Camping di Mayangsari Campsite, Port Dickson

Minggu lepas masa Suami Terchenta cuti hari Jumaat tu, tiba-tiba dia mengajak berkhemah di tepi pantai. Since dah 2 tahun barang-barang camping tu terperuk dalam almari, maka aku pun onz je la. Rugi pulak dah beli macam-macam barang camping tapi tak dipakai. 

Pacak khemah dekat tanah tinggi dah, tepi sungai dah, jadi kali ni kiteorang pilih untuk camping di tepi pantai pulak iaitu di PD Mayangsari Campsite. Dari dulu lagi teringin nak camping kat sini tapi asyik fully booked je. Alhamdulillah kali ni berjaya 🥳.

Dari KL ke Mayangsari mengambil masa 2 jam lebih sebab banyak kereta menghala ke selatan. Selepas 2 jam memandu,  akhirnya selamat sampai di tapak perkhemahan Mayangsari Campsite:

 

Port Dickson
Mayang Sari Campsite

Untuk tapak khemah kali ni, kiteorang ambik zon Sity Village (non-sea view) dengan sewa tapak RM80 semalam (rate hujung minggu). Masa check-in, kiteorang dikenakan lagi bayaran RM25 (RM5 untuk parking, RM10 untuk tandas/bilik mandi dan RM10 untuk elektrik). Jadi jumlah bayaran semuanya RM105. Bagi aku berbaloi sebab kemudahan yang disediakan cukup baik dan bersih. Oh ya, nak sewa tapak khemah kat sini boleh pergi ke laman web escabee.com

Dekat camp site ni ada disediakan surau (ada bumbung dan dinding separuh dengan lantai jubin), bilik mandi, tandas duduk, tong sampah untuk setiap tapak dan kedai runcit.


Mayangsari Campsite
Ni paling penting untuk seorang camper macam aku - tandas dan bilik mandi yang bersih!

Selesai buat pembayaran, kiteorang dibawa ke tapak khemah betul-betul sebelah pokok, jadi redup la sikit. Alhamdulillah cuaca hari tu pun memberikan kerjasama - tak hujan dan redup je. Aktiviti memasang khemah mengambil masa sejam (sebab dah lama tak pasang khemah, jadi ingat-ingat lupa macamana 😅). By the way, kiteorang dah upgrade khemah ke Payung Camp Village L yang ada 2 'bilik' - basically dalam khemah tu ada dinding kanvas yang boleh dibukak macam tirai dan dizip untuk memisahkan ruang tidur kiteorang dengan anak-anak. Khemah Payung Camp Village M sebelum ni kiteorang dah jual dengan orang lain yang beli dari group FB (Suami Terchenta yang iklankan, sekejap je dapat pembeli sebab baru 2x pakai sebelum jual).


Mayangsari Campsite
Dah siap pasang khemah dan pam tilam, tinggal nak susun-susun barang-barang luar khemah


Mayangsari Campsite
Pemandangan dari luar khemah - nampak la sipi-sipi view laut tu

Dah siap pasang khemah dan menyusun barang-barang memasak, kiteorang lepak-lepak dekat kerusi camping sambil makan aiskrim yang dibeli di kedai runcit berhampiran. Haha, penat betul lepas pasang khemah 😅. Faktor usia agaknya.

Dah petang dan tak panas sangat, barulah kiteorang tukar pakaian untuk mandi-manda di pantai. Best tau pantai kat sini, luas dan landai, tak dalam sangat. Ramai mak ayah yang bawak anak-anak kecik mandi di pantai ni.


Mayangsari Campsite
Pantai Port Dickson

Lepas mandi dan salin pakaian di bilik mandi, kiteorang keluarkan barang-barang memasak untuk masak makan malam. Disebabkan trip camping kali ni sekejap je, aku cuma perap ayam dan udang untuk dipanggang. Malas nak beriya2 masak nasi bagai hehe.


Mayangsari Campsite
Suami Terchenta tengah hidupkan api untuk aktiviti BBQ

Mayangsari Campsite
Makan malam - BBQ ayam dan udang


Sambil Suami Terchenta memanggang ayam dan udang, anak-anak pulak bakar marshmallow. Ni kira aktiviti wajib dieorang la bila buat BBQ 😅.


Mayangsari Campsite
Family time - BBQ ayam, udang dan marshmallow 😜

Lepas makan, aku mengemas apa-apa yang patut dan anak-anak pergi cuci pinggan dan peralatan memasak. Lepas tu kiteorang layan tengok Legasi: Bomba the Movie dekat iPad sebelum masuk tidur. Ringkas je jalan ceritanya, sampai Suami Terchenta komen, "Ni je ke? Best friend mati terbakar, padam api dekat Menara 118, dah habis cerita." Tergelak aku dengar komen dia! 😂

Syok jugak tidur sambil dengar deburan ombak. Aku harapkan malam tu hujan lebat, syok la sikit tidur tapi tak. Hujan rintik-rintik je 😅. Lepas Subuh, kiteorang memasak pulak untuk sarapan pagi tu. Aku bawak pancake mix, buat pancake untuk Khayla yang tak makan telur. Pelik betul anak dara yang seorang ni, dia sorang je yang tak makan telur dari kecik lagi tak suka. 

Yang lain-lain pulak makan telur mata goreng dengan baked beans dan sosej ayam.


Mayangsari Campsite
Khayla tolong masak pancake di atas dapur

Mayangsari Campsite
Breakfast with a view


Lepas sarapan, Khayla sambung tidur balik dan aku pulak bawak kerusi camping ke tepi pantai, layan view laut pagi-pagi. Khadeeja join sekejap lepas tu dia ajak Suami Terchenta berenang. Siap pujuk bapak dia belikan pelampung! 🤣 Bapak dia layankan je la permintaan anak bongsu ni.


Mayangsari Campsite
Tenang otak tengok pemandangan laut yang cantik ni

Mayangsari Campsite
Anak-beranak ni rajin nak pergi berenang di laut pagi-pagi

Bila hari dah panas, aku balik ke khemah untuk mengemas barang-barang sebab dah nak balik. Sejam lepas tu, dua beranak yang pergi berenang tu pun balik untuk ambik baju dan tuala mandi. Khayla dah terjaga masa ni jadi kiteorang berdua la mengemas barang-barang sementara Suami Terchenta dan Khadeeja pergi mandi di bilik mandi.

Kena cepat-cepat kemas sebab nampak cuaca macam nak hujan. Aktiviti membuka dan melipat khemah ni boleh tahan penat jugak, rasanya lebih penat nak kemas balik barang-barang masa balik dari masa mula-mula sampai.


Mayangsari Campsite
Kena bekerjasama nak bukak balik khemah ni, sebab kena lipat ke tengah sebelum digulung dan masuk semula dalam beg khemah

Dalam sejam je dah setel aktiviti mengemas ni. Mula-mula ingat nak singgah makan dulu sebelum balik tapi masing-masing dah kepenatan jadi kiteorang terus gerak balik dan tak singgah di mana-mana.

Kali ni banyak betul benda yang terlupa nak bawak gara-gara dah lama tak pergi camping. Lupa nak bawak kipas gantung dalam khemah (nasib baik ada kipas tangan bateri tahan lama dan kipas meja camping tapi kiteorang bagi anak-anak guna malam tu), kain lap khemah (guna tuala mandi untuk lap khemah sebelum simpan dalam beg), alas kaki untuk lap kaki berpasir sebelum masuk ke khemah dan paling penting sekali, vacuum untuk buang pasir-pasir dalam khemah! Terpaksa la guna tuala mandi untuk 'menyapu' pasir-pasir tu. Saja je aku senaraikan kat sini untuk rujukan di masa depan (bila la agaknya nak pergi camping lagi? Jangan-jangan tunggu 2 tahun lagi baru keluarkan balik khemah dan peralatan camping tu 😝).

Kesimpulannya, best tapi penatttt! 🤣 Nak repeat ke Mayangsari Campsite? Insha Allah, akan repeat camping dekat sini sebab kawasan berangin, tak panas sangat, pantai best, kemudahan lengkap dan tak jauh sangat dari KL. Sesuai untuk weekend getaway untuk aktiviti healing Suami Terchenta 🤭.

8 comments:

  1. suka pula sy tengok tandas dan bilik air bersih macam tu... haha...

    laaa ya ke? khayla tak suka telur... habis tu mcm mn dgn biskut or kuih muih yg ada campur telur? dia mkn juga ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye bersih sangat tandas dan bilik air kat sini. Tu faktor utama nak repeat camping kat sini lain kali hehe.
      Kalau dah campur dgn biskut / kuih-muih dia makan. Kalau telur yg rasa telur tu, dia tak makan.

      Delete
  2. Jiwa camping saya bergelora bila melihat post nie... arghhh... nampak best.. kawan saya selalu camping sini.. saya je tak ready lagi nak camping tepi laut sebab saya takut di lambung ombak.. thehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best tau camping kat sini! Jom la kita ajak yg lain2 pacak khemah kat sini jugak hehe

      Delete
  3. aik..khayla x makan telur...bestnya camping....SA pun minat camping tapi tu la..x tau la bila dapat pi camping2 healing macam ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best tau SA, dah la dekat dgn rumah SA je tempat ni 😄. Ye Khayla sorang je tak suka makan telur. Memang tak boleh hidup kalau ada telur je dekat dapur huhu. Ajak suami SA pergi glamping la macam tu, sebab dia tak minat camping tapi glamping mungkin dia seronok.

      Delete
  4. Teringin nangga org camping, mun kmk org camping mst kamboh gia jak kali.. ahahaha

    ReplyDelete
  5. Kita kagum betul la dengan orang yg pergi camping macam ni. Kita membayangkan nak memasang dan buka khemah, nak.masak² semua, haishhh! Memang salute!

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .