Cuti sekolah ni kiteorang tak ke mana-mana sebab dah balik kampung seminggu sebelum cuti sekolah. Disebabkan Suami Terchenta kena jaga ofis hujung tahun ni, maka kiteorang pun duduk melangut dekat rumah je 😅.
Tapi syukurlah cikgu kelas ada berkongsi beberapa program cuti sekolah dalam talian yang dianjurkan oleh Microsoft, Canva dan Apple Education. Program ni terbuka untuk semua pelajar dari sekolah rendah sampai la sekolah menengah, tak kira sekolah bawah KPM atau sekolah swasta:
 |
| Program anjuran Apple Professional Learning - membuat e-book menggunakan iPad |
.jpeg) |
| Ada satu lagi sesi pada hari ni. Kalau tak sempat join sesi, boleh masuk link Telegram dan tonton ulangan sesi lepas di YouTube |
 |
| Belajar AI menerusi aplikasi Minecraft Education |
.jpeg) |
| Program ni masih lagi berlangsung sampai 30 Disember. Cuma satu je masalahnya - kena login guna ID DELIMa, jadi kalau siapa yang takde ID DELIMa tu agak terhad sikit guna sesi trial / demo lessons |
.jpeg) |
| Student Lab Canva akan berlangsung minggu depan sampai 7 Januari 2026 |
 |
| Akan ada tugasan membuat projek melalui aplikasi Canva |
Untuk kesemua program ni, kena ada peranti (komputer / tablet Android / iPad) dan install aplikasi Zoom / Microsoft Teams, Canva dan Minecraft Education. Untuk program khusus menggunakan iPad, kena pastikan ada aplikasi Keynote, Garageband, Reality Composer (untuk membuat AR) dan iMovie.
 |
| Khayla tengah belajar mencipta AR (augmented reality) menggunakan Reality Composer |
Anak-anak akan dapat sijil penyertaan jadi jangan lepaskan peluang ni untuk dieorang mendapat kemahiran baru / future skills. Mak-mak pun boleh jugak menempel tengok dieorang belajar sambil tu belajar sekali hihi.
alamakkkk baru tau. dah rugi.
ReplyDeleteBagus betul program macam ni.. bagus juga cikgu sek anak carneyz share benda² ni..
ReplyDeletemenarik nyaaaa.thanks for sharing!
ReplyDeleteBagus ada program macam ni. Siap ada sijil tu.
ReplyDeletewah bagusnya program camni
ReplyDelete