Salam kawan-kawan,
Minggu ni aku tak sempat nak menghadap laptop sangat sebab my mom ada kat sini jadi sibuk sikit la melayan dia. Then lepas balik dari cuti-cuti, aku kena selsema jadi mood nak blogging tu agak terbantut sebab asyik sokseksoksek lap hidung 🤧. Ditambah pulak dengan masalah nak mengomen kat blog kawan-kawan beberapa hari lepas (tapi rasanya dah setel masalah ni, cuma lepas tu aku jadi malas nak BW sebab asyik tak boleh tinggalkan komen huhu).
Anyway, cerita jalan-jalan ke Jakarta / Bandung kali kedua ni aku akan pelan-pelan tulis ye hihi. Tak banyak beza dengan trip yang lepas sebab itinerari pun lebih kurang sama je. Tapi nak tulis jugak sebab nak tinggalkan kenangan jalan-jalan dengan family pulak di blog ni, cuma kena bersabar sementara aku sort out gambar-gambar percutian kiteorang 😬.
Aku mulakan dengan review tempat makan dan hotel-hotel tempat kiteorang menginap dulu ye. Hotel pertama kiteorang stay di Jakarta ialah di Ashley Tanah Abang. Hotel Ashley ni sebenarnya ada banyak cawangan tapi yang kiteorang duduk ni betul-betul sebelah mall Tanah Abang. Kalau korang ada plan nak singgah di mall Tanah Abang, boleh la book hotel ni sebab sebelah je. Senang nak hantar barang ke hotel lepas shopping, lepas tu turun shopping lagi hihi.
Aku book Deluxe Family Room direct dari laman web Ashley Hotel. Lepas tu aku pilih pakej BYD Airport Pickup sekali, jadi harga semuanya RM479.30 termasuk transport. Sebenarnya kalau book bilik je lepas tu ambik Grab ke hotel, korang boleh dapat lagi murah (~RM340/malam). Tapi memandangkan ni first time nak ke hotel dari airport naik public transport dan takut Fanny tertunggu-tunggu pulak kalau kiteorang sesat barat nak cari tempat ambik Grab, jadi baiklah ambik je pakej ni.
Satu benda yang aku puji tentang customer service dari Ashley Hotel - dieorang sangat responsif menjawab pertanyaan dekat IG dieorang dan lepas aku tempah bilik, terus dapat whatsapp dari staff Ashley Tanah Abang untuk mintak maklumat penerbangan kiteorang sebab dia nak tempah airport pickup dengan Goldenbird masa kiteorang sampai nanti.
Masa aku borak-borak dengan Fanny pasal hotel ni, my first impression tempat ni confirm la akan macet (jammed) teruk. Tapi Alhamdulillah, masa kiteorang sampai di Jakarta menuju ke kawasan Tanah Abang ni trafik lancar je. Memang ajaib la di Jakarta yang terkenal dengan macet 😅. Fanny sendiri pun terkejut sebab dia boleh sampai awal ke hotel padahal dia dah bajet akan sampai lepas kiteorang dah check in di hotel hihi.
![]() |
| Ashley Tanah Abang antara hotel pilihan pelancong Malaysia sebab lokasi yang strategik bersebelahan dengan mall Tanah Abang |
Proses check in lancar dan cepat sebab bilik dah fully paid masa booking online. Tinggal ambik kunci je, lepas tu kiteorang terus naik ke bilik untuk menunaikan solat Asar.
![]() |
| Kaunter daftar masuk hotel |
Dari online review tentang hotel Ashley Tanah Abang ni, rata-rata tetamu mention yang hotel ni wangi. Which is, memang wangi. Masuk lif je, semerbak bau wangi dalam lif. Satu lagi, ruang legar dan koridor di hotel ni nampak sangat eksklusif dan mewah, macam dekat hotel 5 bintang padahal harga macam hotel 3 bintang. Jarang la aku jumpa ruang legar depan lif yang sangat luas walaupun di hotel yang lebih mewah.
![]() |
| Ruang legar depan lif siap ada bangku, dan koridor menuju ke bilik |
![]() |
| Bilik kiteorang betul-betul depan lif |
Bilik yang aku tempah ni memang tulis boleh muat 4 orang dekat laman web dieorang sebab ianya bilik Deluxe Family Room. Yang special pasal bilik ni ialah ianya bertemakan astronaut / angkasawan. Masuk je dalam bilik ni, aku kagum sebab bilik ni sangat la luas! Dah la luas, betul-betul ikut tema angkasawan siap ada costume angkasawan dalam almari 😅. Lampu tidur, perhiasan dan cadar pun berdasarkan tema angkasawan. Bilik ni sangat sesuai untuk keluarga dengan anak-anak kecik sebab dalam bilik turut disediakan permainan lego, khemah kecik dengan tilam termasuk permainan video PS5 lagi 😍.
![]() |
| Deluxe Family Room lengkap dengan 2 katil Queen yang luas, khemah kecil dengan tilam di dalam |
![]() |
| Costume pajamas, cadar dan perhiasan bilik yang bertemakan angkasa lepas |
![]() |
| Bilik ni turut dilengkapi dengan meja lego, buku cerita kanak-kanak, permainan lego, photo printer, Playstation 5 dan smart TV |
![]() |
| Workstation dalam bilik - ada cawan lego, botol air, cerek dan kopi dan teh pun disediakan |
Bukan setakat bilik tidur je luas, bilik airnya pun besar! Bilik air hotel dilengkapi dengan peralatan mandi seperti berus gigi, ubat gigi, kapas telinga, shower cap, shower gel, syampu dan conditioner dari jenama Avery Kepner.
![]() |
| Bilik air dilengkapi dengan hand-held shower. Jangan risau, tandas kat Jakarta dan Bandung semua ada bidet tau 😄 |
![]() |
| Ruang mandi dan peralatan mandi (toiletries) yang disediakan |
Cuma satu je la kot kekurangan di bilik ni - biliknya kurang kedap bunyi. Kiteorang boleh dengar orang dari bilik sebelah bercakap, sampaikan aku tengah mandi dalam bilik air terdengar suara orang bilik sebelah dan ingatkan ada staff hotel masuk ke bilik kiteorang... punyalah tak soundproof ye bilik di hotel tu 😅.
![]() |
| Anak-anak seronok bermain PS5 di bilik hotel sebab kat rumah takde permainan PS5 hihi |
Tapi memandangkan aku pakai noise cancelling earbuds masa tidur, jadi takde masalah untuk aku terlelap walaupun dengan suara dari bilik sebelah.
Overall, bilik yang kiteorang ambik ni sangat sesuai untuk keluarga menginap di sini sebab bukan setakat biliknya luas dan selesa, malah dilengkapi dengan permainan untuk hiburan seisi keluarga terutama untuk anak-anak kecil. Design bilik ni memang betul-betul ikut tema - dari carpet, lampu siling, tatahias bilik, pancaran imej galaksi di siling sampai ke cadar semuanya bertemakan angkasawan 👍🏻. Puas hati dapat menginap di sini sebab bukan setakat dapat bilik yang cantik, malah selesa dengan tilam yang empuk dan aircond yang sangat sejuk, membantu kiteorang dapat tidur yang berkualiti supaya esoknya bangun dengan rasa segar untuk meneruskan perjalanan seterusnya ke Bandung 😄.











11 Comments
Tak apa pelan2, yang penting nak baca semua 😄.
ReplyDeleteHarap2 saat ini dah sehat lagi ya Karni ☺️.
Bagi saya kalau ambil sekali lebih murah, sebab harga grab + toll ke hotel pun bisa mencapai Rp200k. Apalagi seandainya jammed kan. Sementara ini udh flat.
Tapi memang kalian beruntung sangat saat tiba tak jammed. Bisa dibilang lancar jalanan Jakarta kemarin tuh, mungkin efek demo 🤣.
Eh memang wangiii. Wakatu saya stayed di Ashley Wahid Hasyim, wangi di lobby dia berbau lemon grass. Dah macam masuk ke tempat spa
Tapi kemarin wanginya white musk mirip punya The Body Shop 😄. Tak tahulah tiap cabang berbeda, atau memang tahun ini mereka pakai wangian itu .
Kalau dah ada kostum, memang untuk foto2 lah yaaa. Kalau keluarga suka foto tak masalah, tapi kalau macam keluarga saya, nak difoto nih susah betul 🤣. Tp untuk permainan PS5 mereka pasti sukaaa.
Apalagi tidur di tenda tuh, bisa berebut hahahaha
Masalah soundproof mungkin masalah bagi yg sensitif sangat dengan suara. Saya kalau sekedar suara kendaraan lewat, masih okelah. Yg tak suka kalau suara beeping terus menerus.
Tp unik sangat yg pakai image galaksi di ceiling tuh 😍😍😍. Tak pernah liat ada hotel kasih begini .
Memang lah Karni, saya pun yg tadinya dah tak nak stay di Ashley sebab pengalaman sebelumnya kurang best, malah jadi teringin nak stay di Ashley yg tanah Abang ini 😍😍😍😍. Memang harus saya coba
Time p Jakarta aritu.. Geng travel ada survey juga Ashley hotel tp yg dkt town la.. Sesuai la yg carneyz booking utk family room tu... Cuma bilik tk kedap bunyi
ReplyDeleteDulu ada plan gak nak stay sini tapi bila pikir area tu macet haha mmg tak sanggup la. Ada pergi tanah abang ni tapi macam x perasan plak kedudukan hotel ni.
ReplyDeletePernah gak nak try yg kat town tapi kita ni suka baca review kan haha pastu kalau bole bak cr hotel yg dekat ngan tmpt makan dan senang publik transport dan juga tmpt soping haha... tp onowing jakarta ni memang bz je semua area kan haha kena try n error je la
Yup bilik yg karni stay tu mmg nmpk menarik utk family. Kalau k ret g ngan bdk² ni konpom mmg cari bilik family mcm tu
Kalau uncle inap di sini... puas la berselfie... macam2 prop ada! heheheh
ReplyDeleteIt's okay kami faham. Blogspot pun macam-macam hal jugak sekarang. Letihlah macam ni. Bloglist tak update dari semalam, reading list pun sama. Hmmm
ReplyDeleteBaguslah dorang siap sediakan airport pickup sekali. Paling bagus tak jem lah, satu keajaiban tak macet kan. Boleh sampai awal.
Best kalau masuk-masuk lobby je dah bau wangi hotel.lobby luas dan besar hotelnya. Bilik pun nice dan fancy sangat. Siap ada permainan lagi. Tak syok pulak tak kedap bunyi tu kan.
thanks for the review! nmpk menarik la bilik ni dan rege sgt ok. tp part tak soundproof tu...i plak jenis light sleeper, pyh nak tidur kalau dgr suara org bilik sebelah etc
ReplyDeleteBW. Hari ini ada problem pulak nak masukkan gambar. Tak tahu apasal. Guna HP pun boleh juga.
ReplyDeleteLengkap sungguh ulasan ni Carneyz! Nampak selesa dan wangi sangat hotel ni. Kena simpan dalam senarai rujukan kalau ada rezeki ke Jakarta nanti..Menarik ye tema angkasawan bilik Deluxe Family ni! Siap ada PS5, lego dengan khemah kecik. Memang tak bosan anak-anak duduk dalam bilik hotel. Berbaloi sangat..anak- anak guna x tu?
ReplyDeleteCantiknya bilik tu. Ye blog buat hal lagi. Tak boleh upload gambar. Latest post kengkawan pun takde. Kena la buka blog sesatu nak tengok latest post. Macam2 la blogspot ni.
ReplyDeleteHotel wangi, bilik bersih kemas cantik, mesti selesa sangat kan. Thanks for sharing Carneyz
ReplyDeleteTepat pilihan hotel yang ko amik ni kan.. sangat sesuai bercuti dengan anak-anak macam ni.. bilik semua pun nampak selesa..
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .