Oleh-oleh dari Korea

Baru-baru ni adik aku honeymoon di Korea dengan suaminya. Balik dari sana, dia bagi satu beg plastik penuh dengan souvenirs untuk kiteorang:


Korean souvenirs
Oleh2 dari Korea pemberian adik bongsu 😘


Close-up sebahagian dari oleh-oleh yang adik bagi:


Korean beauty
Macam biasa... face mask antara souvenir popular dari negara yang terkenal dengan produk kosmetik tu 😍


Korean souvenirs
Kacang badam pelbagai perisa yang unik dan menarik

Korean souvenirs
Stoking comel bermotifkan kucing untuk anak-anak buah kesayangan


Korean souvenirs
Keychain kucing untuk anak-anak buah dari adik ipar

Korean souvenirs
Kopi sachet yang katanya popular dan ikonik di Korea untuk provide instant energy

Selain dari tu, ada jugak biskut berbentuk bunga dan multi-colour pen berbentuk tapak kaki kucing (semestinya la untuk anak-anak buah lagi!). Ada jugak brooch dari adik ipar, advance birthday present untuk aku katanya 😅. Baik betul adik ipar aku ni, aku pun tak beli apa-apa lagi untuk dia sebab baru tau birthday dia sama bulan dengan birthday aku, beza 10 hari je hihi. Nanti la, bila dia datang KL aku bagi hadiah kat dia Insha Allah 🤭.

Alhamdulillah, terima kasih adik dan adik ipar sebab belikan souvenirs yang menarik dari Korea! 🥰

Post a Comment

1 Comments

  1. Alhamdulillah.. Meriah betul ole-ole nya..
    Badam tu banyak rasa rupanya.. Selalu jumpa yang honey butter tu ja..

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .