Cuti sekolah ni kiteorang tak ke mana-mana sebab dah balik kampung seminggu sebelum cuti sekolah. Disebabkan Suami Terchenta kena jaga ofis hujung tahun ni, maka kiteorang pun duduk melangut dekat rumah je 😅.
Tapi syukurlah cikgu kelas ada berkongsi beberapa program cuti sekolah dalam talian yang dianjurkan oleh Microsoft, Canva dan Apple Education. Program ni terbuka untuk semua pelajar dari sekolah rendah sampai la sekolah menengah, tak kira sekolah bawah KPM atau sekolah swasta:
 |
| Program anjuran Apple Professional Learning - membuat e-book menggunakan iPad |
.jpeg) |
| Ada satu lagi sesi pada hari ni. Kalau tak sempat join sesi, boleh masuk link Telegram dan tonton ulangan sesi lepas di YouTube |
 |
| Belajar AI menerusi aplikasi Minecraft Education |
.jpeg) |
| Program ni masih lagi berlangsung sampai 30 Disember. Cuma satu je masalahnya - kena login guna ID DELIMa, jadi kalau siapa yang takde ID DELIMa tu agak terhad sikit guna sesi trial / demo lessons |
.jpeg) |
| Student Lab Canva akan berlangsung minggu depan sampai 7 Januari 2026 |
 |
| Akan ada tugasan membuat projek melalui aplikasi Canva |
Untuk kesemua program ni, kena ada peranti (komputer / tablet Android / iPad) dan install aplikasi Zoom / Microsoft Teams, Canva dan Minecraft Education. Untuk program khusus menggunakan iPad, kena pastikan ada aplikasi Keynote, Garageband, Reality Composer (untuk membuat AR) dan iMovie.
 |
| Khayla tengah belajar mencipta AR (augmented reality) menggunakan Reality Composer |
Anak-anak akan dapat sijil penyertaan jadi jangan lepaskan peluang ni untuk dieorang mendapat kemahiran baru / future skills. Mak-mak pun boleh jugak menempel tengok dieorang belajar sambil tu belajar sekali hihi.
16 Comments
alamakkkk baru tau. dah rugi.
ReplyDeleteProgram Canva tu belum start lagi. Boleh enroll lagi tu Ammi. Yang Apple Education tu boleh join group Telegram & tengok kat YT.
DeleteBagus betul program macam ni.. bagus juga cikgu sek anak carneyz share benda² ni..
ReplyDeleteAah Linda, mmg bagus program mcm ni tapi biasa la budak2 ni bila disuruh join benda2 mcm ni time cuti sekolah byk pulak bunyi, habis kena sound dgn mommy dieorg zaman mommy dulu takde peluang2 mcm ni huhuhu
Deletemenarik nyaaaa.thanks for sharing!
ReplyDeleteSama2. Your boys boleh join & belajar byk benda ni.
DeleteBagus ada program macam ni. Siap ada sijil tu.
ReplyDeleteYang penting sijil hihi
Deletewah bagusnya program camni
ReplyDeleteYe Lydia, ada la pengisian bermanfaat cuti sekolah ni daripada dieorg main game je hehe
DeleteTq untuk post ni Carneyz. Boleh share dengan anak2 saudara. Aktiviti bermanfaat ni.
ReplyDeleteBetul tu sis Ezna. Yang penting dapat sijil, pastu boleh mintak cikgu masukkan dalam PAJSK.
DeleteWah macam2 program sekarang ni bagusnya. Thanks for sharing Carneyz.
ReplyDeleteSama2 Kak Mulan. Bagus sebab ajar future skills macam coding, design & buat e-book ☺️
DeleteSenang dari rumah boleh hadiri kursus.
ReplyDeleteYa, sesuai utk anak2 saya yang tak kemana2 cuti sekolah ni 😄
DeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .