Khayla
Hari pertama Khayla di sekolah menengah 

Hari ni Khayla memulakan sesi persekolahan di sekolah menengah. Alahai, mommy masih tak boleh terima hakikat yang anak sulung mommy ni dah masuk tingkatan satu! Sekelip mata zaman kanak-kanak berlalu, sekarang dia dah di alam remaja.

Pagi ni anak-anak bangun sendiri tak payah dikejutkan pun. Biasalah, hari pertama sekolah memang bersemangat! Aku buat nasi goreng dan kukus mantou bun untuk bekal Khayla dan sarapan pagi ni. Sepatutnya Suami Terchenta yang hantar anak-anak ke sekolah tapi malam tadi dia tiba-tiba kena panggil masuk ofis, Subuh baru balik. Jadi terpaksalah aku mengharung traffic jam ke sekolah Khayla. Nak dekat setengah jam jugak la sangkut dekat 2 lampu trafik baru jalan clear sikit.

Aku hantar dia sampai depan pagar sekolah, terpaksa call cikgu yang uruskan borang dia minggu lepas sebab tak diberitahu Khayla masuk kelas apa. Bila dah tau kelas apa, barulah dia gerak ke dewan sekolah. Muka dia cemas sikit sebab dia tak tau kat mana dewan, tapi biarlah dia belajar berdikari.

Memandang Khayla dari jauh bergerak ke dewan, dalam hati aku rasa bersyukur tak hantar dia ke sekolah berasrama. Baru hantar ke sekolah harian aku dah rasa sebak! Kalau hantar sekolah berasrama penuh, aku rasa bukan Khayla yang menangis hari-hari sebab rindu. Tapi mak dia ni ha, sejenis hati tisu! Bila anak 2 orang je, seorang takde dah rasa kehilangan sangat. Tabik kat ibubapa yang cekal hantar anak-anak ke sekolah berasrama demi masa depan. 

Bagi aku, biarlah susah sikit hantar dia ke tuisyen dan teman dia buat kerja rumah asalkan anak depan mata. Ish, teruk kan mak macam aku ni? 😅 Sampai bila nak clingy dengan anak. Satu hari nanti kena belajar melepaskan dia jugak ke universiti / bila jodoh dia dah sampai, tapi biarlah masa tu panjang lagi. Sekarang ni aku masih nak luangkan masa setiap hari dengan anak-anak depan mata. 

Selamat memulakan alam persekolahan menengah, Khayla sayang! Mommy doakan Khayla jumpa kawan baik, Khayla sentiasa happy dan cemerlang di sekolah baru. 💝