pengalaman Menginap di Hotel Ashley Tanah Abang di Jakarta, Indonesia

Salam kawan-kawan,

Minggu ni aku tak sempat nak menghadap laptop sangat sebab my mom ada kat sini jadi sibuk sikit la melayan dia. Then lepas balik dari cuti-cuti, aku kena selsema jadi mood nak blogging tu agak terbantut sebab asyik sokseksoksek lap hidung 🤧. Ditambah pulak dengan masalah nak mengomen kat blog kawan-kawan beberapa hari lepas (tapi rasanya dah setel masalah ni, cuma lepas tu aku jadi malas nak BW sebab asyik tak boleh tinggalkan komen huhu).

Anyway, cerita jalan-jalan ke Jakarta / Bandung kali kedua ni aku akan pelan-pelan tulis ye hihi. Tak banyak beza dengan trip yang lepas sebab itinerari pun lebih kurang sama je. Tapi nak tulis jugak sebab nak tinggalkan kenangan jalan-jalan dengan family pulak di blog ni, cuma kena bersabar sementara aku sort out gambar-gambar percutian kiteorang 😬.

Aku mulakan dengan review tempat makan dan hotel-hotel tempat kiteorang menginap dulu ye. Hotel pertama kiteorang stay di Jakarta ialah di Ashley Tanah Abang. Hotel Ashley ni sebenarnya ada banyak cawangan tapi yang kiteorang duduk ni betul-betul sebelah mall Tanah Abang. Kalau korang ada plan nak singgah di mall Tanah Abang, boleh la book hotel ni sebab sebelah je. Senang nak hantar barang ke hotel lepas shopping, lepas tu turun shopping lagi hihi.

Aku book Deluxe Family Room direct dari laman web Ashley Hotel. Lepas tu aku pilih pakej BYD Airport Pickup sekali, jadi harga semuanya RM479.30 termasuk transport. Sebenarnya kalau book bilik je lepas tu ambik Grab ke hotel, korang boleh dapat lagi murah (~RM340/malam). Tapi memandangkan ni first time nak ke hotel dari airport naik public transport dan takut Fanny tertunggu-tunggu pulak kalau kiteorang sesat barat nak cari tempat ambik Grab, jadi baiklah ambik je pakej ni.

Satu benda yang aku puji tentang customer service dari Ashley Hotel - dieorang sangat responsif menjawab pertanyaan dekat IG dieorang dan lepas aku tempah bilik, terus dapat whatsapp dari staff Ashley Tanah Abang untuk mintak maklumat penerbangan kiteorang sebab dia nak tempah airport pickup dengan Goldenbird masa kiteorang sampai nanti.

Masa aku borak-borak dengan Fanny pasal hotel ni, my first impression tempat ni confirm la akan macet (jammed) teruk. Tapi Alhamdulillah, masa kiteorang sampai di Jakarta menuju ke kawasan Tanah Abang ni trafik lancar je. Memang ajaib la di Jakarta yang terkenal dengan macet 😅. Fanny sendiri pun terkejut sebab dia boleh sampai awal ke hotel padahal dia dah bajet akan sampai lepas kiteorang dah check in di hotel hihi. 


Jakarta, Indonesia
Ashley Tanah Abang antara hotel pilihan pelancong Malaysia sebab lokasi yang strategik bersebelahan dengan mall Tanah Abang

Proses check in lancar dan cepat sebab bilik dah fully paid masa booking online. Tinggal ambik kunci je, lepas tu kiteorang terus naik ke bilik untuk menunaikan solat Asar.


Jakarta Indonesia
Kaunter daftar masuk hotel

Dari online review tentang hotel Ashley Tanah Abang ni, rata-rata tetamu mention yang hotel ni wangi. Which is, memang wangi. Masuk lif je, semerbak bau wangi dalam lif. Satu lagi, ruang legar dan koridor di hotel ni nampak sangat eksklusif dan mewah, macam dekat hotel 5 bintang padahal harga macam hotel 3 bintang. Jarang la aku jumpa ruang legar depan lif yang sangat luas walaupun di hotel yang lebih mewah.


Jakarta Indonesia
Ruang legar depan lif siap ada bangku, dan koridor menuju ke bilik

Jakarta Indonesia
Bilik kiteorang betul-betul depan lif

Bilik yang aku tempah ni memang tulis boleh muat 4 orang dekat laman web dieorang sebab ianya bilik Deluxe Family Room. Yang special pasal bilik ni ialah ianya bertemakan astronaut / angkasawan. Masuk je dalam bilik ni, aku kagum sebab bilik ni sangat la luas! Dah la luas, betul-betul ikut tema angkasawan siap ada costume angkasawan dalam almari 😅. Lampu tidur, perhiasan dan cadar pun berdasarkan tema angkasawan. Bilik ni sangat sesuai untuk keluarga dengan anak-anak kecik sebab dalam bilik turut disediakan permainan lego, khemah kecik dengan tilam termasuk permainan video PS5 lagi 😍.


Ashley Tanah Abang
Deluxe Family Room lengkap dengan 2 katil Queen yang luas, khemah kecil dengan tilam di dalam

Ashley Tanah Abang
Costume pajamas, cadar dan perhiasan bilik yang bertemakan angkasa lepas

Ashley Tanah Abang
Bilik ni turut dilengkapi dengan meja lego, buku cerita kanak-kanak, permainan lego, photo printer, Playstation 5 dan smart TV


Ashley Tanah Abang
Workstation dalam bilik - ada cawan lego, botol air, cerek dan kopi dan teh pun disediakan

Bukan setakat bilik tidur je luas, bilik airnya pun besar! Bilik air hotel dilengkapi dengan peralatan mandi seperti berus gigi, ubat gigi, kapas telinga, shower cap, shower gel, syampu dan conditioner dari jenama Avery Kepner.


Ashley Tanah Abang
Bilik air dilengkapi dengan hand-held shower. Jangan risau, tandas kat Jakarta dan Bandung semua ada bidet tau 😄

Ashley Tanah Abang
Ruang mandi dan peralatan mandi (toiletries) yang disediakan

Cuma satu je la kot kekurangan di bilik ni - biliknya kurang kedap bunyi. Kiteorang boleh dengar orang dari bilik sebelah bercakap, sampaikan aku tengah mandi dalam bilik air terdengar suara orang bilik sebelah dan ingatkan ada staff hotel masuk ke bilik kiteorang... punyalah tak soundproof ye bilik di hotel tu 😅.


Ashley Tanah Abang
Anak-anak seronok bermain PS5 di bilik hotel sebab kat rumah takde permainan PS5 hihi

Tapi memandangkan aku pakai noise cancelling earbuds masa tidur, jadi takde masalah untuk aku terlelap walaupun dengan suara dari bilik sebelah.

Overall, bilik yang kiteorang ambik ni sangat sesuai untuk keluarga menginap di sini sebab bukan setakat biliknya luas dan selesa, malah dilengkapi dengan permainan untuk hiburan seisi keluarga terutama untuk anak-anak kecil. Design bilik ni memang betul-betul ikut tema - dari carpet, lampu siling, tatahias bilik, pancaran imej galaksi di siling sampai ke cadar semuanya bertemakan angkasawan 👍🏻. Puas hati dapat menginap di sini sebab bukan setakat dapat bilik yang cantik, malah selesa dengan tilam yang empuk dan aircond yang sangat sejuk, membantu kiteorang dapat tidur yang berkualiti supaya esoknya bangun dengan rasa segar untuk meneruskan perjalanan seterusnya ke Bandung 😄.

Post a Comment

1 Comments

  1. Tak apa pelan2, yang penting nak baca semua 😄.

    Harap2 saat ini dah sehat lagi ya Karni ☺️.

    Bagi saya kalau ambil sekali lebih murah, sebab harga grab + toll ke hotel pun bisa mencapai Rp200k. Apalagi seandainya jammed kan. Sementara ini udh flat.

    Tapi memang kalian beruntung sangat saat tiba tak jammed. Bisa dibilang lancar jalanan Jakarta kemarin tuh, mungkin efek demo 🤣.

    Eh memang wangiii. Wakatu saya stayed di Ashley Wahid Hasyim, wangi di lobby dia berbau lemon grass. Dah macam masuk ke tempat spa

    Tapi kemarin wanginya white musk mirip punya The Body Shop 😄. Tak tahulah tiap cabang berbeda, atau memang tahun ini mereka pakai wangian itu .

    Kalau dah ada kostum, memang untuk foto2 lah yaaa. Kalau keluarga suka foto tak masalah, tapi kalau macam keluarga saya, nak difoto nih susah betul 🤣. Tp untuk permainan PS5 mereka pasti sukaaa.

    Apalagi tidur di tenda tuh, bisa berebut hahahaha

    Masalah soundproof mungkin masalah bagi yg sensitif sangat dengan suara. Saya kalau sekedar suara kendaraan lewat, masih okelah. Yg tak suka kalau suara beeping terus menerus.

    Tp unik sangat yg pakai image galaksi di ceiling tuh 😍😍😍. Tak pernah liat ada hotel kasih begini .

    Memang lah Karni, saya pun yg tadinya dah tak nak stay di Ashley sebab pengalaman sebelumnya kurang best, malah jadi teringin nak stay di Ashley yg tanah Abang ini 😍😍😍😍. Memang harus saya coba

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .