Memandangkan kiteorang cuma sehari je di Bintulu sebelum pulang ke kampung halaman Suami Terchenta di Samarahan, kiteorang decide nak bermalam di hotel Fairfield Bintulu, salah sebuah hotel di bawah kumpulan Marriott Bonvoy. Salah satu sebabnya ialah nak kumpul Elite Night untuk tahun ni dan sebab hotel ni lebih dekat nak ke airport Bintulu memandangkan esoknya flight kiteorang awal pagi (7.30 pagi).
![]() |
| Satu-satunya hotel di bawah jenama Marriott Bonvoy di Bintulu, Sarawak |
Sebenarnya aku ambik bilik tanpa breakfast sebab ingatkan nak order room service je untuk sahur. Tapi pihak hotel bagitau takde room service dan tak disangka-sangka lepas tu hotel bagi sahur percuma 🫶🏻. Alhamdulillah, tak payah pening-pening nak keluar cari tempat sahur. Since aku tempah 2 bilik (satu bilik berbayar dan satu lagi aku redeem elite points), jadi kiteorang anak-beranak semua dapat sahur percuma esoknya. Then, mak aku pun tumpang tidur kat bilik anak-anak sebab esoknya mak hantar kiteorang ke airport. Dengan my mom sekali dapat sahur percuma 🥰.
Esoknya pukul 4 pagi kiteorang dah turun ke restoran Kava terletak di ground floor. Selain kiteorang, ada 3-4 orang tetamu hotel yang turun untuk sahur jugak. Makanan boleh tahan banyak jugak, dan yang best nya, egg station pun dah beroperasi waktu sahur jugak.
![]() |
| Sahur di restoran Kava, Fairfield |
![]() |
| Antara pilihan menu sahur |
Terima kasih Fairfield Bintulu, belanja kiteorang sahur pagi tu 😊.



19 Comments
Wow special la Carneyz....ada sahur FOC pula.
ReplyDeleteAlhamdulillah rezeki bulan Ramadhan... kiteorang pun tak sangka pihak hotel offer sahur percuma sbb mmg ambik bilik without breakfast 😅
DeleteAlhamdulillah sahur percuma...janji x yah risau cari tempat untuk sahur kan
ReplyDeleteYe SA, risau jugak mana nak cari tempat sahur pagi2. Yang bukak time tu cuma Mekdi je kat sana huhu
Deleteterbaek laaa!! 5 star hotel lah ni kan. memang puas hati gitu
ReplyDeleteActually, brand Fairfield, AC dan Courtyard kategori ekonomi/mid-range dalam kumpulan hotel2 Marriott 😄 Rate pun 200-300+ je semalam. Brand 5-star pulak ialah hotel mcm JW, Ritz Carlton atau St Regis. But still puas hati since it's part of Marriott jadi kualiti perkhidmatan hotel mmg tip-top.
DeleteDah lama tak stayvacation dan bersahur di Hotel. Erm... tak ada rezeki lagi tahun ini
ReplyDeleteAku lagi prefer staycation luar bulan Ramadhan sbb menu sahur biasanya limited. Klu pergi buffet breakfast yg biasa hotel sediakan, lagi puas hati sbb ada macam2 pilihan menu.
DeleteAlhamdulillah rezeki Ramadhan :)
ReplyDeletePernah bersahur dekat hotel, mmg diorg serve food macam buffet breakfast juga. Banyak pilihan 👍🏻
Alhamdulillah 😃 dekat sini sahur dia macam2 pilihan tapi tak sebanyak pilihan masa buffet breakfast biasa. Tapi kiteorang ok je sbb mmg jenis tak makan berat sgt pun masa sahur 😉
DeleteSahur dia dah macam berbuka!
ReplyDeleteKalau berbuka lagi rambang mata Uncle!
DeleteRezeki dapat sahur percuma.
ReplyDeleteAlhamdulillah mmg tak sangka Cie ☺️
DeleteAlhamdulillah.. Rezeki tu diberikan sahur percuma..
ReplyDeleteMacam best ja stay dekat hotel time puasa ini.. Kena cuba juga nanti kalau berpeluang..
Tu la tak sangka dapat sahur percuma. Best kalau ambik bilik dengan sahur kot hihi. Tak yah masak utk sahur dan panaskan lauk 😅
DeleteSemoga Fairfield KL yg saya book sama bagusnya begini 😄. Kemarin tuh saya galau, nak pesan dari aplikasi Marriot bonvoy atau dari shopback. Tapi Krn 5 malam kan, dah laah, walaupun cashback dari shopback besar, tp saya nak penuhkan dulu minimal menginap 1 tahun di aplikasi MB 😄
ReplyDeletePengalaman saya, ok je Fairfield KL cuma belum lagi dapat special treatment di sini 😅 saya suka surau di Fairfield KL sebab luas tapi biliknya agak kecik kalau compare dgn bilik di Fairfield Bintulu
Deletebyk juga pilihan sahur yg disediakan... yg x nk makan nasi boleh pilih mknn lain...👍👍
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .