Salam Isnin kawan-kawan,
Throwback cerita 'me time' bulan Februari lepas. Tetiba rindu croissant dekat Paris, makan cicah dengan hot chocolate dan whipped cream 😜
Apa lagi, aku pun sarung tudung, naik monorel lepas tu turun dekat stesen Hang Tuah. Dari situ, aku menapak ke Tuah 1895. Tujuan aku ke sini ialah untuk ke kafe yang selalu lalu-lalang dekat IG aku:
![]() |
| Chef Kecik Boulangerie - milik orang Melayu 100% |
Lepas duduk, terus pesan set croissant (CK set):
![]() |
| CK Set (RM25) |
Croissant dia lembut, flaky dan memang buttery sangat! Hot chocolate tu sangat rich dan terserlah rasa kokonya, cuma di lidah aku rasa manis leting. Bila dah campur dengan whipped cream tu, jadi pekat dan cepat rasa muak. Dapat segelas whipped cream, aku letak sesudu dua je kot dalam hot chocolate tu sebab dah manis sangat 😅 Cara makan, bancuh whipped cream dalam hot chocolate, pastu cicah croissant dalam cawan tu. Very French gittew... Sedap but aku tak rasa nak repeat sebab terlampau manis bagi aku.
Dah alang-alang keluar rumah, takkan la nak makan croissant je. Lagipun bila lidah dah muak makan benda manis, tetiba teringin nak makan something savoury pulak. So aku pun order clam & mussel stew ni:
![]() |
| Clam & mussel stew, sekali dengan roti sourdough (RM29) |
Yang ni pulak sayangnya tak kena dengan tekak aku! Kuah dia rasa macam tomato dalam tin curah atas kerang & kupang rebus. Tak sesedap seafood stew di Bray Bakery. Cuma aku puji portion dia besar je. Bercinta aku nak menghabiskan hidangan ni 😂. Roti sourdough tu aku cuma boleh makan sekeping je. Again, I don't think I want to repeat this menu.
Mungkin kalau aku ke Chef Kecik ni lagi, aku akan cuba menu lain pulak. Aku rasa set croissant tu kalau repeat pun, akan bawak anak-anak sekali jadi boleh la dieorang tolong habiskan 😅. Sampai sekarang teringat manis dan pekat giler hot chocolate tu hihi.



5 Comments
banyak betul whipped cream dia tu. sedapnya cicah hot choc.
ReplyDeletesaya dh lama tak mkn croissant..teringin cuma belum tahap craving so relax2 dulu hahahah bestnya me time tu! i dh lama tak me time...setakat window shopping or groceries shopping sorang2 tu ada laaa cuma tak de gi mkn sorang2
ReplyDeleteSo far dua kali makan di sini memang tidak pernah mengecewakan huhuhuu..
ReplyDeleteNak repeat tapi tunggu ada bonus terpijak dulu hahahhaa :D
kitorang dtg 6 beranak akan kongsi 3-4 menu jer sebab portion kt sini agak besar jugak..
ReplyDeletePH pun surrender kalau too sweet . Btw seronok juga keluar sorang² kan... Me time gitewww
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .