Kalau hari ni suami lupa nak bagi bunga, ingatlah kata-kata Miley Cyrus - I can buy myself flowers! Ahaks!

Sempena Hari Wanita Sedunia ni, apa kata kita keluar celebrate diri-sendiri kat tempat-tempat ni:

1. Starbucks

Sumber: IG Starbucks Malaysia


Korang yang suka minum kopi mesti suka ni. Untuk hari ni je, Starbucks meraikan pelanggan wanita dengan menawarkan diskaun 30% untuk minuman bersaiz Grande terpilih. Tertakluk terma dan syarat.


2. Burger King


Sumber: IG Burger King Malaysia


Hari ni boleh jimat sikit lunch sebab Burger King menawarkan Large Meal pada separuh harga dari biasa sempena Hari Wanita Sedunia. Apa lagi, Burger King nak belanja tu!


3. Sushi King

Yang ni paling wow! Percuma makanan atas pinggan pink untuk pelanggan wanita. Syaratnya kena tunjuk barangan warna pink contohnya gincu, beg tangan, baju atau tudung pink. Boleh tengok terma dan syarat di IG Sushi King.


Sushi King
Sumber: IG Sushi King Malaysia


4. Daboba


Sumber: IG Daboba Malaysia

Buat korang yang tak minum kopi (macam aku), jangan sedih sebab Daboba pun ada buat promosi minuman kedua pada harga RM3.80 je. Ajak la girlfriends ke sini lepas tu pandai-pandai la bahagi dua harga minuman hihi.


5. Sa Sa

Sumber: IG Sa Sa Malaysia

Alat solek dah expired atau habis? Masa ni la ambik kesempatan shopping barang-barang kecantikan di Sa Sa. Dengan pembelian minima RM200 ke atas jenama eksluksif Sa Sa, korang boleh menikmati potongan RM15 (tertakluk kepada terma dan syarat).

Sebenarnya banyak lagi tempat yang menawarkan promosi hebat khas untuk meraikan kaum wanita di Malaysia ni, korang boleh tengok kat sini:



Buat semua wanita yang hebat, Selamat Hari Wanita Sedunia! 

21 comments:

  1. Wow! burger king 50%...starbuck boleh cuba...malam karang lah...
    Utk ladies...hmmm..kalau ladies jadian macam mana la pulak yea..hehehe
    Selamat hari wanita sedunia - carneyz

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha, entah la tak pasti pulak :D

      Selamat hari wanita sedunia fzy!

      Delete
  2. Selamat hari wanita...wow..best sushi king..free pink plate..

    ReplyDelete
    Replies
    1. free pink plate tu satu plate je, hehe. Jgn lupa pakai baju / tudung pink nak redeem.

      Delete
  3. Wahhh...mcm2 yer...
    Happy womens day to u too... MA kuar lunch je ngan opismate...reward diri sendiri sbb tgh busy ni... curi2 kuar lunch kasi happy2 jab... 😉

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah lama tak keluar lunch dgn opismate. U deserve it MA :)

      Delete
  4. Alaaaa...dah kenyanaag baru baca ni ha...hari ni je ke...x leh ke diorang extend lagi sampai minggu depan ke..

    ReplyDelete
    Replies
    1. SA beli balik nnt, utk makan malam atau bekal esok ke hehe. Starbucks tu boleh bungkus bawak balik.

      Delete
  5. Secara kebetulan, sis pakai pink hari ni ☺️...
    Happy Women's Day Carneyz 💐

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh la terus menyinggah di Sushi King tu PH 😄

      Happy Women's Day sis! 🧕🏻

      Delete
  6. Selamat Hari Wanita :) tadi CIMB pun ada beri bunga <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari Wanita :) Wah, mesti berbunga2 hati dapat bunga 🌸

      Delete
  7. untung dan bertuah jadi wanita nie...selalu dihargai ...harap lepas ini ada hari lelaki sedunia pulak hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hari lelaki sedunia tahun ni disambut pada 19 November. Mesti akan ada promotion tapi utk barang2 maskulin je hehe

      Delete
  8. Haha tetap tidak belipun. Apapun baguslah ya raikan wanita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe samalah. smlm rasa malas nak keluar rumah.

      Delete
  9. Selamat hari wanita buat semua wanita hebat. Jantung rumahtangga. Salam kenal dari ibu Aqil ya. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari wanita Ibu Aqil 🧕🏻 Terima kasih sudi jengok blog saya 🥰

      Delete
  10. untung jadi pompuan ni byk 'company' syg. sbb tu dpt offer mcm2 hahaha

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .