Menginap di AC Hotel Ipoh

Masa kiteorang bercuti ke Ipoh baru-baru ni, kiteorang menginap di hotel di bawah jenama Marriott Bonvoy iaitu AC Hotel by Marriott Ipoh. Hotel ni baru je dibuka tahun lepas jadi rasa excited pulak nak mencuba hotel baru ni.

First impression bila melangkah ke lobi hotel - ruang lobinya minimalist tapi elegant dan luas. Masuk-masuk je, vibe kat sini tenang dan chill je. Sementara menunggu kiteorang check in di kaunter, anak-anak duduk di sofa yang disediakan. Disebabkan kiteorang sampai awal (pukul 12 tengahari), bilik belum ready lagi tapi kiteorang boleh tinggalkan beg di kaunter. Bila kiteorang balik dari berjalan-jalan di Concubine Lane, staff hotel dah bawak masuk beg kiteorang ke bilik.


AC Hotel Ipoh lobby
Ruang duduk yang selesa dan nampak eksklusif

AC Lounge
AC Lounge

AC Hotel Ipoh lobby
Hiasan estetik di lobi

AC Hotel Ipoh lobby
Perhiasan kaca

Kiteorang ambik bilik dengan katil bersaiz king. Ada sofa bed jugak, jadi aku dan anak-anak tidur di katil king dan Suami Terchenta pulak tidur di sofa bed.


AC Hotel Ipoh deluxe room
Prime Deluxe King Guest Room with Sofa Bed

Biliknya luas dan cukup selesa. Tilam katil king tu agak firm (aku prefer tilam yang empuk) tapi boleh la buat tidur esoknya bangun takde la sakit-sakit badan. Cuma satu je masalah dekat bilik ni - kedudukan aircond tak menghala ke katil jadi tengah malam tu aku kepanasan walaupun dah letak suhu 20℃ 😅. End up aku tidur tak berselimut sebab tak rasa sangat aircond nya.

Selalunya hotel baru ada sediakan mesin kopi dalam bilik tapi AC Hotel Ipoh ni takde mesin kopi pulak. Sebenarnya tak jadi masalah bagi aku pun sebab aku bukanlah peminum kopi tegar cuma tu pemerhatian peribadi aku je la 🤭. 


AC Hotel Ipoh deluxe room
Walaupun takde mesin kopi, tapi ada kopi dan teh dalam paket untuk kita bancuh sendiri

Fasiliti bilik cukup lengkap dengan mini bar, peti sejuk, seterika, pengering rambut dsb. Dari segi servis pulak aku rasa agak cepat sebab kiteorang mintak tikar sejadah melalui aplikasi Marriott Bonvoy, dalam 10 minit staff housekeeping datang hantar ke bilik.


AC Hotel Ipoh deluxe room
Bilik air luas, bersih dan masih ada bau bilik air baru lagi (kata Suami Terchenta)

Sebab utama aku tempah bilik ni ialah nak kumpul bonus points dan jugak kejar ganjaran bonus Elite Night sempena promosi Marriott Bonvoy berakhir 10 Mei ni. Syaratnya ialah kena menginap di jenama hotel berbeza dalam kumpulan hotel Marriott Bonvoy. Setakat ni baru menginap di hotel jenama Fairfield dan AC Hotel. Insha Allah, cuti Hari Pekerja nanti kiteorang akan menginap di Moxy KL Chinatown pulak - tu pun hotel baru jugak. Hopefully aku dapat kumpul 6 Elite Nights sepanjang tempoh promosi ni bila menginap di 3 buah hotel ni. Selebihnya aku akan cari promosi bilik atau tempah staycation masa birthday dan sambut anniversary kiteorang kelak untuk mengumpul 10 Elite Night tahun ni (supaya dapat kekalkan status ahli Silver Elite dan menikmati faedah sebagai ahli Silver Elite).

Post a Comment

18 Comments

  1. Nak ikot.. saya tido kat carpet bawah tu pon jadilah.. thehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jgn... aku ni jenis bangun tengah malam nak gi toilet, kang tersepak ko Sodep 🤣

      Delete
  2. loyalty berbaloi2 gitu!! dpt byk benefits yer utk ahli silver elite tu? dpt free stay ker?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak benefits as silver elite ke atas contohnya dapat priority late check-out, extra bonus points etc. Tgh kejar lifetime Silver Elite status (means tak payah renew membership setiap tahun lepas tu) tapi ada 140+ malam lagi baru dapat! 🤣 bonus points tu kita boleh redeem utk free room atau kurangkan harga bilik.

      Delete
  3. Replies
    1. Baru lagi hotel ni sis, baru bukak tahun lepas 😃

      Delete
  4. Harap dapat healing ke KL hujung minggu ini.

    ReplyDelete
  5. Uncle kalau hotel macam ni nak lalu kat depan pun tak berani... tak mampu... Uncle level hotel oyo je.... huhuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala, sekali-sekala belanja Aunty duduk hotel macam ni masa aniberseri ke hehe

      Delete
  6. cantik hotelnya. untung ada loyalty points boleh guna.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, hotel baru lagi ni Cie. Tu la gigih cari peluang tambah extra bonus points supaya boleh redeem free bilik hehe

      Delete
  7. Kalau tak rasa sangat aircond memang tak pakai selimut. Silap2 boleh berpeluh jugak. Hehe. Pernah nak booking hotel ni tapi fully booked pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah, aircond nya tala dekat workstation dan tv, bukan dekat katil. Tu yg malam2 berpeluh sampai tak pakai selimut.

      Delete
  8. Tengok lobi dia pun dah cantik, bilik confirm2 cantik jugak!
    Haha nama je AC hotel. Tapi AC nya tak rasa sangatlah pulakk 🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bilik dia konsep minimalist ala2 Japandi. Hotel baru jadi semua nampak lawa 😅

      Delete
  9. Saya hrs cek lagi catatan saya ttg hotel ini. Tp rasa2nya AC di kamar saya dingin. Sebab saya fussy sangat bab AC nih. Kalau tak dingin, saya pasti cranky. Tp pas di sana, saya tak adalah mengeluh, jadi seharusnya AC kamar yg saya dapat sejuk 😅.

    Sukaaa stay di sini. Kamar luas, tp memang macam kosong. Minimalis lah.. beda dengan lobby nya yaa yg meriah dan estetik 😄👍.

    Tahun ini saya harus bisa menginap 10 malam di mana2 hotel Marriott. 🤣. Di KL nanti dah 5, berarti sisa 5 malam lagi 🤭🤭. Cari Kat jakarta aja, yg lebih murah rate nya 😄

    ReplyDelete
  10. lounge hotel ni nampak luas betul

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .