Makan Malam di Kluang Railcoffee @ Plaza Shah Alam

Salam Isnin kawan-kawan,

Hari ni anak-anak dicutikan memandangkan peperiksaan SPM dah bermula. All the best buat anak-anak yang menduduki SPM tahun ni! Semoga beroleh kejayaan yang cemerlang, Ameen YRA 🤲🏻.

Sabtu lepas kiteorang sekali lagi ke Perpustakaan Raja Tun Uda untuk teman anak-anak mengulangkaji. Balik dari perpustakaan, kiteorang singgah ke Plaza Shah Alam nak beli jam tangan untuk menggantikan jam tangan Khadeeja yang rosak pada hari sebelumnya.

Dah alang-alang di situ, kiteorang pun singgah makan malam di Kluang Railcoffee sebelum gerak balik ke KL.


Kluang Railcoffee @ Plaza Shah Alam
Kluang RailCoffee di Plaza Shah Alam

Aku baru tau yang ni ialah satu-satunya cawangan Kluang RailCoffee di luar Johor. Jadi lepas ni kalau teringin nak minum kopi Kluang Rail Coffee ni boleh la datang ke Plaza Shah Alam.


Kluang Railcoffee @ Plaza Shah Alam
Kluang Railcoffee mendapat pengiktirafan sebagai kopitiam stesen keretapi tertua di Malaysia dan telah beroperasi sejak tahun 1938

Ni menu yang kiteorang pilih:


ayam kam heong
Suami Terchenta ambik nasi putih dengan ayam kam heong - dia kata sedap tapi aku tak berapa gemar sangat sebab ada rasa rempah kari yang kuat

spaghetti bolognese
Anak-anak ambik spaghetti bolognese. Dieorang kata sedap

dry chilli pan mee
Aku pulak mencuba dry chilli pan mee. Rasanya ok la, aku suka sambal udang crispy tu cuma tak berapa best sebab takde telur goyang atas tu ermm... 

Overall memuaskan. Boleh repeat kalau ke sini Plaza Shah Alam ni lagi.

14 comments:

  1. Akak orang Johor pun belum pernah makan di Kluang Rail Coffee, sebab belum pernah jalan-jalan di Kluang 😄
    Rupa-rupanya dah ada cawangan di Shah Alam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dah lama teringin nak bawak mak naik tren pegi kluang semata2 nak pergi ke kluang railcoffee ni, tapi takde tren balik hari pulak. Memang kena bermalam kat sana kalau nak pergi yg dekat stesen keretapi kat sana.

      Delete
  2. Oh, kita pernah makan kat situ masa menginap di Concorde, barulah tahu ia satu2nya cawangan di luar Johor. Ingatkan ada banyak cawangan. Aisehmannn.. macammana boleh tak ada telur goyang atas pan mee tu, tak aci la gituuu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, saya tengok kat IG dieorg satu2 nya cawangan di luar Johor. Yang lain semua dekat di Johor.

      Delete
  3. owh ada ye , teringin juga nak try.. selalu kak ana tengok orang share makan tapi di Kluang tu lah kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah kak, tu la saya pun selalu tengok org share pasal kopitiam ni tapi dekat Kluang / Johor la.

      Delete
  4. Sekolah Abang murid lain belajar macam biasa, taking UASA. Sbb sekolah asrama kot, tak buat PDPR.
    Baru tahu juga ada cawangannya dekat Shah Alam. Dekatlah nak terjah pun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekolah anak2 saya ada 2 sesi pagi / petang berkongsi kelas. Jadi mmg takde pilihan sesetengah kelas kena dicutikan sebab tak cukup bilik kelas. Bagus jugak camtu, ada masa tambahan untuk anak2 buat ulangkaji sbb UASA akan sambung balik lepas SPM.

      Delete
  5. tak pernah mkn kat cafe ni...ada lah perasan cafe ni kat dlm lotus ampang tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tadi google tengok yg tu different shop MZ. Yang ni Kluang Railcoffee, yg dekat lotus' ampang tu kluang station. Nama lebih kurang je tapi kedai lain2

      Delete
  6. Lama tak pergi area Shah Alam ni....Pan Mee tu teringin la pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Crispy prawn sambal dia sedap tapi tu la takde telur goyang atas pan mee macam tak lengkap pulak sis Ezna hehe

      Delete
  7. Replies
    1. Kebanyakan cawangannya di Johor tapi ada satu jugak di Plaza Shah Alam.

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .