Semalam aku gantung kuali sekejap sebab nak ambik kesempatan Suami Terchenta tak busy dengan tugas projek di ofis (ya, hujung minggu pun dia kerja time projek ni). Kiteorang decide nak ke bazar Ramadhan di Jalan TAR. Haha! Padahal ada je bazar Ramadhan di Sentul tapi nak jugak ke Jalan TAR. 🤭

Aku ajak kakak join sekali. Kakak datang tinggalkan kereta kat rumah kiteorang sebab dia nak join buka puasa sekali kat rumah. Lepas Asar, kiteorang pun menuju ke stesen LRT. Nak ambik bas free tapi tak tau bas jalan pukul berapa. Oleh sebab takut lambat sampai, naik je la LRT walaupun berbayar.


Naik LRT sebab 5 stop je nak ke Stesen Bandaraya

Dah sampai, terus berjalan tepi SOGO dah sampai…

 
Permulaan bazar Ramadhan Jalan TAR

Macam biasa bila ke bazar, kena berjalan sampai hujung sekali lepas tu baru la patah balik dan mula membeli 😁. Bazarnya memanjang ke arah Dataran Merdeka. Kiteorang sampai pukul 5 petang, masa ni belum ramai sangat pengunjung. Tengah kiteorang berjalan-jalan tu hujan gerimis pulak, nasib baik ada bawak payung.


Keadaan bazar pukul 5 petang

Ramai macam kiteorang jugak berjalan-jalan tak menyinggah sebab nak tengok dulu apa yang ada

Dah tengok semua, barulah kiteorang mula membeli. Anak-anak nak jagung bakar, churros dan donut. Gerai donut ni terletak di hujung sebelah Dataran Merdeka. Nampak gebu dan lembut je, so kiteorang pun beli nak cuba di rumah kelak.

Kakak pulak beli satay ayam dalam 10 cucuk. Gerainya di sebelah kanan gerai donut tu. Suami Terchenta beli nasi beriani ayam madu sebelah kiri gerai donut. Aku pulak aim nak beli pani puri di tengah-tengah bazar Ramadhan. Selain dari tu kiteorang singgah jugak beli keropok ikan Terengganu yang dah siap digoreng. Sebungkus harganya RM5. Lalu sebelah gerai jual sambal hitam Pahang beli la sebekas kecil (RM5). Ternampak gerai jual milo macam lori milo jadi singgah beli milo dalam cawan besar. Satu cawan 32oz harganya RM6. Total damage semuanya RM64. Zaman bawak RM20 pergi ke bazar Ramadhan dapat beli macam-macam dah berakhir ye. Sekarang semua barang naik harga kan huhu.


Gerai-gerai yang kami singgah

Tak ambik gambar di gerai pani puri sebab masa ni orang dah mula ramai dan semakin sesak

Bila patah balik, jam dah menunjukkan pukul 6 petang. Masa ni keadaan di bazar semakin sesak lagi-lagi bila hujan gerimis dan mulai berhenti.


Keadaan bazar yang dah mulai sesak

Sampai di stesen LRT dalam pukul 6.20 petang. LRT tiba dalam pukul 6.30 petang dan kami sampai di Sentul pukul 7 petang. Berjalan kaki ke rumah ambik masa 10 minit jadi sempat la panaskan balik makanan yang dibeli di bazar Ramadhan tadi.

Sedikit review tentang makanan yang kami beli:

Churros - Khadeeja bagitau tak berapa masak di dalam. Sudahnya ada 3 keping yang dia tak nak makan.

Satay - sedapnya! Daging ayam lembut dan masak sempurna. Cuma isinya tak setebal isi ayam di Satay Hj Samuri. Menyesal beli 10 cucuk je. Kuah kacangnya pun boleh lawan satay Hj Samuri. Worth repeat.

Nasi beriani - Cuma ada nasi dan ayam. Takde acar timun, dalca dan papadam. Makan tanpa perasaan 🫣

Donut - lembut, gebu dan tak berapa manis. Worth repeat.

Air milo - Milo lori ni tak pernah tak sedap kan 😋

Pani puri - sedap sangat-sangat! Menyesal beli satu set je. Aku hiris daun ketumbar segar untuk campur dalam pani puri. Bertambah-tambah sedap!


Pani puri worth repeat berkali-kali

Now review bazaar Ramadhan Jalan TAR pulak. Tak boleh nak bandingkan dengan bazaar Ramadhan yang lain tahun ni sebab ni bazaar pertama yang kiteorang pergi. Kat sini banyak gerai yang jual shawarma, ayam gunting, keropok lekor, jagung bakar atau rebus, makanan bergoreng, nasi kukus, nasi dengan ayam kunyit dan gerai-gerai minuman menjual jus buah, kopi Vietnam, cendol dan cocktail buah, beraneka minuman Thai dan seumpamanya. Gerai menjual nasi campur, masakan Pantai Timur dan sup tulang ada la dalam 2-3 buah. Untuk pemanis mulut pulak, ada kek coklat moist yang biasa kita jumpa kat pasar malam, apam balik, crepe, kek lapis Sarawak, crepe Thai, churros, donut dan durian dessert. Kesimpulannya banyak pilihan yang ada cuma aku tak nampak pulak gerai menjual ayam panggang, nasi Arab, roti John, burger dan kuih-muih tradisional. Mungkin ada tapi sebab terlalu sesak jadi aku terlepas pandang. Lagi satu, di celah-celah gerai makanan ni pun ada jugak gerai menjual tudung, baju kurung, alas kaki, songkok dll. yang bagi aku agak mengganggu tumpuan kita nak mencari makanan untuk berbuka puasa. Lebih elok gerai-gerai ni pindah ke lorong sebelah yang memang eksklusif menjual baju-baju dan barang-barang persiapan raya.

Minggu depan aku nak pergi bazaar lain pulak la. Seronok jugak meninjau pilihan makanan yang ada dijual di bazaar Ramadhan ni. Cer komen bazaar Ramadhan yang korang dah pernah singgah tahun ni 😉.

20 comments:

  1. Pani puri tu dalam radar tapi belum jumpa lagi org jual area SG ni .. nak ke Jln TAR tu rasanya tak kot haha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba sis cari kat ig: panipuriorinal 😉

      Delete
  2. Kmk weekend tok pun terjah bazaar juak sbb abang request nak pegi bazaar.. mun ari sekolah susah juak nak pegi walaupun dpn umah mak jak pun bazaar... selalu bergaut nak balit umah kedirik gik... 2 hari tok dah 3 bazaar dipergi.. hahaha... tapi cuci mata jaklah.. beli ala kadar jak apa yang nak dimaok sidak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yalah, weekend jak mun Jun sik busy dpt kmk ajak pergi pasar ramadhan. Hari biasa kmk prefer masak di rumah.

      Delete
  3. kami hari sabtu pun ke bazar tapi cukup la sekali aje kot takmau dah rasanya ke bazar..sesak ramainya orang sampai tak nampak stall

    ReplyDelete
    Replies
    1. Smlm asben bawak Khayla pergi ke bazar di TTDI KL pun sama, lebih sesak dari di Jalan TAR. Balik rumah wajib mandi dan tukar baju, masih risau bila pergi tempat yang sesak2 ni.

      Delete
  4. Bulan Ramadan adalah bulan kami sekeluarga membazar.. dan membazir.. ahahhaa.. mmg mak pun x masak... sy balik kerja dh lambat.. then kalau x masak, g makan luo.. ha.. begitulah seleraa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rindu pegi bazar ramadhan di JB. Kat sana mcm lebih meriah pilihan makanan banding dgn di tempat saya ni.

      Delete
  5. sronok tu ke bazar ramadhan jln tar...lama tk pegi

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok tapi kena datang awal sbb pukul 6 ke atas dah mula sesak.

      Delete
  6. belum sempat terjah bazar lg ni awal2 ni sb SIL kat spital, asben ulangalik ke sana. next la rasa nk jga tgk kuih2 sini ktnya bazar meriah jga he hee
    terasa teringin pula nk jln tar tgk gambar2 sini , mesti bestt jln2 shopping tp tu la kena tunggu weekend

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe, ada masa bila2 je boleh singgah di bazaar Ramadhan tu Cik Nor. Kuih kat bazaar selalunya saya suka beli buah melaka, apam balik atau agar-agar. Jalan2 kat bazaar Jalan TAR ni kena tahan nafsu sbb byk jual tudung cantik2 kat sini hehe.

      Delete
  7. Saya prefer kalau ke bazar ramadhan di Pasar Datuk Keramat. Samosa besar gedabak...ayam golek dan martabak pun sedap..belum lagi ikan bakar..roti john dilupa jangan..hehehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. OK, boleh masuk list ni. Saya teringin nak cari ikan pari bakar dgn sambal.

      Delete
  8. Eh? I tot lrt bandaraya tutup? I tot wrong?

    ReplyDelete
    Replies
    1. LRT sampai ke stesen Bandaraya, lepas tu kena ambik bas perantara ke Masjid Jamek kalau yang nak meneruskan perjalanan ke laluan Ampang.

      Delete
  9. Wah..Carneyz dah buat review bazar ramadhan ni...menarik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. baru buat review makanan dari 2 bazaar je hehe

      Delete
  10. hari Ahad ada pergi sini tapi pukul 3++ sbb nak cari tudung utk persatuan...ada port utk buka puasa...depa sediakan kerusi/meja...

    ReplyDelete
  11. Ni yg rasa ptg nanti nak cari pani puri jugakkkkk hehehe

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .