Salam Isnin kawan-kawan,
Pejam celik pejam celik, dah lebih seminggu adik bongsu aku melangsungkan perkahwinan dengan pilihan hatinya iaitu jejaka berasal dari Singapura.
Aku tak sangka yang doa aku masa berada di Jabal Rahmah menjadi realiti. Masa kat sana, aku berdoa semoga adik aku dipertemukan jodoh dengan warga Singapura (haha, spesifik sangat kan?). Mungkin Allah gerakkan hati aku untuk membuat doa tu, Wallahualam. Tapi doa tu akhirnya termakbul bila tak lama lepas balik dari umrah, adik aku berkenalan dengan jejaka Singapura. Alhamdulillah, 31 Januari lepas dieorang pun dah selamat menjadi pasangan suami isteri 🥰.
 |
| #jodohmerentassempadan |
Majlis nikah diadakan pada sebelah pagi. Ayah kiteorang sendiri yang menikahkan adik bongsu aku ni. Dengan sekali lafaz je, adik aku sah menjadi isteri Nas.
 |
| Pengantin lelaki tak gabra langsung, memang respek la! |
 |
| Adik ipar menyarungkan cincin di jari adik aku |
 |
| Alhamdulillah, barakallahulakuma! |
Majlis akad nikah cuma dihadiri oleh keluarga terdekat je. Selesai akad nikah, majlis resepsi dibuat di dewan di Villa Renjis Di Pilis dengan dihadiri oleh 100 orang tetamu terdiri dari sanak-saudara dan kawan-kawan rapat adik aku.
 |
| Pasangan pengantin melangkah ke dalam dewan |
 |
| Setting meja makan tetamu VIP (warga emas, ibu bapa dan adik-beradik) |
 |
| Makanan buffet untuk tetamu lain |
Dalam kalangna adik-beradik, kakak akulah yang paling banyak membantu adik bongsu aku menguruskan hal jemputan, susun atur tempat duduk tetamu, follow up RSVP dsb. Kiteorang adik-beradik yang lain ada la jugak tolong sikit-sikit; Khayla tolong design ikon untuk goodies bag, aku jadi emcee dan yang lain-lain jadi penyambut tetamu / mengagihkan goodies bag.
 |
| Pakcik (adik ayah) membaca doa untuk memberkati majlis dan jugak pengantin baru |
 |
| Yours truly sedang mengacarakan majlis 😅 |
Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar dengan kehadiran penuh dari semua tetamu yang dijemput. Makanan pun mencukupi dan lepas majlis ada banyak lagi untuk diagihkan dengan tetamu yang hadir.
 |
| Pengantin bersama adik-beradik dan sepupu perempuan |
 |
| Bersama adik-beradik dan semua sepupu |
Buat adik bongsu Farah & suaminya Nas - semoga perkahwinan yang dibina dilimpahi dengan keberkatan, sakinah, mawaddah dan rahmat Allah SWT. Selamat Pengantin Baru dan kekal bahagia hendaknya hingga ke syurga ❤️.
12 Comments
selamat pengantin baru. semoga berbahagia hingga ke syurga.
ReplyDeleteTerima kasih Cie! Ameen YRA 🤲🏻
Deletetahniah dan selamat pengantin baru utk ur adik bongsu! moga bahagia hingga jannah..aamiin
ReplyDeleteTQ MZ! Ameen YRA 🤲🏻
DeleteAlhamdulillah tahniah buat adik Carneyz dan pasangannya 💐
ReplyDeleteMakbul doa kakak ya 😀
Kenapa agaknya doa spesifik nak jodoh orang Singapore? Kalau boleh tahu 😁
Haha, itulah tak sangka betul makbul doanya 😅 Masa tu saya gurau kawen dengan orang Singapura je la sebab currency dieorg lebih kuat dari MYR 🤣
DeleteAlhamdulillah tahniah sekali lagi... Semoga berbahagia selalu ❤️
ReplyDeleteTerima kasih sis! Ameen YRA 🤲🏻
DeleteTahniah dpt ahli keluarga baru
ReplyDeleteSweet pengantin baru❤️
Terima kasih Ciknor 🫰🏻 sweet kan dieorg dua 😊
Deletewah...kiranya perkenalan singkat je lah ni??
ReplyDeletetahniah buat mempelai, Farah dan Nas, semoga berkekalan till jannah.. aamin
Ye tak sampai setahun berkenalan. Bulan Oktober lepas bertunang, Januari dah nikah 😄 Dah namanya jodoh kan hihi
DeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .