The Wedding of Farhanah & Nasrullah

Salam Isnin kawan-kawan,

Pejam celik pejam celik, dah lebih seminggu adik bongsu aku melangsungkan perkahwinan dengan pilihan hatinya iaitu jejaka berasal dari Singapura.

Aku tak sangka yang doa aku masa berada di Jabal Rahmah menjadi realiti. Masa kat sana, aku berdoa semoga adik aku dipertemukan jodoh dengan warga Singapura (haha, spesifik sangat kan?). Mungkin Allah gerakkan hati aku untuk membuat doa tu, Wallahualam. Tapi doa tu akhirnya termakbul bila tak lama lepas balik dari umrah, adik aku berkenalan dengan jejaka Singapura. Alhamdulillah, 31 Januari lepas dieorang pun dah selamat menjadi pasangan suami isteri 🥰.


Malay wedding
#jodohmerentassempadan

Majlis nikah diadakan pada sebelah pagi. Ayah kiteorang sendiri yang menikahkan adik bongsu aku ni. Dengan sekali lafaz je, adik aku sah menjadi isteri Nas.


akad nikah
Pengantin lelaki tak gabra langsung, memang respek la!

Malay wedding
Adik ipar menyarungkan cincin di jari adik aku

Malay wedding
Alhamdulillah, barakallahulakuma!

Majlis akad nikah cuma dihadiri oleh keluarga terdekat je. Selesai akad nikah, majlis resepsi dibuat di dewan di Villa Renjis Di Pilis dengan dihadiri oleh 100 orang tetamu terdiri dari sanak-saudara dan kawan-kawan rapat adik aku. 


Malay wedding
Pasangan pengantin melangkah ke dalam dewan

Malay wedding
Setting meja makan tetamu VIP (warga emas, ibu bapa dan adik-beradik)

Malay wedding
Makanan buffet untuk tetamu lain

Dalam kalangna adik-beradik, kakak akulah yang paling banyak membantu adik bongsu aku menguruskan hal jemputan, susun atur tempat duduk tetamu, follow up RSVP dsb. Kiteorang adik-beradik yang lain ada la jugak tolong sikit-sikit; Khayla tolong design ikon untuk goodies bag, aku jadi emcee dan yang lain-lain jadi penyambut tetamu / mengagihkan goodies bag


doa recital
Pakcik (adik ayah) membaca doa untuk memberkati majlis dan jugak pengantin baru

emcee
Yours truly sedang mengacarakan majlis 😅

Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar dengan kehadiran penuh dari semua tetamu yang dijemput. Makanan pun mencukupi dan lepas majlis ada banyak lagi untuk diagihkan dengan tetamu yang hadir. 


Malay wedding
Pengantin bersama adik-beradik dan sepupu perempuan

Malay wedding
Bersama adik-beradik dan semua sepupu

Buat adik bongsu Farah & suaminya Nas - semoga perkahwinan yang dibina dilimpahi dengan keberkatan, sakinah, mawaddah dan rahmat Allah SWT. Selamat Pengantin Baru dan kekal bahagia hendaknya hingga ke syurga ❤️.

Post a Comment

5 Comments

  1. selamat pengantin baru. semoga berbahagia hingga ke syurga.

    ReplyDelete
  2. tahniah dan selamat pengantin baru utk ur adik bongsu! moga bahagia hingga jannah..aamiin

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah tahniah buat adik Carneyz dan pasangannya 💐
    Makbul doa kakak ya 😀
    Kenapa agaknya doa spesifik nak jodoh orang Singapore? Kalau boleh tahu 😁

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah tahniah sekali lagi... Semoga berbahagia selalu ❤️

    ReplyDelete
  5. Tahniah dpt ahli keluarga baru
    Sweet pengantin baru❤️

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .