Finale Jalan-Jalan di Bandung & Jakarta

Salam Rabu kawan-kawan,

Aku nak menghabiskan cerita jalan-jalan di Jakarta dan Bandung hujung bulan Ogos / awal bulan September lepas sebab ada banyak lagi entry tertangguh 😅. Bersambung dari sini.

Trip kali ni agak singkat dan padat sebab kiteorang cuma pergi masa long weekend cuti Merdeka. Hari ketiga, kami dah kena bertolak balik ke Jakarta. Tapi sebelum tu, kiteorang sempat singgah di Kartika Sari memborong bagelan dan jugak ke Pasar Baru Bandung shopping baju.


bagelan
Bak kata Uncle Gedek, bukan orang Malaysia kalau tak singgah di Kartika Sari sebelum pulang 🤭

Pasar Baru Bandung
Kiteorang menghabiskan 2 jam lebih menyopping di Pasar Baru. Sempat la sambar baju raya sehelai seorang 🤪

Kali ni kiteorang pulang ke Jakarta menaiki MPV pak supir yang bawak kiteorang jalan-jalan ke Lembang. Lebih jimat tenaga sebab pak supir drop off kiteorang betul-betul di lobi Ascott Jakarta. Sampai di hotel, kiteorang check in tapi bilik belum ready lagi. Jadi kiteorang pun pergi ke seberang hotel iaitu ke mall Grand Indonesia untuk makan di Remboelan dan jalan-jalan cuci mata. Singgah membeli cheese tart yang sedap di Artirasa. Lepas tu adik aku ajak mencari matcha pulak. Adik aku dan matcha berpisah tiada sebab dulu dia belajar di Jepun 😜.


matcha
Kiteorang singgah di Kurasu, iaitu kafe yang berasal dari Kyoto, Jepun

Grand Indonesia
Kakak belanja aku matcha. Sedap ke? Sedap la jugak, takde rasa macam minum rumput 🤭

Lepas dapat mesej dari hotel yang bilik dah siap, kiteorang pun pulang ke hotel. Malam tu, kakak, adik dan mak aku malas nak keluar jadi kiteorang berempat je la keluar. Aku ajak dieorang pergi ke Indomaret dekat seberang Thamrin City. Saja nak menghabiskan duit rupiah hehe.


Jakarta
Hasil tangkapan di Indomaret 😅

Malam tu kiteorang kemas balik barang-barang dalam luggage. Esok pagi, kiteorang naik Grab seawal 7.30 pagi ke airport sebab takut macet. Balik naik flight TransNusa pukul 11 pagi. Alhamdulillah perjalanan ke airport lancar je, tak sampai sejam dah sampai. Kiteorang lepak dulu dekat Tealive sementara tunggu kaunter check in dibuka untuk check in luggage.


Terminal 3
Bye, bye Indonesia! Sampai ketemu di lain waktu 👋🏻

Alhamdulillah, sampai di KLIA pukul 2 lebih. Sebelum naik aerotrain ke terminal utama, kiteorang singgah makan di Jibby Chow di terminal satelit dan solat Zohor.


chicken rice
Sedap nasi ayam kat sini

Lepas ambik luggage di baggage carousell kiteorang ambik ERL ke KL Sentral. Sampai di KL Sentral, Suami Terchenta pesan Grab balik ke rumah. Sekali yang sampai tu kereta Alphard 😅. Aku usik Suami Terchenta - eh, belum move on lagi ke dari fefeeling macam orang kaya dekat Indonesia? 🤣 Dia kata dah panggil 6-seater Grab tapi semua reject bila dia bagitau ada 4 luggage. Terpaksa la dia pesan Grab Executive.


Alphard
Alhamdulillah berakhir kisah cuti-cuti Jakarta dan Bandung dengan family aku ✌🏻

Post a Comment

1 Comments

  1. wajib singgah kartika sari..dlu hari terakhir kt Bandung sblum ke airport pn singgah borong brownies sedap kt situ

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .