Menu 'Sihat' Cara Aku

Sebenarnya ni bukanlah menu yang sihat sangat pun 🤭. Kalau ikutkan saranan pakar nutrisi, menu sihat ni kena bakar, rebus atau stim. Tapi kalau nak ikut saranan pakar 100%, aku rasa setengah minggu confirm aku akan give up! 🤣 Sebab tu, aku ambik pendekatan makan je apa yang aku nak tapi kawal portion. Ni rule yang aku gunapakai:

  • 1/2 pinggan protein
  • 1/4 pinggan sayur
  • 1/4 pinggan karbo

Kenapa protein lagi banyak dari kumpulan makanan yang lain? Sebab aku pergi gym, so aku perlukan protein untuk muscle mass. Perempuan bila dah umur 40an sebenarnya kena jaga muscle mass. Cuma jenis protein tu aku cuba ambik protein yang kurang lemak dan kurang kolesterol contohnya ayam, ikan, telur, tofu dll. Tapi sekali-sakala tekak ni teringin la jugak makan daging. Takpe, layankan aje. Cuma jarakkan tempoh makan daging tu mungkin seminggu sekali je ke.

Bulan puasa lepas ni antara menu-menu yang aku buat untuk berbuka puasa. Disebabkan bulan puasa tu aku pemalas giler nak masuk dapur jadi selalunya aku buat menu 2-dalam-1 yang gabungkan sayur dengan protein. Takpun aku buat salad campak-campak je dah siap.


healthy food
Salad + buah-buahan dan ayam masak kunyit (tak payah masak sayur sebab dah campak sekali dalam hidangan ayam goreng kunyit ni)

Satu benda yang aku selalu dengar ialah masakan kering / tanpa kuah lebih sihat dari masakan berkuah (melainkan sup tanpa minyak). Sebab tu aku agak jarang masak makanan berkuah (still masak kalau teringin tapi jarang). Makanan bergoreng ialah rutin kiteorang sebab aku dibesarkan dengan makanan bergoreng. Untuk aku bertukar ke makanan jenis rebus, stim atau panggang tanpa minyak rasanya lamberrrt lagi. Jadi baik aku pilih makanan bergoreng dari berkuah 😅.


healthy food
Ayam goreng air fryer (salut dengan sesudu besar minyak masak) + salad dengan kekacang dan buah

Kadang-kadang aku teringin nak makan something yang tak sihat tapi aku padankan dengan makanan sihat. Contohnya, aku teringin nak makan grilled cheese sandwich. Tapi aku makan la dengan sup tomato & basil supaya aku cepat kenyang (sandwich makan sekeping / separuh keping je, sup tomato pulak makan semangkuk 😜):


healthy food
Lepas panggang bahan-bahan sup tomato ni, terus masuk dalam blender dan kisar

Bila tekak Malaysia ni, memang tak boleh la nak elakkan jugak dari teringin makan makanan berlemak macam nasi lemak. Jadi masak la jugak nasi lemak, tapi ayam tu aku panggang. Sambal letak sesudu kecik. Lebihkan telur rebus untuk extra protein.


nasi lemak
Bila craving nasi lemak...

Aku sebenarnya kagum dengan orang-orang yang boleh bertukar terus ke cara masakan sihat dan boleh maintain dengan lifestyle sihat tu. Aku pernah cuba tapi tu la, tak dapat nak bertahan. Then aku terbaca someone tulis - a successful diet is a diet that you can maintain. Jadi aku buat la cara aku ni - makan apa yang aku suka tapi kawal portion, pilih the lesser of two evils (makanan bergoreng kering vs makanan berkuah atau makanan bergoreng masak sendiri vs makanan diproses) dan kurangkan gula dan garam dalam masakan. Alhamdulillah, setakat ni masih boleh bertahan dengan gaya pemakanan aku sekarang yang jauh berbeza dengan gaya pemakanan sebelum ni yang langsung tak sihat 🫣.

Satu lagi habit yang aku tengah cuba nak bina sekarang ialah membuat log makanan. Bila aku catat apa yang aku makan setiap hari, secara tak langsung aku take accountability atas apa yang aku sumbat dalam mulut dan aku termotivasi untuk make sure yang aku minum air secukupnya:


food journal
Sebelum tidur catat apa yang aku makan. Ni jurnal aku masa bulan puasa lepas.

Mana la tau satu hari nanti aku berjaya bertukar terus ke menu yang betul2 sihat (rebus, stim atau panggang). Yang penting dalam perjalanan sihat ni, aku tak nak stress dan serabut nak berdiet. Kita chill2 aje la kan? 🤭 

Post a Comment

20 Comments

  1. Semoga terus istiqamah dan kuat serta dapat teruskan untuk sihat dan bertenaga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ameen YRA 🤲🏻 menyesal tak start dari muda2 dulu, bila dah 40an dan ada penyakit kritikal baru nak mula jaga pemakanan 😅

      Delete
  2. Thanks for sharing Carneyz. Rasa semangat nak makan sesihatnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2 Kak Mulan. Semoga kita sama2 sihat 😄

      Delete
  3. okey jom kita tukar ke makanan sihat...nak turunkan ebrat badan ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya makan macam ni tapi tak turun sgt pun berat badan 🤭 cabaran bila ada PCOS ni. Niat makan sihat sbb nak jaga gula dan kolesterol dalam badan je hehe

      Delete
  4. slowly but surely...
    seiring dengan usia mmg kita kena berjaga2 dalam pengambilan makanan setiap hari...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah Anies. Mmg slowly tukar ke pola pemakanan sihat sbb setiap kali pergi klinik nak buat pemeriksaan kesihatan mmg seriau rasanya takut kena marah doktor hehe

      Delete
  5. all the best...slowy but surely..akak makan mcm biasa tk bole sgt menu terlalu sihat hehe,,,cuma control minum air manis je sbb mmg byk minum air kosong tp kalo cuaca panas minum juga la air manis...dessert pn mkn juga tp ngaso2 la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul2... makan macam biasa cuma kawal portion je. Air manis pun kena kawal dan kena minum air kosong banyak2.

      Delete
  6. Terbaik..memang makanan ni menyihatkan , siap ada buah2an..alhamdulillah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena mula jaga kesihatan organ dalaman macam buah pinggang melalui pemakanan sihat hehe

      Delete
  7. cie pun selalunya lebihkan protein. bagus untuk turunkan berat juga protein ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah betul Cie. Tapi macam saya ni kena kawal jugak portion protein sbb dah mula ada simptom2 CKD.

      Delete
  8. Semoga terus istiqamah..
    Sha selalunya kurangkan kuantiti ja..

    ReplyDelete
  9. i pun nak kena restart clean eating ni! berpesta mkn2 sgt time i outstation...carbo dan sugar loading kaw2 gitu...eat first and regret later lah nampaknya

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .