The Wedding of Farhanah & Nasrullah

Salam Isnin kawan-kawan,

Pejam celik pejam celik, dah lebih seminggu adik bongsu aku melangsungkan perkahwinan dengan pilihan hatinya iaitu jejaka berasal dari Singapura.

Aku tak sangka yang doa aku masa berada di Jabal Rahmah menjadi realiti. Masa kat sana, aku berdoa semoga adik aku dipertemukan jodoh dengan warga Singapura (haha, spesifik sangat kan?). Mungkin Allah gerakkan hati aku untuk membuat doa tu, Wallahualam. Tapi doa tu akhirnya termakbul bila tak lama lepas balik dari umrah, adik aku berkenalan dengan jejaka Singapura. Alhamdulillah, 31 Januari lepas dieorang pun dah selamat menjadi pasangan suami isteri 🥰.


Malay wedding
#jodohmerentassempadan

Majlis nikah diadakan pada sebelah pagi. Ayah kiteorang sendiri yang menikahkan adik bongsu aku ni. Dengan sekali lafaz je, adik aku sah menjadi isteri Nas.


akad nikah
Pengantin lelaki tak gabra langsung, memang respek la!

Malay wedding
Adik ipar menyarungkan cincin di jari adik aku (kredit foto: jurukamera majlis Encik Jun)

Malay wedding
Alhamdulillah, barakallahulakuma! (kredit foto: jurukamera majlis Encik Jun)

Majlis akad nikah cuma dihadiri oleh keluarga terdekat je. Selesai akad nikah, majlis resepsi dibuat di dewan di Villa Renjis Di Pilis dengan dihadiri oleh 100 orang tetamu terdiri dari sanak-saudara dan kawan-kawan rapat adik aku. 


Malay wedding
Pasangan pengantin melangkah ke dalam dewan (kredit foto: jurukamera majlis Encik Jun)

Malay wedding
Setting meja makan tetamu VIP (warga emas, ibu bapa dan adik-beradik)

Malay wedding
Makanan buffet untuk tetamu lain (kredit foto: jurukamera majlis Encik Jun)

Dalam kalangan adik-beradik, kakak akulah yang paling banyak membantu adik bongsu aku menguruskan hal jemputan, susun atur tempat duduk tetamu, follow up RSVP dsb. Kiteorang adik-beradik yang lain ada la jugak tolong sikit-sikit; Khayla tolong design ikon untuk goodies bag, aku jadi emcee dan yang lain-lain jadi penyambut tetamu / mengagihkan goodies bag


doa recital
Pakcik (adik ayah) membaca doa untuk memberkati majlis dan jugak pengantin baru

emcee
Yours truly sedang mengacarakan majlis 😅

Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar dengan kehadiran penuh dari semua tetamu yang dijemput. Makanan pun mencukupi dan lepas majlis ada banyak lagi untuk diagihkan dengan tetamu yang hadir. 


Malay wedding
Pengantin bersama adik-beradik dan sepupu perempuan (kredit foto: jurukamera majlis Encik Jun)

Malay wedding
Bersama adik-beradik dan semua sepupu (kredit foto: jurukamera majlis Encik Jun)

Buat adik bongsu Farah & suaminya Nas - semoga perkahwinan yang dibina dilimpahi dengan keberkatan, sakinah, mawaddah dan rahmat Allah SWT. Selamat Pengantin Baru dan kekal bahagia hendaknya hingga ke syurga ❤️.

Post a Comment

21 Comments

  1. selamat pengantin baru. semoga berbahagia hingga ke syurga.

    ReplyDelete
  2. tahniah dan selamat pengantin baru utk ur adik bongsu! moga bahagia hingga jannah..aamiin

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah tahniah buat adik Carneyz dan pasangannya 💐
    Makbul doa kakak ya 😀
    Kenapa agaknya doa spesifik nak jodoh orang Singapore? Kalau boleh tahu 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha, itulah tak sangka betul makbul doanya 😅 Masa tu saya gurau kawen dengan orang Singapura je la sebab currency dieorg lebih kuat dari MYR 🤣

      Delete
  4. Alhamdulillah tahniah sekali lagi... Semoga berbahagia selalu ❤️

    ReplyDelete
  5. Tahniah dpt ahli keluarga baru
    Sweet pengantin baru❤️

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Ciknor 🫰🏻 sweet kan dieorg dua 😊

      Delete
  6. wah...kiranya perkenalan singkat je lah ni??
    tahniah buat mempelai, Farah dan Nas, semoga berkekalan till jannah.. aamin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye tak sampai setahun berkenalan. Bulan Oktober lepas bertunang, Januari dah nikah 😄 Dah namanya jodoh kan hihi

      Delete
  7. selamat pengantin baru utk kedua mempelai

    ReplyDelete
  8. Tahniah. Dapatlah pergi Singapore lepas ini

    ReplyDelete
  9. Pengantinnya bahagia, keluarga bahagia, hadirin bahagia.

    ReplyDelete
  10. bz awak ye... balik kampung rupanya uruskan kenduri adik.. btw Tahniah buat kedua2 mempelai..semoga bahgia ke anak cucu

    ReplyDelete
  11. alhamdulillah...
    barakallahulakuma buat kedua mempelai...
    semoga berbahagia hingga ke syurga
    aminnn

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah. Moga bahagia bersama selamanya, Aamiin

    ReplyDelete
  13. Tahniah....selesai semuanya ya. Alhamdulilah.

    ReplyDelete
  14. Ini pasti jarak usia kalian jauh yaaa..

    Congrats, selesai dengan baik acaranya yaaa. Terkabul juga doa di tanah suci 😄👍👍.

    Semoga adik Carneyz dan suami diberi rezeki yg makin melimpah, dan rukun hingga tua.

    Saluuut lah kalian saling membantu mengatur acara 😍👍👍👍. Kalau saya dan adik2 , dulu kami pilih cara mudah, pakai jasa WO, biar mereka yg atur semuanya 🤣.

    ReplyDelete
  15. Alhamdulillah bertambah ahli keluarga.. semoga ceria dan bahagia hingga ke syurga.

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .