Memandangkan kiteorang cuma sehari je di Bintulu sebelum pulang ke kampung halaman Suami Terchenta di Samarahan, kiteorang decide nak bermalam di hotel Fairfield Bintulu, salah sebuah hotel di bawah kumpulan Marriott Bonvoy. Salah satu sebabnya ialah nak kumpul Elite Night untuk tahun ni dan sebab hotel ni lebih dekat nak ke airport Bintulu memandangkan esoknya flight kiteorang awal pagi (7.30 pagi).
![]() |
| Satu-satunya hotel di bawah jenama Marriott Bonvoy di Bintulu, Sarawak |
Sebenarnya aku ambik bilik tanpa breakfast sebab ingatkan nak order room service je untuk sahur. Tapi pihak hotel bagitau takde room service dan tak disangka-sangka lepas tu hotel bagi sahur percuma 🫶🏻. Alhamdulillah, tak payah pening-pening nak keluar cari tempat sahur. Since aku tempah 2 bilik (satu bilik berbayar dan satu lagi aku redeem elite points), jadi kiteorang anak-beranak semua dapat sahur percuma esoknya. Then, mak aku pun tumpang tidur kat bilik anak-anak sebab esoknya mak hantar kiteorang ke airport. Dengan my mom sekali dapat sahur percuma 🥰.
Esoknya pukul 4 pagi kiteorang dah turun ke restoran Kava terletak di ground floor. Selain kiteorang, ada 3-4 orang tetamu hotel yang turun untuk sahur jugak. Makanan boleh tahan banyak jugak, dan yang best nya, egg station pun dah beroperasi waktu sahur jugak.
![]() |
| Sahur di restoran Kava, Fairfield |
![]() |
| Antara pilihan menu sahur |
Terima kasih Fairfield Bintulu, belanja kiteorang sahur pagi tu 😊.



7 Comments
Wow special la Carneyz....ada sahur FOC pula.
ReplyDeleteAlhamdulillah rezeki bulan Ramadhan... kiteorang pun tak sangka pihak hotel offer sahur percuma sbb mmg ambik bilik without breakfast 😅
DeleteAlhamdulillah sahur percuma...janji x yah risau cari tempat untuk sahur kan
ReplyDeleteYe SA, risau jugak mana nak cari tempat sahur pagi2. Yang bukak time tu cuma Mekdi je kat sana huhu
Deleteterbaek laaa!! 5 star hotel lah ni kan. memang puas hati gitu
ReplyDeleteActually, brand Fairfield, AC dan Courtyard kategori ekonomi/mid-range dalam kumpulan hotel2 Marriott 😄 Rate pun 200-300+ je semalam. Brand 5-star pulak ialah hotel mcm JW, Ritz Carlton atau St Regis. But still puas hati since it's part of Marriott jadi kualiti perkhidmatan hotel mmg tip-top.
DeleteDah lama tak stayvacation dan bersahur di Hotel. Erm... tak ada rezeki lagi tahun ini
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .