Salam Isnin kawan-kawan,
Throwback cerita 'me time' bulan Februari lepas. Tetiba rindu croissant dekat Paris, makan cicah dengan hot chocolate dan whipped cream 😜
Apa lagi, aku pun sarung tudung, naik monorel lepas tu turun dekat stesen Hang Tuah. Dari situ, aku menapak ke Tuah 1895. Tujuan aku ke sini ialah untuk ke kafe yang selalu lalu-lalang dekat IG aku:
![]() |
| Chef Kecik Boulangerie - milik orang Melayu 100% |
Lepas duduk, terus pesan set croissant (CK set):
![]() |
| CK Set (RM25) |
Croissant dia lembut, flaky dan memang buttery sangat! Hot chocolate tu sangat rich dan terserlah rasa kokonya, cuma di lidah aku rasa manis leting. Bila dah campur dengan whipped cream tu, jadi pekat dan cepat rasa muak. Dapat segelas whipped cream, aku letak sesudu dua je kot dalam hot chocolate tu sebab dah manis sangat 😅 Cara makan, bancuh whipped cream dalam hot chocolate, pastu cicah croissant dalam cawan tu. Very French gittew... Sedap but aku tak rasa nak repeat sebab terlampau manis bagi aku.
Dah alang-alang keluar rumah, takkan la nak makan croissant je. Lagipun bila lidah dah muak makan benda manis, tetiba teringin nak makan something savoury pulak. So aku pun order clam & mussel stew ni:
![]() |
| Clam & mussel stew, sekali dengan roti sourdough (RM29) |
Yang ni pulak sayangnya tak kena dengan tekak aku! Kuah dia rasa macam tomato dalam tin curah atas kerang & kupang rebus. Tak sesedap seafood stew di Bray Bakery. Cuma aku puji portion dia besar je. Bercinta aku nak menghabiskan hidangan ni 😂. Roti sourdough tu aku cuma boleh makan sekeping je. Again, I don't think I want to repeat this menu.
Mungkin kalau aku ke Chef Kecik ni lagi, aku akan cuba menu lain pulak. Aku rasa set croissant tu kalau repeat pun, akan bawak anak-anak sekali jadi boleh la dieorang tolong habiskan 😅. Sampai sekarang teringat manis dan pekat giler hot chocolate tu hihi.



21 Comments
banyak betul whipped cream dia tu. sedapnya cicah hot choc.
ReplyDeleteByk sangat, tak tau la orang lain dah habiskan ke atau macam saya jugak, letak sesudu dua lepas tu dah muak hehe.
Deletesaya dh lama tak mkn croissant..teringin cuma belum tahap craving so relax2 dulu hahahah bestnya me time tu! i dh lama tak me time...setakat window shopping or groceries shopping sorang2 tu ada laaa cuma tak de gi mkn sorang2
ReplyDeleteMe & my eldest daughter mmg hantu croissant! If ada rezeki nak pergi Paris lagi just utk croissant hunting 😅
DeleteSo far dua kali makan di sini memang tidak pernah mengecewakan huhuhuu..
ReplyDeleteNak repeat tapi tunggu ada bonus terpijak dulu hahahhaa :D
Saya kecewa dgn mussel & clam stew tu hihi. Maybe kena order menu nasi kot. Tapi tujuan asal ke sini utk croissant set tu je sebenarnya hehe
Deletekitorang dtg 6 beranak akan kongsi 3-4 menu jer sebab portion kt sini agak besar jugak..
ReplyDeleteYe portion dia besar jugak la. Next time klu pergi sini lagi kena bawak family.
DeletePH pun surrender kalau too sweet . Btw seronok juga keluar sorang² kan... Me time gitewww
ReplyDeleteYe, klu tetiba datang mood nak keluar me-time tu mmg selalunya pergi sorang2 je (tapi jarang2 sbb lebih suka ddk kat rumah 😜)
Deletedari dia buka dah plan nk pegi tp x pegi2 jg🤣🤣ms belum ada nk pegi semenyih mmg x laa 😁
ReplyDeleteroti sourdough tu kalau nk tambah lg brape dia charge?
Tak pasti la pulak anies. Ni first time saya pergi ke Chef Kecik dan paling dekat yg dekat Tuah 1895 ni hehe
DeleteBaru ke Chef Kecik hari Sabtu baru2 ni tapi makan cinnamon rolls dan cake je....
ReplyDeleteOo... sedap tak cinnamon rolls & kek dia? Tak pesan pulak hari tu sbb mmg datang ke sini nak set croissant tu je sebenarnya.
Deletemmg sedap set crossaint chef kecik tu...smlm ada openhouse kt bangi..dkt la yg outlet Chefkecik kt kajang tu tp smp2 frust tkde parking sbb mcm ada event..kete parking tepi2 jln ..
ReplyDeleteBelum rezeki lagi tu nak singgah dekat CK. Takpe lain kali boleh try lagi 😅
DeletePernah nak 'masuk' tapi harga T20 tak mampu kita, Berapa harga 'hangus' hari tu?
ReplyDeleteAdalah RM60+ jugak (29+25+16% dine-in+tax).
DeleteNak sangat try, plan banyak kali tapi tak sampai2 lagi.
ReplyDeleteAlamak.. Manis pula ya.. Memang tak syoklah nak makan..
ReplyDeleteDulu sebelum nikah saya suka pergi sendirian, ke kafe atau sekedar nonton bioskop. Lepas nikah, rasa malas 😅😅. Tp nak juga lah kapan2 merasakan lagi hangout sendiri begini
ReplyDeleteBanyak nyaaa dia bagi whipped cream tuh 😂😂😂. Tak rugi kah mereka? Apalagi kalau customer hanya pakai 1-2 sendok. Jangan bilang mereka akan guna lagi whipped cream yg tersisa 😅😅.
Sedaaap memang kalau makan croissant dengan hot choco. Sayapun sukaaa. 😍😍. Tapi kalau manis sangat, mungkin next nya minta gula terpisah
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .