Sambungan dari:
Bye-bye Jakarta, hello Bandung!
Dari Jakarta, perjalanan kami diteruskan ke Bandung. Memandangkan masing-masing belum pernah lagi naik panoramic train, jadi decide naik panoramic train dari Jakarta ke Bandung dan dari Bandung kelak, kiteorang akan naik Whoosh untuk pulang ke Jakarta.
Kalau naik panoramic train ni, korang kena berada di stesen Gambir sejam awal dari waktu berlepas. Sebenarnya untuk penumpang yang dah tempah seat di koc panoramic, korang boleh je tunggu dekat business lounge dekat bahagian atas tapi kiteorang tak tau pasal ni. Bila nak masuk ke balai berlepas baru sedar yang sebenarnya ada tempat yang lebih selesa untuk menunggu 😅. Jangan lupa pergi ke kiosk untuk print boarding pass dan sediakan passport siap-siap untuk pemeriksaan sebelum masuk.
Berbaloi la kiteorang beli tiket panoramic train ni sebab koc nya sangat cantik dan seat pun selesa. Sepanjang perjalanan boleh layan view sawah padi, rumah-rumah kampung dan hutan.
![]() |
| Layan view yang memukau dari dalam tren |
![]() |
| Suasana dalam panoramic train |
Cuma satu je aku perasan dalam train ni agak panas mungkin sebab bumbung koc ni bertingkap kaca jadi make sure korang pakai baju yang selesa. Pastu toilet tren ni automatik flush cuma lambat. Tunggu sampai toilet tu flush baru korang keluar tau 🤭.
![]() |
| Hello, Bandung! |
![]() |
| Hotel Grand Tebu |
![]() |
| Bilik loft family sesuai untuk 4 orang dewasa atau keluarga |
Memandangkan masih awal lagi dan bilik pun belum ready, kiteorang terus ambik Grab menuju ke Sate Abah untuk bersarapan pagi. Dari luar pekarangan restoran ni lagi dah semerbak bau sate yang dipanggang atas bara arang. Apa lagi, makin laju langkah kami masuk ke restoran ni.
![]() |
| Sate Abah |
Dekat sini konsepnya layan diri untuk aneka gorengan dan kuah/sos dan jugak pesan dari menu.
![]() |
| Ada beberapa makanan yang mirip di Malaysia dan ada jugak yang asli Indonesia dan first time aku jumpa |
Kiteorang pesan sate ayam, kambing dan Fanny rekemen sejenis sate yang unik di Indonesia dan takkan jumpa di Malaysia iaitu sate jando 🤭. Masing-masing curious apa tu sate jando? Jando tau, bukan janda 😅 🤣. Sislin pesan sup dengkul (gearbox) yang datang sekali dengan nasi. Sementara menunggu pesanan kiteorang ambik beberapa cemilan iaitu pisang goreng, cireng (snek popular di sana diperbuat dari tepung ubi kayu, singkatan dari perkatan aci+goreng) dan bakwan sayur.
![]() |
| Sarapan pagi kami |
![]() |
| Sate jando tu apa? |
Berbalik kepada sate jando. Sato jando ni sebenarnya sate yang dibuat dari bahagian payudara lembu 😅. Rasanya macam bahagian tendon tapi lembut dan kenyal. Orang yang tak biasa makan bahagian lembu ni akan rasa kembang tekak la hahaha! Tak sanggup nak menelan bila bayangkan sendiri punya! 🤣 Bagi aku sedap je cuma terlebih masin so aku cuma makan secucuk dua je selebihnya Fanny habiskan.
Sate Abah ni sedap, lembut dan ada rasa smoky dari kayu arang. Rasanya dah cukup lengkap jadi makan camtu je pun dah sedap tak perlu nak cicah dengan kuah sate.
![]() |
| Masing-masing buat muka terkejut bila makan sate jando 🤣 |
Lepas kenyang, aktiviti seterusnya ialah mencari minyak wangi. Kawan Kak Ret pesan minyak wangi dari WIN Perfumery, jadi moh ler ke sana. Dekat sini korang boleh pilih nak perfume apa dari jenama terkenal dan staff kedai (atau perfumer) akan buatkan perfume tu di situ jugak mengikut kandungan ekstrak minyak wangi dan alkohol.
![]() |
| Dieorang ni masing-masing beli minyak wangi kat sini kecuali aku sebab aku dah aim nak beli minyak wangi jenama HMNS |
Dari WIN Perfumery, kiteorang ke destinasi seterusnya iaitu 23 Paskal Mall. Tujuan utama ke sini ialah nak cari booth minyak wangi HMNS. Aku beli 2 botol minyak wangi 100ml setiap satu, satu botol atomizer dan dapat satu kotak mini sampel percuma dengan 5 jenis wangian berbeza dalam botol 10ml, semuanya dengan harga tak sampai RM200. Memang berbaloi sangat 😄. By the way, HMNS ni minyak wangi yang Fanny pernah hadiahkan dekat aku dan aku terus terjatuh cinta dengan baunya 😍. Bukan aku je, kakak aku pun sama siap pesan dengan member dia belikan minyak wangi yang sama. Ni semua salah Fanny hahaha!
![]() |
| Yeayyy dah dapat minyak wangi favourite aku! |
Jalan-jalan dalam mall ni, terjumpa pulak booth perfume jenama alchemist jadi Kak Ret pun singgah di beli minyak wangi yang kawannya pesan. Sislin pulak bila nampak Chikuro nak beli Chikuro tapi terpaksa batalkan niat tu sebab kena tunggu sejam. Sebelum bergerak ke destinasi seterusnya, dieorang pergi solat jamak di surau dalam mall ni sementara aku tunggu di luar.
Destinasi seterusnya ialah ke Saung Angklung Udjo. Korang wajib pergi ke sini kalau ke Bandung tau, sebab tempat ni diiktiraf sebagai tarikan kebudayaan warisan UNESCO. Tempat ni ialah rumah seni yang mempersembahkan alunan muzik angklung dan persembahan kebudayaan dari seluruh Indonesia. Bagi aku, ni la acara kemuncak untuk hari ni sebab aku enjoy sangat tengok persembahan dari kanak-kanak cilik.
Sepatutnya kiteorang sampai kat sini pukul 3.30 petang tapi terlewat setengah jam. Akibatnya kiteorang terlepas welcome drink dan persembahan wayang golek. Masa kiteorang sampai, persembahan helaran (tradisi mengarak anak lelaki yang akan bersunat) pun dah di hujung-hujung persembahan.
![]() |
| Uniknya tiket masuk ke sini ialah rantai dengan replika angklung instead of tiket kertas |
![]() |
| Gambar besar - persembahan helaran. Gambar kecik - tari topeng |
Untuk penutup persembahan, setiap pengunjung diberi sebuah angklung dan diajar cara menggoyang angklung untuk menghasilkan muzik. Setiap orang dapat angklung berbeza yang menghasilkan note yang berbeza. Kiteorang ikut je arahan pengacara majlis untuk bermain lagu 'Que Sera, Sera' dan hasilnya not bad! Akhir sekali, semua pengunjung dijemput menari di gelanggang persembahan tapi aku tak join la sebab aku tengah sakit perut sebab dotdotdot hari kedua.
![]() |
| Kenangan bermain angklung di Saung Angklung Udjo yang tak boleh dilupakan! |
Selesai persembahan, kiteorang naik Grab menuju ke restoran Iga Galabag untuk makan malam. Restoran ni terkenal dengan daging rusuk panggang yang bersaiz 'jumbo'. Aku perasan dekat Indonesia, dieorang suka gabungkan beberapa perkataan jadi satu perkataan contohnya 'Galabag' dan 'cireng'. Galabag ni sebenarnya singkatan kepada 'Gajah Lembang Bagja' yang merujuk kepada saiz tulang rusuk yang besar macam gajah! 😅 Kreatif jugak dieorang ni kan?
![]() |
| Masing-masing dah kelaparan sebab tak makan tengahari |
![]() |
| Sementara tunggu hidangan utama iaitu iga bakar sampai, kiteorang menjamah otak-otak versi Bandung (rasanya mirip keropok lekor sebab ada rasa tepung) dan nasi goreng (biasa-biasa je rasanya). |
![]() |
| Ni la tulang rusuk lembu panggang yang dipesan. Besar giler kan, makan 4 orang memang lebih dari cukup! |
Jujurnya aku rasa makanan kat sini biasa-biasa je. Rusuk panggang tu sedap tapi tak jauh beza dengan ribs dekat Chili's. Harga je kot yang jauh berbeza hihi.
![]() |
| Alhamdulillah licin tulang rusuk tu kiteorang kerjakan! 😆 |
Sebelum pulang ke hotel, kiteorang singgah di Paddy's. Tujuan ke sini ialah membeli souvenir untuk acara gift exchange. Ni kalau anak-anak aku masuk ke sini, suka la dieorang sebab ada macam-macam cenderahati macam keychain, casing hp, sticker dan lain-lain. Aku ni bukan manusia yang kreatif nak buat barang-barang personalised jadinya belek-belek gitu je la 🤭.
![]() |
| Paddy |
Dengan tu, berakhir aktiviti hari pertama di Bandung. Hari kedua menyusul dengan macam-macam aktiviti yang lebih menarik. Stay tuned!






















30 Comments
panoramic train tu cantik la tp panas plak ye tk rasa ekon....sate jando 1st time dgr
ReplyDeleteAah kak, jgn pakai baju tebal sbb nnt panas pulak dalam train ni. Nasib baik bawak kipas kecik hehe. Kiteorg pun first time dgr sate jando 🤭 terpana sekejap bila tau jando tu bahagian payudara lembu 😂
Deleteteringin la nak naik panaromic train tu!! kira tourist attraction lah tu kan..sbb tak de la benda tu kat msia
ReplyDeleteYe MZ. Rasanya yg naik satu koc kiteorg hari tu majoriti org Malaysia 😆 Org local naik Whoosh je sbb lagi cepat 35 minit je dah sampai.
Deletepuas hati naik panaromic train tu.. mesti laku keras tiket dia
ReplyDeleteSangat! Nasib baik Fanny tolong belikan tiket kiteorg hari tu hehe.
DeleteNi..nak tanya..camno boleh kurus ni...you look stunning...
ReplyDeleteJune 15, 2026 at 1:17 PM
DeleteKak Fzy tersilap tengok saya dgn Fanny kot ye? 😜 Fanny cantik lagi la macam retis hihi. Saya sama je Kak Fzy 😅
Sate jando tu kan haha kalau kat msia ada torpedo, kat sana ado jando haha ngam la tu kan 🤣🤣
ReplyDeleteItulah, satu torpedo, satu jando 🤣🤣
DeleteMenanti episod selanjutnya.
ReplyDeleteJapp tgh pilih2 gambar lagi 🤣 mengarang ayatnya belum lagi hihi
Deletepanoramic train tu kerusi dia boleh pusing2 jugak kan. teringin nak naik!
ReplyDeletealaa akak ckp pasal alchemist, saya langsung lupa nk cari perfume kat sana!
Aah sampai kat satu tempat ni akan ada announcement utk pusingkan kerusi dan menikmati pemandangan di luar tingkap 😄
DeleteHah. Terpaksa la Mazni pergi Indonesia lagi nak beli minyak wangi alchemist hehe
Tak sempat nak try panoramic train sebab limited time. Apartment kami dekat dengan 23 Paskal Mall tu. Saung Angklung Udjo tu menarik next time lah.
ReplyDeleteSaya rasa naik panoramic train tu sekali cukup la. Kalau ke Bandung lagi saya nak naik Whoosh je sebab lagi jimat masa cepat sampai. Saung Angklung Udjo tu best sangat kak 👍🏻 Insha Allah nak repeat kalau pergi ke Bandung dengan anak2 😄
DeleteMenarik betul panoramic train tu...
ReplyDeleteSate jando tu macam tak reti nak makan kot 🤭
Fanny dah boleh jadi duta minyak wangi tu dah hihi...
Menarik sangat! 👍🏻 tapi naik sekali cukup lah. 3 jam naik panoramic train berbanding 30 minit naik Whoosh 😜
DeleteKiteorg pun hari tu makan buat raso2. Sislin langsung tak boleh nak telan 🤣
Tiket angklung tu boleh bawah balik macam tiket biasa lah? Bestnya!
ReplyDeleteTrain panoramic tu good idea lah... macam healing gitu
Ye Uncle, bawak balik sebagai souvenir 😄
DeleteHappyy tgk
ReplyDeleteSemuanya best dan menarikkk
Alhamdulillah best sebab pergi dengan geng sama kepala 😄
Deletebestnya train boleh pusing seat tu. dapat jelas tengok view.
ReplyDeleteBest tapi cukup la sekali je. Lain kali naik Whoosh je sebab lagi jimat masa hihi
DeleteSaya lupaaaa sangat utk bawa uncle gedek ke angklung Udjo. Yakin uncle sukaaaa. Aiiiih, semoga uncle bisa ke bandung lagi lah 😄.
ReplyDeleteItu win Perfumery memang godaan. Saya dan kak Lin kan dari awal memang tak nak beli. Makanya kami duduk terpisah. Ntah kenapa bisa mendekat pula, trus beli langsung 🤣🤣🤣. Berhantu pasti tokonya 😂.
Di antara semua kuliner yg kita coba, saya kurang suka iga galabag. Sausnya tak mantap . Trus nasi goreng tuh, memang kering sangat 🤣🤣. Sekali je lah coba 😄
Tapi minyak wangi di WIN Perfumery tu mmg kayak yg asli kan. Yang kamu beli itu memang mirip sangat Davidoff Cool Water saya pakai 😄 lain kali minyak wangi Davidoff saya habis boleh la saya beli yang di WIN aja lebih jimattt 👍🏻
Deletejadi penasaran pulak HMNS tu wanginya seperti apa... (eh tiba2 ammi pun cakap kayak org Indo) hahah
ReplyDeleteBau bunga ros yang lembut Ammi. Kalau Ammi hidu bunga ros baunya macam tu 😄
DeleteBest betul naik panoramic train tu..
ReplyDeleteNow di blog Sis dah hampir 5k view posting tu, maybe ramai sedang cari agaknya..
Thanks juga Karni kasi minyak wangi tu.. sayang nak pakai sebab wanginya hehehe
Best kan tapi tu la sekali cukup la hehe.
DeleteWow, samapi dekat 5k view ye. Saya pun tak sebanyak tu.
Sama2 Sislin. Untung dapat FOC sebab beli 2 botol minyak wangi HMNS hihi
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .