convocation
Dulu dan sekarang

Dulu (2004) - baru sebulan lebih couple selepas setahun lebih berkenalan, jadi ada 'halal gap' di situ ye. Masa ni dia turun dari KL ke JB untuk menghadiri majlis konvo aku sebab nak jumpa dengan bapak aku. Seminggu sebelum konvo, dah mesej tanya pukul berapa flight bapak aku sebab dia kena ambik kat airport 🀭. Gentleman sangat calon menantu tu kan. Sebab baru lagi couple masa ni, nampak la dia ada usaha sendiri untuk belikan jambangan bunga dan patung beruang untuk hadiah konvo.

Sekarang (2023) - selepas hampir 17 tahun berumahtangga, dah takde hal la nak letak tangan atas bahu hihi. Sehari sebelum konvo, kena ingatkan dia apply cuti untuk menghadiri majlis konvo aku sebab dia lupa pasal majlis konvo tu πŸ˜’. On the way pergi majlis konvo, mintak dia untuk belikan jambangan bunga sebagai hadiah konvo. Dah masak sangat yang Suami Terchenta ni tak boleh bawak berkias-kias, kalau nak apa-apa terus-terang je bagitau 🀣. 

Terima kasih Suami Terchenta sebab selalu support minat isterinya untuk belajar. Paling banyak dia support masa sambung Masters dulu. Suami Terchenta sebenarnya bukan la kaki belajar macam aku tapi sebab aku kata aku teringin nak sambung belajar dengan dia, jadi dia pun ambik Masters jugak supaya aku ada teman belajar dan teman buat assignment πŸ₯Ί. Nasib awak la kan Suami Terchenta, dapat isteri nerd! πŸ€“

28 comments:

  1. dpt sambung blajar bersama suami bkn senang....tahniah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye, memang akan hargai sampai bila2 sebab masa saya tengah fasa mabuk pregnant anak sulung, dia la yg banyak tolong buat part assignment saya πŸ₯°

      Delete
  2. dua2 pun cute..tp ur hubby mcm nampak semakin hensem laaa dlm latest pic tuuu (heheheh)...anyway part tak leh berkias2 tu sebijik mcm my hubby jugak...kena pesan dan request awal2 kalau nak hadiah apa2 hahahah i ok jerrr asalkan dpt apa yg kita nak kan!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu hahaha! Awal2 kawen je selalu merajuk sbb dia tak faham bila berkias2 tapi skrg dah tau nak apa2 cakap je terus-terang, Insha Allah dia tunaikan hehehe

      Delete
  3. bagus-bagus...ammi ni support jelah anak2 dan mereka2 yang nak belajar sampai peringat tinggi. ammi ada degree pun dah cukup dah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe, kiteorang buat ni pun utk jadi motivasi buat anak2 supaya belajar sampai peringkat tinggi. Semalam VP MEF Academy tu pun bagitau yg dia ambik PhD kedua sebab nak bagi semangat dekat anak dia yg tengah sambung PhD πŸ˜…

      Delete
  4. Wah.. Salute lah carneyz...tahniah yaaa... kalau linda, boleh berhuhu je lah... Hihihi... Semoga bahagia selalu ya...

    ReplyDelete
  5. Soooo comel gambar 2004 tu...
    Congrats sis. Seronok dapat sama² belajar utk higher degree esp with our loved one :)
    Bila convo masters ni? Maaf kalau terlepas info.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, nampak macam budak sekolah je hihi 🀭
      Yang ni konvo utk sijil profesional yg saya ambik awal tahun ni. Konvo Masters dah lama sis, 9 tahun lepas πŸ˜„

      Delete
  6. sweet sgttt
    alhamdulillah
    dpt pasangan memahami dan sejiwa

    ReplyDelete
  7. moga langgeng aja ya kak, saling menemani dan selalu support, biar ada teman tuk saling berbagi😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ameen YRA 🀲🏻 Terima kasih ya Mreneyoo 😊

      Delete
  8. Sesuci embun pagi sungguh muka tahun 2004 tu 😁

    Eh..dah konvo ya yang aritu final exam? Tahniah Carneyz πŸ’

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah kak Ujie. Semalam konvo nya hehe. Terima kasih πŸ₯°

      Delete
  9. tahniahnyer semoga hubungan terus kekal hingga akhir hayat., aminn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ameen YRA 🀲🏻 Terima kasih Wak 😊

      Delete
  10. alhamdulillah..dpt suami yg sgt supportive. ... moga kekal bahagia hingga ke jannah....aamiin

    ReplyDelete
  11. Part tak boleh berkias2 tu macam Suami SA laaaaa....congrats Carneyz...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebanyakan suami mmg macam tu kot SA hihi 🀭

      Delete
  12. Tahniah, Carneyz, atas convocationnya! :D
    Betul, dengan laki ni, kena cakap terus-terang, tak boleh kias-kias, nanti dia tak paham.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampaknya bukan asben saya sorang la macam tu ek :D

      Delete
  13. Wah, tak banyak berubah yg ketara.... nampak matang je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam gambar tak nampak ketara perubahannya, kalau jumpa depan2 baru tau dulu ramping macam kerengga, sekarang dah serupa anak gajah πŸ˜‚

      Delete
  14. banyak sangat fikirnya tu sampai x igt date convo. tu kalau suruh ulang skrip ms convo 2004 agak2 igt lg x?😁🀭

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .