Norlida rayu KFA jangan tamat kontrak Hasmawi
Oleh Ahmad Naim Tahir

KLUANG: Biarpun hatinya remuk kerana dimalukan, Norlida Abdul Rahman merayu Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) tidak menamatkan kontrak bekas tunangnya, Hasmawi Hassan, semata-mata akibat masalah peribadi mereka.

"Saya rayu (KFA) jangan tamatkan kontraknya....itulah periuk nasi dia," kata jururawat berkenaan ketika ditemui di pejabat peguam, K Siladass & Partners, di sini, petang semalam.Katanya, adalah tidak wajar jika kontrak Hasmawi ditamatkan kerana masalah yang tiada kaitan langsung dengan prestasi permainannya, sebaliknya berpunca daripada soal peribadi."Saya ada baca dalam akhbar bahawa KFA akan menamatkan kontraknya tahun depan kerana masalah kami ni....saya harap janganlah buat begitu."Masalah ini peribadi antara kami....mana dia nak cari duit...nak bayar pinjaman keretanya lagi...," katanya yang ditemani abangnya, Mohd Zain, 28, ke pejabat peguam berkenaan.

Laporan akhbar semalam memetik Naib Presiden KFA, Datuk Chong Itt Chew, berkata pihaknya setuju sebulat suara untuk menamatkan kontrak penyerang itu sebagai amaran kepada pemain lain bahawa KFA tidak bertolak ansur sekali pun membabitkan soal peribadi jika ia boleh menjejaskan imej pasukan.Katanya, persatuan itu akan mengadakan mesyuarat khas secepat mungkin bagi membincangkan perkara berkenaan supaya penamatan kontrak Hasmawi dibuat mengikut prosedur.

Sementara itu, Presiden KFA, Datuk Seri Syed Razak Syed Zain yang juga Menteri Besar Kedah dilaporkan berkata, tindakan Hasmawi itu menjejaskan maruah Islam dan bangsa Melayu jika benar berlaku sedemikian.

Dalam perkembangan lain, Norlida mengucapkan terima kasih kepada semua pihak sama ada secara langsung atau tidak yang bersimpati dengan kejadian menimpanya dan keluarga."Ramai yang menghubungi dan melahirkan simpati...saya ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada mereka, juga kepada pihak yang menawarkan pelbagai bantuan seperti khidmat guaman kepada saya," katanya.

Antara pihak yang menawarkan khidmat guaman percuma kepada gadis berkenaan dan keluarganya ialah Gerakan Belia 4B Johor (Belia 4B) menerusi Pengerusinya, Syed Hood Syed Edros.Bagaimanapun, keluarga jururawat itu semalam secara rasmi melantik firma guaman, Tetuan K Siladass & Partners untuk menguruskan tindakan undang-undang berhubung kes berkenaan.

Sumber: Berita Harian

- Baik betul perempuan nih... dah la abis RM20k utk buat kenduri kawin yg tak jadi, dah la kecewa & mungkin trauma nak menghadapi perkahwinan lagi pas nih, tapi dia masih simpati kat bekas tunangnya tu. Orang lain plak yang marah, yang sakit hati, yang menawarkan diri ambil tindakan menghukum bekas tunangnya tu. Kepada Norlida, semoga tabah menghadapi dugaan ni n dapat jodoh yang lebih baik daripada bekas tunangnya tu... Amin! -

5 comments:

  1. Memang baik hati lah budak tuhh... Masih ada perasaan belas kasihan terhadap bekas tunang yang chicken tu...

    My first reaction bila dengar citer nih... "Tunggu apa lagi, ajak orang kampung ramai2 gi serbu mamat tu pastu rebus dia dalam kawah...."

    ReplyDelete
  2. Rebus dalam kawah je?? That's so sympathetic. I'll probably pray that eventually he'll marry someone who's going to make his life miserable n he can't get out of the marriage, then regret what had happened to him for the rest of his life! That's hellish enuff :p

    ReplyDelete
  3. ketawa kat luar... nangis dalam hati. sapa yang tau?

    ReplyDelete
  4. Sabar..Allah kn ada..ada balasannya sama mcm saya..tunang saya nikah ngn laki lain..alasannya xsuka saya mengajar di tahfiz..Ya Allah

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .