Salam 2 Zulkaedah kawan-kawan,
Walaupun dah masuk bulan baru, tapi cerita raya belum habis lagi ye 🤭. Semalam surau kondo kiteorang buat acara potluck raya di bilik lounge dekat common area kondo ni. Mula-mula aku ingat nak cancel buat baked mac n cheese dan order karipap pusing kayangan tu, tapi sayangnya tempahan untuk karipap dah penuh huhu... Keciwa sekejap. Takpelah, rancangan baked mac n cheese pun diteruskan pagi tu.
![]() |
| Buat 2 bekas ni, alhamdulillah laku dan habis kedua-duanya 🌸 |
![]() |
| Sempat lagi OOTD sementara tunggu lif sampai |
Masa kiteorang sampai, tak berapa ramai lagi yang turun tapi menjelang 12.30 tengahari, agak packed jugak bilik lounge tu sampai ada yang kena makan di luar lounge.
![]() |
| Selfie dengan Suami Terchenta 🫰🏻 |
Makanan yang dibawa pun cukup lumayan - ada rendang, ketupat palas, nasi himpit, kuah lodeh, ayam masak merah, macaroni goreng, spaghetti aglio olio, mee goreng, laksa Sarawak, kek lapis, karipap, kuih tradisional, buah-buahan dan macam-macam lagi. Tiramisu pun ada, dan disebabkan aku dah kenyang jadi aku bawak balik untuk makan di rumah.
Acara dimulakan dengan ucapan alu-aluan dari tuan pengerusi surau dan diikuti dengan bacaan doa. Lepas tu apa lagi, makan la hihi 🤭.
![]() |
| Pengerusi surau tengah bagi ucapan |
![]() |
| Bacaan doa |
Masa ni la kita kenal dengan jiran-jiran. Walaupun duduk satu floor, kadang-kadang tak bertembung langsung (aku dengan jiran pakai baju hitam & tudung pink tu tak tau pun kiteorang satu aras tapi lepas borak-borak baru tau 😅). Sebabnya rutin jadual lain-lain. Jadi bila ada event macam ni, baru la dapat meluangkan masa bersama-sama.
![]() |
| Makcik yang sebelah aku tu jiran sama floor jugak dan kiteorang selalu turun solat terawih sama-sama. Parking pun sebelah kereta each other jugak |
Alhamdulillah, dapat jiran yang baik-baik. Kiteorang siap cakap tahun depan boleh la buat open house raya satu floor ni sebab dah kenal each other 😄. Siap bertukar-tukar nombor lagi. Insha Allah kalau ada rezeki boleh dipertimbangkan idea ni 🥰.







32 Comments
Seronok event gini, dapat berkenalan sesama jiran. Bagus idea tu sis, boleh ziarah dari rumah ke rumah.
ReplyDeleteAah SIS, ni first time kiteorg join sbb tahun lepas takde. Dapat kenal dgn jiran2 tu yg best 😄
Deletebestnya event gini, dpt kenal2 sambil mkn2! food meriah sgt!! gmbr dpn lif tu cute! my family kalau gi staycation mana2 dan dlm lif ada cermin, sure posing2 wefie hahhahah
ReplyDeleteSaya dari zaman muda remaja dah ambil gambar dalam lift mcm ini sebab cermin keliling.
DeleteYe food lagi banyak dari org yg dtg 😅 nasib baik i bawak Tupperware siap2 tapau some dessert and buah-buahan. Kalau ada event mcm ni mmg kiteorg akan support sbb nak kenal dgn jiran2
DeleteNi kat luar lif. Dalam lif segan ada CCTV hihi
Deletehujung mgu tok tek nang meriah org last beraya.. sporting juak jiran² kondo ktk org maok juak join pgrm sama, at least dpt la kenal-kenal sama dirik
ReplyDeleteAok sbb kmk org jarang2 ada peluang berkumpul kedak tok. Kedong ada kesempatan yalah dapat juak kenal2 dgn jiran2 😄
DeleteSiapa yang buat laksa Sarawak itu? Hehe.
ReplyDeleteAkhirnya rezeki jiran untuk rasa mac & keju bakar.
Ada jiran tingkat 14, orang Sarawak jugak. Rajin dia buat laksa lepas tu pek dalam mangkuk styrofoam kecik2 😄
Deletebetul sangat Carneyz..kalau tak buat majlis macam ni memang tak kenal jiran,kami pun sama..kenal jiran sebelah2 rumah je,yang jauh sikit selang 2 rumah je pun dah tak kenal
ReplyDeleteYe Afzan, masing-masing sibuk dan selalu tak bertembung pun macam saya dgn jiran baju hitam tu. Dia pukul 6.30 pagi lagi dah keluar rumah lepas tu balik lepas maghrib sbb ofis jauh dari area rumah 😅
DeleteTak sempat kita nak jumpa kat Open House Raya di Taman Pelangi.
ReplyDeleteTakpe next year kita terjah rumah Sislin pulak! 😜
DeleteRezeki dpt jiran baik2 ni
ReplyDeleteDan seronok berkongsi meraikan aidilfitri sama2
Alhamdulillah, setakat ni memang jiran semua baik2 je. Semoga macam tu la selalu 😄
DeleteMeriah!
ReplyDeleteMenutup Syawal dengan kemeriahan beraya dengan jiran2 😄
DeleteKalau bekerja memang tak sempat nak beramah tamah dengan jiran. Bila ada majlis macam ni la baru dapat bersuai kenal.
ReplyDeleteSokong 100% statement Cie ni. Kita yg tak bekerja ni pun jarang2 keluar rumah (kecuali masa hantar anak2 ke sekolah atau tetiba datang mood nak me-time) so jarang2 terserempak dgn jiran2 jugak hihi
Deleteadeh... lapar lak tengok makanan..
ReplyDeleteHaha rambang mata nak ambik yg mana satu sbb nak makan semua mcm tak muat pulak kapasiti perut ni 😜
Deletecantiknya bilik lounge tu!
ReplyDeleteduduk berjiran kat kondo ni kadang2 jarang berselisih. bila dah kenal ni senanglah nanti boleh plan lagi majlis macam ni. makanan semua pun sedap2 betulll
Aah bilik lounge ni mmg cantik ala2 lobi hotel. Itulah, nasib baik sempat ambik nombor telefon jiran satu floor tu 😄
DeleteAdu berbahagia dengan hidangan..raya sakan belum berakhir ni..happy hari raya ya
ReplyDeleteMinggu ni dah habis takde lagi dah jemputan raya 😅 kat tempat cikgu pulak macamana?
Deletebila ada potluck mmg meriah...eratkan hubungan antara jiran2 juga smabil mkn2 raya
ReplyDeleteYe, bertukar2 juadah boleh rasa macam2. Alhamdulillah, jiran yg kiteorg kenal setakat ni baik2 semuanya 😊
Deleteduduk kat bandar mcm ni laaa... time ada program barulah dpt bersua muka... ya laa masing2 ada rutin harian... yg penting kita sama2 kekalkan ukhwah tu...
ReplyDeleteBetullll... Kiteorg join group surau kondo ni pun sbb jiran (anak makcik sebelah saya tu) yang add kiteorg dalam group tu 😄 klu tak mungkin takde la peluang beramah-mesra dgn jiran2 kondo
DeleteMemang yaaa kalau tinggal di apartemen, Kondo atau sejenisnya, pasti jarang interaksi dengan tetangga. Jujurnya buat saya yg memang kurang suka interaksi dengan tetangga, hal ini buat saya happy.
ReplyDeleteTapi Raka jenis yg terlalu suka sosialisasi dengan siapapun 😄.
Makanya dia menolak stay di apartemen kami, dan memilih tinggal di rumah tapak, demi bisa interaksi dengan tetangga 😅. Jadi apartemen di sewakan.
Kalau di Sarawak, kami pun jarang bersosial dengan tetangga cuma bertegur-sapa dalam group Whatsapp kejiranan je 😅 tengok tempat jugak kot, ada kejiranan yang penduduknya suka bersosial cuma kejiranan kami lebih suka jaga hal masing2 🤭
DeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .