Jalan-jalan Ke Eropah Musim Panas 2025: Chateau de Versailles
Salam Jumaat geng blogger kesayangan!
Harap-harap korang tak muntah la tengok gambar-gambar selfie dekat Istana Versailles ni hahaha! Sumpah serius, tempat ni memang idaman Instagrammers seluruh dunia sebab semua biliknya estetik.
Sebelum tu, korang yang belum follow lagi cerita dalam siri jalan-jalan ke Eropah musim panas ni boleh klik dekat link ni:
 |
Hall of Mirrors - tarikan utama di Istana Versailles |
Agenda pertama kiteorang ialah melawat Istana Versailles atau Chateau de Versailles yang terletak di luar Paris. Nak masuk ke Chateau de Versailles kena tempah tiket awal-awal dekat website rasmi Chateau de Versailles. Harga tiket bergantung dengan kawasan yang kita nak pergi - memandangkan kiteorang cuma ada separuh hari je, jadi kiteorang ambik tiket lawatan istana je (€21 seorang).
Dari stesen Gare du Nord, kiteorang kena ambik line RER B ke stesen Saint-Michel Notre-Dame sebelum bertukar ke line RER C menuju ke stesen Versailles Château Rive Gauche. Perjalanan mengambil masa 1 jam lebih dan since kiteorang pilih sesi pertama pagi tu iaitu pukul 9 pagi jadi kiteorang keluar pukul 7.30 pagi. Kiteorang sampai di Versailles dalam pukul 8.30 pagi. Dari stesen keretapi kiteorang berjalan kaki dalam 10 minit je untuk sampai ke Chateau de Versailles.
 |
Tren RER ke Versailles Château Rive Gauche ni ada 2 tingkat. Dalamnya lawa sangat, ala-ala hiasan di Istana Versailles 🤩 |
 |
Bahagian luar stesen Versailles Château Rive Gauche. Dari sini seberang jalan dan berjalan 10 minit untuk ke Istana Versailles |
Walaupun baru pukul 8.40 tapi barisan dah panjang. Aku terus masuk queue di Pintu A sementara kawan-kawan aku pergi cari croissant dekat bakery terdekat. Masa tengah beratur tu, staff datang check tiket dan kiteorang pun tunjuk tiket dekat phone. Ada jugak orang yang ingat kalau dia datang awal boleh masuk awal tapi sebenarnya kat sini staff akan bagi masuk ikut timing slot yang kita dah tempah. A few visitors kena halau masuk ke barisan pukul 9.30 pagi dan 10 pagi sebab dieorang nak cuba nasib masuk barisan pukul 9 pagi 😆. "Please follow the time on your ticket!"
 |
Bahagian luar Istana Versailles |
Sejarah ringkas tentang Chateau de Versailles - dibina pada abad ke-17, asalnya istana ni ialah rumah persinggahan Raja Perancis iaitu Raja Louis XIII masa baginda datang berburu di Versailles. Oleh sebab Raja Louis XIII suka sangat dengan kawasan Versailles, jadi baginda pun bina sebuah istana lengkap dengan taman yang mewah dan indah. Raja Louis XIII mengupah ramai artis untuk melukis mural-mural di siling istana dan selepas baginda mangkat, kerja-kerja pengubahsuaian dan menghias istana ni diteruskan oleh anaknya, Raja Louis XIV yang kemudiannya membuat keputusan untuk menjadikan Istana Versailles ni sebagai kediaman diraja sepenuh masa. Dan pewaris-pewaris seterusnya pun buat benda yang sama - upah artis-artis dan arkitek berbeza untuk menghias dalam istana. Oleh sebab banyak sangat artis dan arkitek yang buat istana ni, jadi dalamnya agak caca merba sikit tapi still cantik. Sejak tahun 1979, Istana Versailles diisytiharkan sebagai tapak Warisan Dunia dan salah satu pencapaian terbaik Perancis dalam seni pada abad ke-17. Istana Versailles mempunyai 2,300 buah bilik, tapi idok ler aku nak feature semua bilik dalam blog ni haha. Aku just highlight bilik-bilik tertentu je ye.
Istana Versailles terbahagi kepada beberapa bahagian - Grand Apartment / State Apartment, Apartment peribadi Raja dan Ratu, Royal Chapel, Royal Opera, Hall of Mirrors dan Galeri Muzium Sejarah Perancis. Lawatan dimulakan dari Grand Apartment / State Apartment yang menempatkan beberapa bilik dengan tema mitos Yunani (Greek) dan Rom, antaranya:
Bilik Hercules / Hercules Salon
Bilik yang paling epik dalam istana memaparkan 142 figura dalam lukisan di silingnya, ianya mengambil masa 3 tahun untuk disiapkan.
 |
Hercules Salon |
Bilik Venus / Venus Salon
Dinamakan sempena dewi Yunani, bilik ni berfungsi sebagai bilik resepsi / lobi Grand Apartment, di mana ahli istana (royal courtiers) berkumpul pada sebelah petang dan hidangan ringan disediakan.
 |
Venus Salon |
Salon of Abundance
Bilik ni asalnya ialah bilik untuk menempatkan barang-barang koleksi peribadi Raja Louis XIV (Cabinet of Curiosities or Rarities).
 |
Salon of Abundance |
Bilik Mercury / Mercury Salon
Pada zaman pemerintahan Raja Louis XIV, kehidupan sehariannya dipertontonkan kepada khalayak ramai bermula dari acara bangun pagi sampai la ke acara masuk tidur (getting-up / getting-to-bed ceremonies), walaupun sebenarnya baginda tak tidur di bilik ni, tapi ada bilik peribadi sendiri. Aku dapat bayangkan Raja Louis XIV ni boleh jadi pempengaruh yang berjaya pada abad ni, hari-hari buat video "A Day In The Life of a King" sebab setiap aktiviti harian baginda dihadiri dan disaksikan sehingga 100 penonton pada satu-satu masa. Cuma penonton-penonton masa tu hadir live dalam bilik tidur sekali 😆. Dari bangun tidur, mandi, pakai baju, makan, masuk meeting sampai la masuk tidur sebelah malam, semuanya live depan orang awam. Tapi lepas orang ramai bersurai, baginda akan pulang ke apartment peribadi untuk sambung tidur atas katil sendiri. Begitulah rutin harian Raja XIV.
 |
Mercury Salon |
 |
Potret Marie Leszczyńska, isteri Raja Louis XV |
Grand Couvert Antechamber Of The Queen Apartment
Bilik ni dinamakan "Grand Couvert" sebab dekat sini la raja dan ratu akan makan di khalayak ramai. Acara ni menjadi simbol kekuasaan Raja dan Ratu Perancis. Ratu Marie-Antoinette menuntut muzik dimainkan sepanjang setiap hidangan. For that purpose, sebuah pentas untuk pemuzik dipasang di dalam bilik.
 |
Grand Couvert Antechamber of the Queen Apartment |
Bilik Pertabalan / Coronation Room
Bilik ni didedikasikan untuk Napoleon I dan memaparkan sebuah lukisan pertabalan Napoleon.
 |
Coronation Room |
Gallery Of Battles
Galeri memaparkan lukisan-lukisan kegemilangan Perancis dalam peperangan.
Next entry, jalan-jalan di Paris city pulak.
oh nak masuk Istana Versailles kena bli tiket..ingt masuk free...cantik tmpt2 utk bergmbr....part mkn dessert tu yummyy
ReplyDeleteTak kak, berbayar nak masuk ke sini & kena tempah slot awal pagi klu tak ramai sgt pelancong, nak ambik gambar pun susah 😅
Deletebestnya dpt jalan2 ke Perancis. Adakah org Perancis ni mesra pelancong?
ReplyDeleteBiasa2 je Abe Kie, dieorg jenis tak melayan sgt sbb ramai sgt pelancong kat negara dieorg kot. Masa pertama kali pergi Paris berbelas tahun dulu, pernah la kena maki dgn org Perancis sbb kiteorg terkial2 nak beli tiket tren dekat mesin tiket, tapi dia maki dalam bahasa dia jadi takde la terasa sangat hahaha
DeleteCantiknya istana ni Carneyz. Mewah sangat dalamnya. Sesuai sangat OOTD kat dalam ni ya.
ReplyDeleteYe cantik sangat sis Ezna. Wajib ke Istana Versailles ni utk first time tourist 😊
Deletecantiknyaa
ReplyDeleteCantik kan? Berapa la duit negara dihabiskan utk bina istana ni zaman dulu 😆
DeleteCantik Dan kreatif la mereka!! Syok OOTD. lawa baju akak! Hehe..
ReplyDeleteBanyak lukisan sampai ke ceiling lukisan ye..Macam rumah jiran saya, ceiling tu ada lukisan gambaran Macam dalam laut..Yela..citarasa memasing.. Nikmati saja semuanyaaa
TQ Nona 🫶🏻 mmg sengaja pilih baju dress sbb nak libas2 masa ambik gambar OOTD 😆
DeleteZaman tu mmg trending lukisan dekat atas siling hehe. Tapi serius lawa giler istana ni.
macam mana laa diorg buat siling mcm tu penuh dgn ukiran, lukisan bagai...
ReplyDeletetak lenguh ke leher tukang buat tu hahaha...
tak dinafikan istana ni mmg cantik dan mewah...
sehari tak cukup kot kalau sy nak jejajah istana ni...
Kalau nak jelajah istana + taman + triannon mmg tak cukup anies. Kena allocate 1 hari. Kalau setakat explore istana je setengah hari ok kot 😄
Deletekalau walk in belum tentu dpt ya tiket masuknya?
ReplyDeletebelum tentu dpt slot yg kita nak. Jadi lebih baik beli siap2 dekat website dieorg 😃
DeleteBaguslah ikut time slot yg diberi, boleh control crowd juga kan so bole la ambik gambar lawa banyak2 hehe...
ReplyDelete