Tahun ni Suami Terchenta bersungguh-sungguh nak pergi camping. Siap beli khemah besar, boleh muat satu tilam saiz Queen dan bila berdiri kat dalam pun tak perlu terbongkok-bongkok. Bukan setakat beli khemah, dia beli jugak tilam angin, power station, kipas siling USB dan lampu rechargeable. Hihi. Kemain semangat dia nak pergi camping. Suami Terchenta kata, bila pergi camping ni dia teringat kenangan manis aktiviti camping dengan kawan-kawan Msjbox dulu. Kalau boleh dia nak repeat kenangan tu tapi yelah, masing-masing dah ada hobi baru 😅 So repeat dengan family je la.

Bila barang-barang dah sampai, kiteorang pun terus tempah tapak perkhemahan di Stellar Goldenhill Cameron Highlands. Tempat ni viral sebab ada sediakan karavan untuk disewa dan tempatnya pun lawa macam kat negara 4 musim:


Stellar Goldenhill Cameron Highlands
Glamping dalam karavan 

Stellar Goldenhill Cameron Highlands
Entrance ke tempat daftar masuk

Stellar Goldenhill Cameron Highlands
Close up ofis pengurusan camping

Stellar Goldenhill Cameron Highlands
Ofis tempat daftar masuk dan bayar deposit

Stellar Goldenhill Cameron Highlands
Waktu malam ada tayangan movie kat sini, boleh datang tengok movie ramai-ramai

Stellar Goldenhill Cameron Highlands
Ni pulak dieorang tengah buat dome camping - pengalaman camping yang unik sebab boleh tengok langit sebelum tidur

Stellar Goldenhill terletak di Tanah Rata Cameron Highlands. Pakai Waze confirm tak sesat. Mula-mula sampai, kiteorang singgah ke pejabat pengurusan tapak khemah untuk daftar masuk dan ambik kunci auto-gate. Kena bayar deposit RM50.

Kiteorang sewa tapak khemah dengan harga RM120 semalam. Kalau hujung minggu rate nya RM160 semalam. Kat sini kemudahannya boleh dikira lengkap - bilik air dengan air panas, pengering rambut, sinki dengan pencuci pinggan mangkuk, penapis air Coway, tong sampah dan troli untuk bawak barang-barang turun ke tapak khemah. Di tapak khemah takde disediakan soket elektrik, jadi power station ni memang kena ada. Tapi kalau nak charge power station, soket elektrik disediakan di luar tandas. Selain tu, tempat letak kereta pun dalam kawasan berpagar dan setiap tetamu diberi kunci autogate. Jadi selamat la sikit.

Aku terlupa nak ambik gambar tapak khemah, tapi macam ni la rupanya. Memang luas dan kemas je petaknya.


Stellar Goldenhill Cameron Highlands
Kredit foto: Stellar Goldenhill website

Kat sini jangan risau, tandas memang bersih dan ada lampu setiap masa. Nak mandi pun tak payah takut sejuk menggigil, sebab tandas lengkap dengan air panas:


Stellar Goldenhill Cameron Highlands
Bangunan menempatkan tandas dan ruang shower. Ada soket elektrik dan penapis air Coway

Stellar Goldenhill Cameron Highlands
Tandas bersih dan tak berbau. Shower gel pun disediakan

Dari tempat letak kereta, kena guna wagon / troli untuk bawak turun barang-barang. Kat sini, tapak khemahnya first come first served basis. Kalau sampai awal, boleh pilih lot tapak yang kita suka. Masa kiteorang sampai, ada satu family je jadi memang banyak option. Kiteorang pilih tapak kat hujung dekat dengan pagar sebab view menghadap bukit yang cantik. Tapi yang kelakarnya masa setup khemah tak teringat nak letak pintu khemah menghadap view tu, end up depan khemah menghadap tapak kat seberang! 😂  Alahai, nampak sangat noob!

Aku lupa ambik gambar sebab sibuk setup khemah. Nasib baik Suami Terchenta ada ambik rakaman video, so korang maafkan la ye kualiti gambar grab dari video ni: 😅


payung.camp Village M 2.0
Bekerjasama setup khemah. Sebab first time setup, end up 2 jam jugak terkial-kial pacak khemahnya 😜

payung.camp Village M 2.0
Dah pacak khemah, tetiba perasan awning kat depan tu tak bukak habis lagi. Dah kena angkat khemah adjust ke belakang sebab nak bukak awning depan tu supaya ada ruang memasak! 😂

payung.camp Village M 2.0
View khemah dari depan. Keliling memang kosong tak ramai orang hari pertama sampai

Sekali lagi, lupa nak ambik view dalam khemah. Serius la, kiteorang ni kekok betul sebab dah lama tak camping kan 😅 Macamana nak jadi blogger berjaya ni? Hehe. Tapi ada satu je gambar waktu malam cuma kurang jelas disebabkan efek lampu lip-lap yang kiteorang pasang dalam khemah:


payung.camp Village M 2.0
Khemah ni boleh muat tilam angin jenama Naturehike saiz Queen dan satu tilam single 

payung.camp Village M 2.0
Pemandangan khemah waktu malam

By the way, khemah ni kiteorang beli dari payung.camp di Shopee sebab ada kawan yang cadangkan khemah ni kat kiteorang. Khemah ni jenama Malaysia, jadi harganya jauh lebih murah dari jenama overseas macam VIDALIDO dan Naturehike. Sebenarnya kiteorang nak khemah versi Village L 2.0 sebab ada 2 bilik, tapi dah habis dan kena tunggu stok baru sampai. So terpaksa la ambik Village M 2.0. Not bad jugak, cuma nak letak 2 tilam angin saiz Queen memang tak muat. 

Yang best khemah ni ada pintu depan dan belakang dan tingkap di semua sisi jadi kurang sikit rasa panas kat dalam khemah. Khemah ni tinggi silingnya 190cm, jadi solat berdiri dalam khemah pun selesa.

Bahagian 2 nanti aku sambung cerita aktiviti kiteorang malam tu. Stay tuned!